Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Thursday, May 11, 2023

 

Assaalamualaikum semua.


Tahun 2023 sudah pun kita lalui , sekali lagi kita muncul untuk bercerita. Kenangan bersama anak-anak Kelab Falak tak akan pernah dilupakan. Syabas dan tahniah buat anak-anak sepanjang bersama-sama menerajui kelab ini. Alhamdulillah kelab kita diberi kepercayaann untuk sama-sama dalam pertandingan PERSIS baru-baru ini. Pameran secara kecil-kecilan dapat juga dipamerkan. 😍


  Alhamdulillah pada tanggal 11.05.2023 perjumpaan kelab astronomi dijalankan di bilik Badar. Pengisian kali ini berkisar tentang fenomena alam yang berlaku di muka bumi ini. Realiti pada hari ini kita dikejutkan dengan perubahan iklim dan cuaca yang agak panas. Semua pelajar diingatkan supaya mengambil minuman yang secukupnya dan menjaga kesihatan yang baik.


  Ahli-ahli kelab hendaklah peka dengan fenomena yang berlaku di sekitar kita. Justeru kita bukan sahaja peka dengan fenomena yang berlaku malah kita hendaklah sentiasa mengkaji dan meneroka alam semesta dengan mengikuti blog-blog, instagram, facebook , tik tok dan lain-lain agar info berkaitan astronomi sentiasa menjadi bahan kajian kita. Selain itu tercapailah hasrat kita untuk lebih mengenali Sang Pencipta yang Maha Hebat ini. Segala puji untuk Allah Yang Mentadbir Semesta Alam.


   Terimakasih semua pelajar kerana sentiasa mengambil berat tentang fenomena dan apa saja yang berlaku di sekitar kita. Jumpa lagi untuk masa-masa akan datang.Salam kasih sayang dari ustazah dan Ustazah Zainuryati, selaku guru penasihat kelab kamu.


#falakdalamingatan#

11.5.2023