~RahmatNya yang dicari dan RedhoNya di sisi~, SyurgaNya akhir destinasi...
Monday, January 31, 2011
~Projek baru Kelab Falak Syarie' ^.^~
Thursday, January 20, 2011
~Hidup itu adalah ibadah~.
Biar sibuk mana kita bekerja... masih lagi ada masa untuk kita berbicara mengenai hari ini masih ada peluang untuk kita . Kecemerlangan diri, keluarga, kelab dan organisasi perlu kita capai.. Kadang-kadang kita lupa, bahawa semua ini perlu dirancang dengan baik, iaitu secara taktikal dan operasi sendiri agar kejayaan dpt sama-sama dicapai. Jadi bertitik tolak dari sinilah ana meletakkan plan taktikal ," cemerlang dalam UPSR, PMR,SPM", dan STPM. Operasinya, pengurusan masa amat penting bagi menjayakan taktikal yang telah diletakkan.
Operasi selanjutnya, lazimi zikrullah. Gilaplah karat hati kita dengan menyebut nama Allah, umpama cermin yang kotor digilap, bersih jua akhirnya. Apabila kita mengingati Allah, nescaya Allah juga mengingati kita, lantaran sifat Ihsan dalam diri semakin kuat dan bertambahlah khusyuknya beribadah kepada Yang Maha Esa. Selayaknyalah kita sebagai hambaNya, perlu sentiasa berzikir kepada Allah walaupun di mana kita berada.
Sunday, January 16, 2011
~Kita perlu merancang untuk cemerlang~.
- Kelmarin sudah berlalu
- Esok masih belum berlalu
- Hari ini peluang masih ada.
Wednesday, January 12, 2011
Azam kelab bermula~
Kepada ahli-ahli baru, selamat datang diucapkan, semoga anda akan menyalurkan idea-idea yang bernas demi sebuah perjuangan. Bagi ahli-ahli lama, anda cukup bermakna bagi ustazah. Oleh kerana pada tahun ini, keahlian dihadkan, maka ada ahli-ahli yang lama tidak tersenarai dalam kelab ini. Ustazah harap ilmu yang dikongsi bersama pada tahun lepas akan dijadikan bekalan untuk kejayaan di masa depan.
Berbagai aktiviti dirancangkan diantaranya; Ceramah falak, bengkel, lawatan ke Pusat Falak di Langkawi, sehari bersama falak, taaruf bersama teleskop, pameran falak, kuiz falak, replika falak, Hari Kantin dan jamuan falak. Pengerusi membuat permintaan kepada ahli yang membuat cadangan agar memberi rasional setiap aktiviti yang mereka cadangkan.
Ustazah suka untuk melantik setiap ahli yang memberi cadangan ini, menjadi ketua kumpulan. Semua ini dilakukan agar apa yang dirancangkan mendapat natijah yang baik. Sekadar ini saja pertemuan kita~.
Saturday, January 8, 2011
Hembusan angin~meneroka suroh jasyiyah~
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.,
"Hembusan angin adalah rahmat Allah, adakala mendatangkan rahmat dan adakala mendatangkan seksa. Apabila kalian. merasakannya, janganlah kalian memakinya, tetapi mintalah pada Allah kebaikan angin tersebut dan berlindunglah kepada Allah dari kejahatannya." (Di riwayatkan oleh Bukhari, Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran. (Al-Jaathiyah 45:5) | <Embed> | Close Translation
And in the alternation of Night and Day, and the fact that Allah sends down Sustenance from the sky, and revives therewith the earth after its death, and in the change of the winds,- are Signs for those that are wise.
(Demikianlah ajaran dan peringatan Allah Yang Maha Adil) maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit, dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, - Tuhan sekalian alam
(Al-Jaathiyah 45:36) | <Embed> | English Translation
Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi; dan dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Jaathiyah 45:37) | <Embed> | English Translation
Sedikit pengajaran drp ayat 23 dalam suroh jasyiyah~ Yg bermaksud~ Adakah engkau lihat orang yang mengambil keinginan(nafsunya) menjadi tuhannya? Dan Allah membiarkannya sesat dengan mempunyai pengetahuan(sudah menurut semestinya begitu. Mereka tiada mau mengikut jalan kebenaran, disebabkan kekotoran batin telah menyelubungi jiwa mereka), telinga dan hatinya ditutup, serta pemandangannya tertutup pula. Siapa lagi yang akan memberikan pimpinan kebenaran kepadanya sesudah Allah (membiarkannya sesat)? Tiadakah kamu fikirkan?
Bangunlah daripada lena yang panjang... Allah pemilik segalanya, itulah yang selalu ana ulangkan. Janganlah menjadikan dunia sebagai keutamaan dalam hidup. Hati terasa takut kalau Allah meninggalkan kita drp terus dibimbing...andai jalan yang diambil bukan IMAN, tapi NAFSU.
Allah akan meninggalkan kita andaiNya, mengetahui bahawa kita tidak lagi mahu menurut segala petunjukNya di dalam Al-Quran. Waliyazubillah min zalik. Hari ini kita banyak mengabaikan suruhanNya dan melakukan laranganNya. Sekaligus kita menolak konsep TAQWA itu sendiri.
Solatlah dengan penuh rendah diri, dapatkan erti makna sabar yang digandingkan dalam amalan solat. Ana yakin kita tidak akan buntu dalam mengharungi hidup yang penuh cabaran ini. Jika kita buntu, mohonlah pertolongan daripadaNya." Ya Allah teguhkanlah kami di atas jalanMu".Itulah monolog seorang hamba~
Suroh ini byk menekankan bahawa Allah lah pemilik langit dan bumi dan alam semesta, kerana Allah Maha Kuasa dan Bijaksana menciptakan segalanya. Wailalliqa'
Saturday, January 1, 2011
Untukmu IRSHAD, ku abadikan...
Engkaulah Yang Awal dan Akhir
Demi Masa
Itu janji kita
Beramal dan laksanakan tugas
Tanggungjawab menggamit...
Majulah berjuang menegak keadilan
Mara bersama capai wawasan
Ayuh lonjakan pencapaian
Bangunlah aturkan strateji
Jangan lari jauh dari matlamat yang dituju
Kejayaan akan terus dijulang
Kualiti penentu segalanya
Hidup berpada, qanaah dan zuhud
Mercu tanda kemuliaan diri
Bekerjalah dengan fokus yang tinggi
Agar kamu berjaya di dunia dan di akhirat
Itulah janji kita berpadu
Hasil Nukilan
Ummu Sumayyah