Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Thursday, December 22, 2011

Kentalnya jiwamu..Rabiatul Adawiyah

Perindu cinta abadi... apabila disoal oleh sahabat-sahabatnya tentang cara yang terbaik bagi beradab dan berakhlak kepada Allah, jawapan yang diberinya cukup bererti buat diri kita... yang masih jauh untuk dibandingkan dengannya..."khusyuk dan tawaduk yang terbaik adalah semasa solat". tambahnya lagi "jadikan diri kalian tawaduk dan khusyuk seperti dalam solat sepanjang hari, setiap detik dan saat".

Mudah-mudahan kita dapat mengambil sedikit manfaat daripada apa yang telah diungkapkan olehnya.Konsep inilah yang ditekankan dalam doa iftitah, sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam.

Monday, October 17, 2011

Fasa terakhir, mengapai impian...

      Salam pembuka bicara. Terasa lama tidak berbicara.  SPM hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Adat kata tidur tak lena, makan tak kenyang dan mandi tak basah... begitulah hebatnya sebuah perjuangan. Ayuh bangunlah anak-anakku untuk meneruskan cita-cita demi sebuah kejayaan. Terkadang kita leka dengan masa yang lalu. kemudian kita bangkit dengan penuh semangat, memohon kepada Yang Maha Esa agar masa yang berbaki ini digunakan dengan sebaik-baiknya. Ya Rabb hamba ini menadah tangan penuh keinsafan, agar diberi olehMu kekuatan fizikal dan mental bagi mengulangkaji setiap ilmu yang telah ku pelajari sebelum ini. Andai aku miliki banyak dosa, ampunilah aku.. Ya Rabb, agar segalanya akan menjadi mudah untukku meneruskan perjuangan.
 
      Begitulah keluhan dan luahan seorang hamba... Sebagai seorang ibu, setiap detik dan masanya sentiasa mendoakan kejayaan anak-anaknya. Sebagai seorang guru, lebih-lebih lagi terasa resah dan gementar menantikan saat-saat peperiksaan tiba agar segala-galanya berakhir dengan baik. Tak lupa seorang guru itu mendoakan agar anak didiknya sentiasa menjaga iman dan amalannya supaya diberkati oleh Allah. Kejarlah redho Allah, nescaya segala ilmu yang kita pelajari akan menjadi benteng hebat di masa depan. Iman kita sentiasa terpelihara dan hidup kita dibawah rahmatNya. |Amin.Selamat Maju Jaya.


 

Saturday, July 9, 2011

Hebatnya berada di USM~Konvensyen Astronomi~

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh buat semua pembaca blog ini.

Konvensyen Astronomi yang diadakan di USM dari 7-9 Julai 2011 sangat memberangsangkan. Pelbagai pameran diadakan sepanjang Konvensyen Astronomi ini. Pada mulanya, sambutan pameran ini tidaklah begitu meriah. Akan tetapi, pada hari ke-3, pameran ini mula mendapat sambutan hangat.

 Pelbagai pertandingan dianjurkan oleh pihak USM. Seorang pelajar cemerlang mewakili SMKA Al-Irshad dalam pertandingan pidato falak. Asyraf Zawawi bin Abdul Karim berjaya mengharumkan nama sekolah dengan merangkul gelaran juara dalam pertandingan pidato falak peringkat negeri kategori lelaki. Tajuk pidato yang disampaikan olehnya ialah 'Rahsia dan Hikmah Penciptaan Alam Semesta Menurut Perspektif Falak'. Nuha Nusaibah binti Muhammad Zawave mewakili sekolah dalam pertandingan pidato falak kategori perempuan yang berjaya mendapat saguhati dengan pidatonya yang bertajuk 'Kepentingan Ilmu Falak Dalam Menyempurnakan Ibadah Orang Islam'. Kami berbangga dengan penyertaan para pelajar demi mengharumkan nama SMKA Al-Irshad.


Di samping itu, SMKA Al-Irshad turut menghantar pelajar tingkatan satu dan dua untuk menyertai Seminar Munaqasyah Falak di Dewan Persidangan USM. Mereka mandapat banyak ilmu pengetahuan dengan menyertai seminar tersebut. Tajuk yang dibincangkan semasa seminar berlangsung ialah 'Isu-Isu Berkaitan Penetapan Takwim Hijri' yang disampaikan oleh Dr, Baharrudin bin Zainal. Beliau berkhidmat dengan penuh dedikasi di Universiti Sultan Zainal Abidin. Sepanjang seminar berlangsung, semua sidang hadirin memberikan sepenuh perhatian untuk mendapatkan serba sedikit maklumat terkini tentang ilmu falak.

Suasana sepanjang Konvensyen Astronomi di USM pada hari pertama dan kedua tidak begitu meriah. Pada hari ke-3, Dato' Dr. Sheikh Muzaphar datang untuk menambahkan lagi seri pameran tersebut. Kami sempat bergambar bersama beliau. Kami sempat juga berbual-bual bersama beliau di samping bertanyakan hal hal berkenaan aeroangkasa. Ada pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak USM sepanjang pameran ini berlangsung. Antaranya, pertandingan mewarna terbuka kepada semua kategori. Hadiah yang agak lumayan turut disediakan buat pemenang-pemenang pertandingan tersebut.

Pihak USM yang turut bermurah hati menyediakan 'StarLab' secara percuma. Dengan ini, mereka berharap semua pengunjung semakin berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang astronomi. Bidang astronomi tidak begitu mendapat sembutan pada zaman era teknologi ini. Justeru, pihak USM berusaha mengadakan pelbagai aktiviti untuk menarik minat para belia agar berkecimpung dalam bidang astronomi.

Akhir bicara, saya turut berharap agar aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang. Semua pihak sewajarnya berminat dalam bidang ini untuk meningkatkan martabat bangsa dan negara.
Sekian, terima kasih.













dari kami,
unit penerbitan
kelab falak syarie/2011

Saturday, June 25, 2011

~Isra' Mikraj nabi~

                      
     Saban tahun kita menyambut isra'dan mikraj nabi... adakah kita menyelami dan merenungi jauh-jauh disudut sanubari sana...bahawa ada Pencipta Yang Maha Agung mengatur segala-galanya.

     Pertama; peristiwa ini menguji keyakinan kita. Ketika nabi kematian bapa saudaranya danisterinya Khadijah binti Khuwailid, dapat dirasainya nabi kehilangan sesuatu, maka Allah mengembirakannya dengan diisra' mikrajkan.Perjalanan nabi ini diperlihatkan kepada nabi, berbagai peristiwa dan gambaran tentang balasan baik dan buruk serta difardukan solat lima waktu. Peristiwa ini dibenarkan oleh sahabatnya yang mulia, iaitu Saidina Abu Bakar.

    Kedua; peristiwa ini dapat melihat tentang  kekuasaan Allah menciptakan alam semesta yang luas, tak dapat  dihitung oleh manusia dengan menggunakan mata kasar. Perkiraan itu juga dihitung dengan kelajuan cahaya (1 saat bersamaan 300,000 km). Andai di bumi kita mengira dengan menggunakan kilometer manakala di angkasa dinilai dengan kelajuaan cahaya. Rasulullah dimikrajkan ke suatu tempat yang tinggi iaitu di Sidratulmuntaha tanpa rasa dadanya sempit. Subhanallah. Kalau dihitung jarak perjalanan daripada satu cakerawala ke satu cakerawala yang lain mengambil masa 10 juta tahun cahaya.

    Cuba kita bayangkan bagaimanakah dengan kemampuan akal kita melalui penciptaan teleskop dan menghantar satelit ke angkasa mampu mendabik dada, aku dah banyak ilmu dan lari daripada beriman kepada Allah. Peristiwa ini kalau dikaji oleh orang bukan Islam, mampu membuka minda dan sanubari mereka untuk beriman kepada Allah sekaligus melihat tentang kekuasaanNya. Bersegeralah kita mengejar keampuan Allah, 1400 tahun yang lalu sudah dikhabarkan di dalam dusturNya, yakni Al-Quran, sudah hampir berlakunya kiamat sedangkan manusia dalam kelalain dan mereka berpaling, yang tersurat dalam ayat pertama suroh Al-Anbiya'. Kita tiada masa lagi untuk bertangguh dalam mengejar maghfirah Allah.  

Tuesday, June 21, 2011

Ramadhan yang ku nanti...

      Datangnya tetap ku nantikan... Rejab permulaan awal untuk menuju bulan yang mulia, Ramadhan... kerinduan menggamit lagi. Azam ku agar tenaga yang dikurniakan ini mampu mengisi Ramadhan dengan semangat juang yang tinggi. Terasa terlalu cepat masa berlalu, rasa tak kuasa untuk menoleh ke belakang. Harapan ku agar apa yang kita perjuangkan akan dikira sebagai ibadah di sisiNya

     Ya Rabb, hari-hari yang akan ku lalui ini, moga dipermudahkan Allah segala urusan. Tiada daya dan kekuatan melainkan daripadaMu Yang Maha Tinggi dan Agung. sesekali hati meneka apakah benda yang paling laju daripada bunyi dan cahaya? Tentu sekali kita alpa dan leka... bukan!. berbagai jawapan berligar dalam kotak fikiran ini. Maklumlah sekarang bulan rejab, tentu jawapan ku bura' , malaikat dan sebagainya. Jawapannya, adalah  DOA, segala permintaan kita sentiasa didengari olehNya. Mengadulah dan mohonlah pada Maha Mendengar segala-galanya.Benarlah maksud hadis nabi "doa itu senjata mukmin".

     Mari kita bangkit menjawab persoalan ini pula.Ada berpendapat saya letih, nak tidur dulu dan berbagai lagi alasan... baru nak solat.  Pesanan Rasulullah kepada Bilal " Bangunlah wahai Bilal kamu akan merasakan suatu kerehatan dengan melakukan solat." Rehat daripada kesibukan dunia, tumpukan sepenuh penghayatan semasa melakukan solat nescaya diri akan merasa begitu pasrah dan mengharapkan ampunanNya. Semangat dan pergorbanan mesti jalan seiring... barulah hasilnya akan tercapai.


     Itulah pembuka bicara pada kali ini... setelah lama tak muncul, program yang akan berlangsung;

                   1-   Tanggal 30.6.2011      - Pidato Zakat Peringkat Negeri.
                          
                   2-   Tanggal 7.7.2011        -Pidato Falak Peringkat Negeri.

                   3-   Tanggal 7-9.7.2011     -Pameran Falak di USM.

     Doakan kejayaan mereka dalam pertandingan dan pameran ini. Semoga bertemu lagi di lain lembaran.Wailalliqa'.           







Monday, May 23, 2011

Umar bin Abdul Aziz~Pemimpin yang adil.

Umar Bin Abdul Aziz satu nama yang tidak asing bagi kita untuk mengenalinya, seorang khalifah yang adil amanah lagi adil dalam menerajui negara. Sifat-sifat pemimpin yang payah kita cari pada abad ini, kalau adapun sangat kecil bilangannya.

Seorang khalifah yang zuhud dan sangat merendah diri, sentiasa menangis apabila mendengarkan ayat-ayat suci al-quran. Terutama sekali ayat-ayat yang menerangkan tentang azab seksa neraka. Dia adalah khalifah yang mampu meletakkan neraca keadilan bagi sesiapa sahaja dikalangan rakyatnya, baik pada dirinya sendiri, keluarga, orang kaya mahupun miskin. Perjalanan hidupnya dipenuhi dengan mutiara dan pengajaran yang sangat berguna kepada kita apatah lagi kepada pemimpin-pemimpin islam pada hari ini.

Apabila kita mengahayti kehidupan insan ini, kita akan menitiskan air mata kerana sifat akhlaknya yang tinggi, mewarisi sifat moyangnya Saidina Umar Al-Khatab khalifah arRasyidin yang ke dua.

Pelantikan Umar Bin Abdul Aziz sebagai khalifah patut dicontohi oleh semua kita yang begelar pemimpin, samada pemimpin kelurga, pemimpin negara, persatuan dan lain agar dijadikan teladan dan pengajaran yang berguna.

Saya tertarik dengan tulisan tangan Umar Bin Abdul Aziz kepada Imam hasan al-Basri dan Mathraf bin Abdullah Ibn asy-Syakir .
" Daripada hamba Allah, umar binAbdul Aziz, kepada Hasan bin Abil Hasan al-Basri dan Mathraf bin Abdullah Ibn asy-Syakir. Salamun 'alaik, Aku mengajak kamu berdua memuji Allah yang tiada tuhan selain Dia dan aku memohon kepadaNya supaya melimpahkan salam sejahtera dan selawat kepada Muhammad, hamba dan rasulNya. Amma ba'du. Aku wasiatkan kepada kamu berdua supaya bertaqwa kepada Allah.Orang yang mengatakannya sangat banyak dan orang yang mengamalkannya sangat sedikit.Jika datang suratku ini, nasihatilah aku dan jangan kamu anggap aku ini suci"


Jawapan Imam Hasan al-Basri
" Salamun 'alaik. Sesungguhnya , aku mangajakmu memuji Allah yang tiada tuhan selain Dia. Amma ba'du. Sesungguhnya, dunia adalah rumah ketakutan, Adam A.S diturunkan ke dunia sebagai hukuman, orang yang memuliakan dunia, dia dihinakan, menjadi mulia orang yang menghinakannya, dan difakirkan orang yang mengumpulkannya. Di dunia, setiap hari ada pembunuhan. Wahai Amirul Mukminin, jadilah seperti orang yang mengubati lukanya. Sabarlah atas pedihnya ubat jika engkau takut akan panjang cubaan"

Jawapan Imam Mathraf
" Salamun 'alaik. ya Amirul mukminin, daripada Mathraf bin Abdullah, Sesungguhnya aku mengajakmu memuji kepada Allah yang tiada tuhan selain Dia. Amma ba'du. Jadilah rasa tenangmu bersama Allah dan perhatian penuhmu kepadaNya. Sesungguhnya, kaum yang merasa damai bersama Allah dalam bersendirian daripada beramai-ramai dengan jumlah yang banyak, mereka mematikan apa sahaja di dunia yang mereka khuatirkan akan mematikan hati mereka, mereka meninggalkan apa sahaja di dunia yang mereka khuatirkan akan mematikan hati mereka, mereka meninggalkan apa sahaja di dunia yang mereka ketahui bakal meninggalkan, mereka menjadi musuh terhadap apa yang diterima manusia dari dunia. Semoga Allah menjadikan kita semua bahagia daripada mereka kerana mereka sedikit jumlahnya di dunia. Wassalam

Saturday, May 21, 2011

Hidup itu...~ bermakna.

    Nilai sebuah kehidupan, cukup bermakna. Kesempatan hidup yang datang diambil sebagai peluang. Keindahan hidup dinilai daripada hasil kerja seharian yang ikhlas. Susahnya mencapai tahap ikhlas... setanding mulianya pekertimu, Nabi. Tiada jemu kami melafazkan selawat buatmu, bukan sekadar mengingati kelahiranmu sahaja...lantaran baru selawat diulang-ulang. Bukankah kita umat yang dirindui oleh nabi, kenapa tidak kita mengiayakannya, bukan. Hiduplah kita agar  dimuliakan oleh Allah, barulah susulannya disukai ramai. Alangkah mulianya didikan adabmu nabi sehinggakan  Umar Abdul Aziz  kematiannya di datangi para shuhada' menziarahinya dengan izin Allah.Hidup bertambah makna lagi andai kita dikenali oleh penduduk langit, seperti Umar.
Rendahkan jiwamu, bangun mencanai akhlak terpuji, sebarkan rasa kasih di jiwa nescaya masyarakat mampu dijana. Ujian sepanjang perjalanan mengajar erti sebuah keinsafan.Pasrah yang satu, petanda iman berpadu di sanubari. Mulakan langkah yang bermakna andai  ingin mencapai redhoNya. Ingatlah selalu, hidup pastikan benar-benar bermakna kerana itu merupakan bekalan menuju akhirat.~ Amin ya Rabbal alamin.

Saturday, May 7, 2011

Allah is enough for me~

(the story of Prophet Yusuf)

When he was placed in the well
or locked in the dungeon
betrayed by his own flesh and blood
convicted of what he did not
handsome Yusuf sighed
Allah is enough for me!

Taken in as a slave
made to work night and day
resisting all temptation
Allah is enough for me!
Until the king had a dream
Many hard years had gone by
patience and repentance
Allah is enough for me!

Till...the fortunate day
there he sees his father
in the land of content
Allah is enough for me!

Handsome Yusuf cried
Allah is enough for me!

Every night brings a new day
Allah alleviates all pain
Everything has its end
Allah is enough for me!

Everything has its end
Allah is enough for me!
Allah is enough for me!

Nasheed: Allah Is Enough For Me

Thursday, May 5, 2011

Teluk Kumbar (3.5-6.5.2011)









           Bermula sebuah perjalanan mencari ilmu, kami jelajahi ke sini melihat kejernihan air laut dan desiran ombak memukul pantai. Seolah-olah ombak berbisik,sampai bila aku begini... manakala pantai pula sentiasa redho menerima sang ombak saban hari, tanpa mengeluh kesal. Begitulah kita hidup di dunia yang fana' ini, perlu redho dan pasrah dengan ketentuan illahi.

          Rasa tak puas melihat keindahan laut, terasa hilang segala duka dan lara.  Allah yang menentukan segala-galanya, Tika ini hati merasa kehilangan sesuatu...entah apa yang difikirkan. Mungkin juga merenung nasib anak-anak bangsa membesar dalam era globalisasi. Entah apa yang dicari sebenarnya. Nak, hatiku  berbisik " carilah permata yang berharga di dasar lautan itu, gali dan koreklah mutiara yang tersembunyi di dalamnya..."

         Cukuplah hati berbicara, tiada siapa yang peduli sebenarnya... Namun aku sentiasa memohon kepada Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.agar kau memberi petunjuk kepada hamba-hambamu yang sentiasa memohon keampunan kepadamu daripada dosa. Tersentak aku rupanya, aku datang ke sini bukan untuk bermadah dan berirama, namun satu tugas yang perlu ku galasi untk memartabatkan ilmu di persada dunia.

          Empat hari ku ke sini untuk membuat persiapan bagi majlis yang besar,iaitu Majlis Tadarus Al-Quran. Latihan pusat untuk anak-anak negeri Pulau Pinang. Harapan kerajaan negeri PP amat besar untuk menempa kejayaan, kerana PP merupakan tuan rumah pada tahun ini. Mudah-mudahan usaha JPN, PP mendapat hasil. Terimakasih JPN di atas anjuran latihan pusat ini.

Alhamdulillah pertemuan yang singkat ini ana dapat berkenalan dengan JU dan guru pengiring yang dilantik. Hebat sungguh wakil JU Penang, kak Solehah, Sakinah dan Norliah dalam bahagian tilawah. JU bahagian hafazan , Mariatul Qibtiah, manakala JU syarahan, ana sendiri. Kami juga ditemani oleh guru pengiring tilawah rendah (P), Fazidah dan bercerita rendah (P), Rosnani.

Malam ini merupakan malam akhir untuk membuat persiapan rapi, kerana pada keesokan paginya kami akan membuat persembahan akhir bagi setiap bahagian. Untuk bahagian syarahan, insyaallah anak-anakku akan membuat persembahan yang terbaik, insyaallah. Untuk anak-anakku di rumah, esok kita akan berjumpa, insyaallah, salam rindu daripada ummi di sini. Hingga kita berjumpa lagi. Wailalliqa'.