Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Saturday, February 19, 2011

Rasul Qudwahku~

Nama yang ku sanjung
Nabi Muhammad pilihan rabbi
Makna "terpuji" pemberian mulia
Peribadi unggul bersemi di hati
Pimpinanmu membentuk nurani
Keunggulan dalam ketaqwaan
Mengenal siapa pencipta yang satu
Menerangi alam dan menyinari kegelapan
Tiada tara budi pekertimu
Sayu di hati
Mengenang kemuliaanmu

Ya Rabb
Sejahterakan nabi kami
Allahummasolli ala Muhammad
Sahabatmu menjadi ikutan kami
Di kala diri ini
Kesepian dan hati ini merinduimu, nabi.
Ku singkap perjalanan mereka
Sungguh tinggi akhlak mereka
Dek bimbinganmu yang mulia
Semoga ku sentiasa
Dipayungi sunnahmu dan pimpinan Arrahman.
Amin~

Thursday, February 17, 2011

~Pameran maulidur rasul~(25.2.2011)

         Tanggal 17.2.2011 jam 3.30 pm, sekali lagi AJK bermesyuarat untuk menjayakan aktiviti pameran sempena sambutan maulidur rasul pada tahun ini. Pameran pada tahun ini amat menarik apabila Jabatan Pendidikan Islam bergabung dengan Jabatan Sains dan Matematik untuk memeriahkan pameran tersebut Mudah-mudahan Allah memberi ilham yang baik kepada kedua-dua jabatan tersebut bagi menjayakan program pada kali ini. Pameran in bertujuan untuk memperlihatkan kepada warga SMAI tentang keperibadian  Rasulullah yang unggul dan wajar dicontohi oleh kita semua.

         Jabatan Mufti Negeri P.Pinang juga akan turut serta memeriahkan pameran. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Jabatan Mufti di atas kesudiaan menerima jemputan tersebut. Aktiviti yang dicadangkan pada hari tersebut telah mendapat kata putus daripada AJK Kelab Falak syari'e. AJK kelab semakin maju dalam menyalurkan idea dan pendapat. Inilah yang membuatkan Kelab ini bertambah mantap. Syabas, Ustazah ucapkan pada anak-anak semua.


        1. Roket Straw-                                   Puteri Nurhanani 
        2. Roket Kapal Terbang                        Syafiq
        3. Kuiz Astronomi                                 Nadiah
        4. Menjual Foto                                    Adibah 
        5. Buku Komen                                     Haziq
        6. Simulasi/Penanda buku                      Hakim 
        7. Ujikaji/Fizik                                      Aqil
        8. Jualan Air                                          Luqman
        9. Hujan Meteor/Oposisi Planet             Fatin Athirah/Nadiah 
       10. Formula Arah Qiblat                        Asma’/Afrina 
       11. Brosur                                             Asma’/Afrina
       12. Scrable                                            Nazatul

       Semoga mendapat kerjasama yang padu daripada ahli-ahli kelab. Selamat datang juga diucapkan kepada bekas-bekas pelajar SMKA Al-Irshad untuk datang memeriahkan pameran pada hari tersebut. Kunjungan anda amat bermakna...

         Wailalliqa'.


Wednesday, February 16, 2011

~Kalendar Astronomi 2011 ~



stargazingB


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut adalah peristiwa astronomi yang bakal berlaku dalam tahun 2011 ini. Harap ia dapat membantu anda merancang aktiviti astronomi anda.

Januari
4hb - Hujan meteor Quadrantid (ZHR 120)
4hb - Gerhana Matahari Separa
Mac
21hb - Vernal Ekuinok
April
23hb - Hujan Meteor Lyrid (ZHR 20)
Mei
5hb - Hujan Meteor Eta Aquarid (ZHR 60)
Jun
2hb - Gerhana Matahari Separa
16hb - Gerhana Bulan Penuh
22hb - Soltis Musim Panas
Julai
1hb - Gerhana Matahari Separa
4hb - Aphelion
28hb - Hujan Meteor Delta Aquarid (ZHR 20)
Ogos
13hb - Hujan Meteor Perseid (ZHR 90)
September
23hb - Ekuinok Musim Panas
Oktober
22hb - Hujan meteor Orionid (ZHR 20)
November
6hb - Hujan Meteor Taurid Selatan (ZHR 10)
13hb - Hujan Meteor Taurid Utara (ZHR 15)
18hb - Hujan Meteor Leonid (ZHR 15)
25hb - Gerhana Matahari Separa
Disember
10hb - Gerhana Bulan Penuh
15hb - Hujan Meteor Geminid (ZHR 120)
22hb - Soltis Musim Sejuk
23hb - Hujan Meteor Ursid (ZHR 10)

Murray1 
Jadual Gerhana 2011 bagi kawasan2 di Malaysia


Tahun 2011 bakal menyaksikan 6 peristiwa gerhana akan berlaku. 4 darinya ialah gerhana matahari separa dan 2 darinya ialah gerhana bulan penuh.

Untuk kita di Malaysia, hanya gerhana bulan sahaja yang dapat diikuti di sini iaitu pada 16 Jun pada jam 4.13 pagi dan 10 Disember pada jam 10.33 malam. Gerhana matahari tidak kelihatan kerana kawasan liputan gerhana matahari adalah sangat kecil berbanding gerhana bulan.

Waktu berikut adalah waktu di Malaysia.

Jan    04     Selasa    16:52   Gerhana Matahari Separa (tidak kelihatan di Malaysia)
Jun    02     Khamis    05:17    Gerhana Matahari Separa (tidak kelihatan di Malaysia)
         16     Khamis    04:13    Gerhana Bulan Penuh
Jul     01    Jumaat    16:39    Gerhana Matahari Separa (tidak kelihatan di Malaysia)
Nov    25    Jumaat    14:22    Gerhana Matahari Separa (tidak kelihatan di Malaysia)
Dis    10    Sabtu    22:33    Gerhana Bulan Penuh

Kalendar Hujan Meteor 2011

Peristiwa hujan meteor (tahi bintang) sentiasa sahaja berjaya menjadi tarikan umum untuk melihatnya. Tahun ini sekitar 11 peristiwa hujan meteor akan berlaku. Sebenarnya peristiwa ini berlaku setiap tahun dengan tarikh yang hampir sama setiap tahun.

Hujan meteor Quadrantid, Perseid dan Geminid sudah pastinya tidak boleh dilepaskan kerana ianya menjanjikan bilangan meteor yang banyak untuk di cerap.

ZHR (Zenithal Hourly Rate) ialah jumlah tahi bintang yang kelihatan dalam masa satu jam ketika waktu kemuncak peristiwa tersebut.
Jan    04     Tu    09:14   Hujan Meteor Quadrantid : ZHR = 120
Apr    23     Sa    06:44    Hujan Meteor Lyrid : ZHR = 20
Mei    05     Th    19:59    Hujan Meteor  Eta Aquarid : ZHR = 60
Jul    28     Th    21:47    Hujan Meteor Delta Aquarid : ZHR = 20
Ogos    13     Sa    13:41    Hujan Meteor Perseid : ZHR = 90
Okt    22     Sa    05:59    Hujan Meteor Orionid : ZHR = 20
Nov    06     Su    06:27   Hujan Meteor  South Taurid : ZHR = 10
     13     Su    05:43    Hujan Meteor North Taurid : ZHR = 15
     18     Fr    12:01    Hujan Meteor Leonid : ZHR = 15
Dis    15     Th    01:11    Hujan Meteor Geminid : ZHR = 120
     23     Fr    10:00    Hujan Meteor Ursid : ZHR = 10

Semoga kalendar ini membawa manfaat kepada anda.
Jom mencerap!
Mohd Rizuan Ali,
ASTROMAS


Thursday, February 10, 2011

Sinar mentari~ Datangnya membawa cahaya~ Ya Rasulullah.

          Sekejap masa berlalu, terasa begitu pantas... selawat kami padamu belum puas di lafazkan, datang pula 12 Rabiulawwal menjeguk kami. Lahirlah nabi yang berjiwa mulia.Akhlakmu tiada taranya. Andainya nabi datang menjenguk kami, terasa malu diri kami padamu, wahai kekasih Allah. Akhlakmu umpama Al-Quran yang bergerak, setiap perkataanmu , perbuatanmu, pengakuanmu dan sifat yang disandarkan padamu...adalah Hadismu. 
          Kami diajarnya mengenal pencipta yang satu dan dididiknya dengan akhlak yang hebat. Kami amat menyanyangimu Ya Rasulullah. Andai tanpamu, siapalah kami untuk dibanggakan.
          Kami amat berbangga menjadi umatmu... Kerana apa ? Kerana Rasulullah menanti-nantikan ketibaan umat akhir zaman, walaupun mereka tidak pernah melihat nabi tetapi mereka yakin dengan sepenuh jiwa bahawa nabi lah utusan akhir zaman dan pembawa rahmat seluruh alam.kami sentiasa menyayangi Rasulullah dan sentiasa mengikuti sunnahnya. Semoga kami  tergolong dalam kumpulan itu. Amin. Ya Rabb. Sempena tarikh keramat ini tiba iaitu 12 Rabiulawwal, kami menyusun sepuluh jari menadah tangan agar Engkau sentiasa sejahterakan nabi kami, nabi Muhammad sallallahhualaihiwasallam".Allahummasollialasaiyidina Muhammad waala alihi wasahbihi Ajmain." Amin Ya Rabbalalamin, tanpa bimbingannya, kami amat takut terjerumus dalam nerakaMu, Ya Rabb. Tak kuasa kami menanggung azab siksaanMu. Semoga kami menjadi hambaMu yang sentiasa mensyukuri nikmatMu.
Waillaliqa'.

Sunday, February 6, 2011

~Suroh AL-Hijr~

Ayat ini mengandungi 99 ayat. Terhibur bila menghitung jumlah ayatnya sama dengan jumlah nama-nama Allah.

            Terpukau dengan isi kandungan ayat 16; yang bermaksud " Dan sungguh, Kami telah Menciptakan gugusan bintang di langit dan menjadikannya terasa indah bagi orang yang memandang(nya)".
            Ayat 17, "dan Kami menjaganya dari setiap (gangguan ) syaitan yang terkutuk".
            Ayat 18, "kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dikejar oleh  semburan api yang terang."

            Isi kandungan ayat ini menggesa kita supaya menggunakan akal fikiran agar memerhati, memikirkan, mengkaji tentang keunikan alam semesta. Ayat ini cukup tersentuh sanubari kita yang membacanya, kenapa berlaku sedemikian rupa...

            Hal ini berlaku apabila Allah berdailog dengan kita " dan menjadikannya terasa indah bagi orang yang memandangnya."Setiap sesuatu yang diciptakan oleh Allah sungguh sempurna. Kesempurnaan itulah milik Allah berbeza dengan kita sebagai manusia. Jadi nikmat yang Allah anugerahkan, iaitu nikmat penglihatan...    gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Mudah-mudahan segala apa yang kita lihat dan perhatikan akan bertambah dekat dengan Allah. Segalanya akan dihitung sebagai pahala disisinya.

           Ayat dalam suroh ini juga membongkar rahsia kelemahan syaitan dalam menggoda manusia. Sudahlah segala rahsia langit nak diintipnya ditambah lagi dengan visinya untuk menyesatkan kita yang bergelar hamba Allah. Sedarilah kita bukan di atas title Hamba Syaitan...KITA ADALAH HAMBA ALLAH! Maka beringatlah kita sedang menuju redho Allah. Rahsianya ialah perlu kita miliki benteng pertahanan ini, iaitu miliki sifat IKHLAS.

         Ayat yang dimaksudkan ialah ayat 39 dan 40. Yang bermaksud "Ia Iblis berkata, Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di antara mereka (memiliki sifat ikhlas).

          Hingga berjumpa lagi. Semoga Allah menurunkan taufik dan hidayahNya kepada kita semua.Amin.