Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Monday, January 31, 2011

~Projek baru Kelab Falak Syarie' ^.^~

        Jom kita merekacipta satelit dan baju angkasawan. Hebat cadangan Jabatan Mufti P.Pinang pada tahun ini. Itulah hasrat kelab pada tahun lepas yang tak kesampaian. Mari kita memerah idea bagaimana bentuk satelit dan baju angkasawan yang bakal direka... Permudahkanlah ya Rabb urusan kami.
        Hasrat yang kedua yang bakal kami bina adalah jam matahari dan penunjuk arah. Kata Jabatan Mufti mereka akan usahakan dengan sekolah andai sekolah tersebut bersungguh untuk membinanya.Inilah bukti akan kewujudan kelab Falak di sekolah. Semoga hasrat ini akan tercapai dengan sokongan yang padu daripada pentadbir sekolah.
        Konvensyen yang akan dilaksanakan di USM juga mestilah bertemakan salah satu daripada fenomena samawi. Moga pameran yang akan kami ikuti dapat menambat hati semua orang untuk singgah di booth kami.
Kepada ahli-ahli kelab dan semua warga irshad dapatlah kiranya menyumbang idea bagi menjayakannya. Insyaallah, semoga projek yang akan kita laksanakan benar-benar bermanfaat untuk semua. Terimakasih kepada Jabatan Mufti diatas dorongan yan padu ini. Hanya Allah sahajalah yang membalas segala jasa baik kalian.Amin. Wailalliqa'.

Thursday, January 20, 2011

~Hidup itu adalah ibadah~.

      

          Biar sibuk mana kita bekerja... masih lagi ada masa untuk kita berbicara mengenai hari ini masih ada peluang untuk kita . Kecemerlangan diri, keluarga, kelab dan organisasi  perlu kita capai.. Kadang-kadang kita lupa, bahawa semua ini perlu dirancang dengan baik, iaitu secara  taktikal dan operasi sendiri agar kejayaan  dpt sama-sama dicapai. Jadi bertitik tolak dari sinilah ana meletakkan plan taktikal ," cemerlang dalam UPSR, PMR,SPM", dan STPM. Operasinya, pengurusan masa amat penting bagi menjayakan taktikal yang telah diletakkan.



         
            Sebab itulah ana meletakkan logo tahun ini, "merancanglah untuk cemerlang". Rasanya adil kalau kita satukan logo ini untuk semua bidang yang kita ceburi. Sebagai seorang guru, matlamatnya memang jelas, straight A untuk anak-anak didiknya. Begitu juga walaupun dalam kelab Falak Syarie sendiri, mesti meletakkan target yang tinggi untuk cemerlang.Rasa gembira tak terkira apabila mereka berjaya, begitu juga ana akan puas apabila anak sendiri turut berjaya dengan cemerlang. Kejayaan yang kita perolehi mesti mendapat keredhoan Allah. Kejayaan akan bermakna andainya akhlak dan budi pekerti digandingkan bersama.

           Mesyuarat juga salah satu operasi yang berkesan bagi menjamin taktikal yang telah kita rancang. Hasil kesatuan fikrah keluarga. kelab, organisasi dan sebagainya mampu disatukan. Matlamat dirancang, kata sepakat dicapai bersama. Nabi selalu berpesan agar kita saling bermesyuarat dalam menyelesaikan sesuatu masalah yanng kita hadapi. kita selalu mendengar firmanNya di dalam dustur yang mulia agar selalu bermesyuarat. 


    
            Operasi seterusnya, lazimi solat. Jangan memandang ringan solat, bermunajatlah kepadaNya. Kejayaan yang kita dapat adalah daripada anugerahNya. Sebagai seorang ibu,andai anaknya baik dan berakhlak mulia tentulah setiap permohonannya akan dilayan dengan baik. Begitulah Pemilik segalaNya, yakni Pencipta kita, akan selalu dekat dan memakbulkan segala permintaan kita. 



            Operasi seterusnya , lazimi membaca Al-Quran. Dustur yang kita baca, fahami dan cuba untuk menghafaznya adalah satu bukti rasa cinta kita yang mendalam kepada Maha Pencipta, surat cinta ini akan selalu kita tatang bagai minyak yang penuh. Hubungan kita tak akan putus dengan cara mengambil berat tentang isi kandungannya. Usah mengeluh, tiada motivasi diri dan sebagainya. Sebenarnya segala isi kandungan di dalamnya penuh dengan petunjuk, pedoman agar manusia tidak tersasar daripada jalanNya.Ayuh bersama kita pertingkatkan mutu bacaan al-Quran dan menambahkan juzuk demi juzuk untuk menghabiskannya.dengan cara membaca satu juzuk satu minggu. Andainya kita mampu lebih, silakan...


           Operasi selanjutnya, lazimi zikrullah. Gilaplah karat hati kita dengan menyebut nama Allah, umpama cermin yang kotor digilap, bersih jua akhirnya. Apabila kita mengingati Allah, nescaya Allah juga mengingati kita, lantaran sifat Ihsan dalam diri semakin kuat dan bertambahlah khusyuknya beribadah kepada Yang Maha Esa. Selayaknyalah kita sebagai hambaNya, perlu sentiasa berzikir kepada Allah walaupun di mana kita berada.

           Operasi terakkhir berbuat baik kepada ibu bapa. Operasi terakhir ini jaminan yang penting seseorang itu mendapat redhoNya. Redho Allah terletak kepada redho ibu bapanya. Berusahalah dengan bersungguh untuk meraih cinta ibu dan ayahnya agar segalanya di bawah maghfirah Allah.
Rasanya cukup untuk kali ini, wailalliqa'.

Sunday, January 16, 2011

~Kita perlu merancang untuk cemerlang~.

        Tajuk yang cuba dikongsi bersama pada minggu ini, akan menjadikan kita lebih semangat. Perkara biasa cuba dijadikan dan ditukarkan kepada perkara luar biasa... Semua ini apabila kita meletakkan azam dan sikap proaktif dalam diri kita pastinya segala impian akan terhasil. Semuanya bermula apabila 5 perkara ini menjadi resepi dan ramuan utama dalam kamus hidup seorang muslim diantara teknik pengurusan masa ialah;

    1- Menggunakan "rancangan bertindak". Ada perasaan mesti dilakukan dan mahu melakukan.
        Kita berpeluang mencatat apa yg telah kita lakukan dan apa yang masih belum dilakukan.

    2- Menghapuskan tabiat "tangguh dan tunggu".
        Dgn cara mengingat tiga perkara ini diantaranya;
  •  Kelmarin sudah berlalu
  •  Esok masih belum berlalu
  •  Hari ini peluang masih ada.

    3. Penuhkan masa lapang, dengan cara membaca, menulis nota atau setidak-tidaknya berfikir.

    4. Tahu dan pandai untuk mengatakan tidak pada perkara yang menganggu rutin harian anda.

    5. Merancang jadual waktu berlajar dan harian, agar urusan hidup tersusun dan bermakna.

     Sekadar itu saja pertemuan kita pada minggu ini..
     Ingat selalu firmannya dalam suroh Al'asr(Demi Masa). Wailalliqa'

Wednesday, January 12, 2011

Azam kelab bermula~

       Tanggal 12.1.2011 bermula azam kelab falak meneroka impian yang akan digenggam padu. Semua ahli bersatu fikrah memberi sumbangan ke arah impian itu. Syabas diucapkan kepada anak-anakku dalam kelab ini. Moga segala apa yang dirancangkan akan terlaksana dengan izin Allah. 

       Kepada ahli-ahli baru, selamat datang diucapkan, semoga anda akan menyalurkan idea-idea yang bernas demi sebuah perjuangan. Bagi ahli-ahli lama, anda cukup bermakna bagi ustazah. Oleh kerana pada tahun ini, keahlian dihadkan, maka ada ahli-ahli yang lama tidak tersenarai dalam kelab ini. Ustazah harap ilmu yang dikongsi bersama pada tahun lepas akan dijadikan bekalan untuk kejayaan di masa depan.

       Berbagai aktiviti dirancangkan diantaranya; Ceramah falak, bengkel, lawatan ke Pusat Falak di Langkawi, sehari bersama falak, taaruf bersama teleskop, pameran falak, kuiz falak, replika falak, Hari Kantin dan jamuan falak. Pengerusi membuat permintaan kepada ahli yang membuat cadangan agar memberi rasional setiap aktiviti yang mereka cadangkan.
       Ustazah suka untuk melantik setiap ahli yang memberi cadangan ini, menjadi ketua kumpulan. Semua ini dilakukan agar apa yang dirancangkan mendapat natijah yang baik. Sekadar ini saja pertemuan kita~.

Saturday, January 8, 2011

Hembusan angin~meneroka suroh jasyiyah~

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.,
"Hembusan angin adalah rahmat Allah, adakala mendatangkan rahmat dan adakala mendatangkan seksa. Apabila kalian. merasakannya, janganlah kalian memakinya, tetapi mintalah pada Allah kebaikan angin tersebut dan berlindunglah kepada Allah dari kejahatannya." (Di riwayatkan oleh Bukhari, Abu Dawud dan Ibnu Majah)


Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran. (Al-Jaathiyah 45:5) | <Embed>Spinner | Close Translation
And in the alternation of Night and Day, and the fact that Allah sends down Sustenance from the sky, and revives therewith the earth after its death, and in the change of the winds,- are Signs for those that are wise.






(Demikianlah ajaran dan peringatan Allah Yang Maha Adil) maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit, dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, - Tuhan sekalian alam
(Al-Jaathiyah 45:36) | <Embed>Spinner | English Translation Spinner


Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi; dan dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Jaathiyah 45:37) | <Embed>Spinner | English Translation Spinner

Sedikit pengajaran drp ayat 23 dalam suroh jasyiyah~ Yg bermaksud~ Adakah engkau lihat orang yang mengambil keinginan(nafsunya) menjadi tuhannya? Dan Allah membiarkannya sesat dengan mempunyai pengetahuan(sudah menurut semestinya begitu. Mereka tiada mau mengikut jalan kebenaran, disebabkan kekotoran batin telah menyelubungi jiwa mereka), telinga dan hatinya ditutup, serta pemandangannya tertutup pula. Siapa lagi yang akan memberikan pimpinan kebenaran kepadanya sesudah Allah (membiarkannya sesat)? Tiadakah kamu fikirkan?

Bangunlah daripada lena yang panjang... Allah pemilik segalanya, itulah yang selalu ana ulangkan. Janganlah menjadikan dunia sebagai keutamaan dalam hidup. Hati terasa takut kalau Allah meninggalkan kita drp terus dibimbing...andai jalan yang diambil bukan IMAN, tapi NAFSU.

Allah akan meninggalkan kita andaiNya, mengetahui bahawa kita tidak lagi mahu menurut segala petunjukNya di dalam Al-Quran. Waliyazubillah min zalik. Hari ini kita banyak mengabaikan suruhanNya dan melakukan laranganNya. Sekaligus kita menolak konsep TAQWA itu sendiri.

Solatlah dengan penuh rendah diri, dapatkan erti makna sabar yang digandingkan dalam amalan solat. Ana yakin kita tidak akan buntu dalam mengharungi hidup yang penuh cabaran ini. Jika kita buntu, mohonlah pertolongan daripadaNya." Ya Allah teguhkanlah kami di atas jalanMu".Itulah monolog seorang hamba~

Suroh ini byk menekankan bahawa Allah lah pemilik langit dan bumi dan alam semesta, kerana Allah Maha Kuasa dan Bijaksana menciptakan segalanya. Wailalliqa'

Saturday, January 1, 2011

Untukmu IRSHAD, ku abadikan...

Ya Rabb,
Engkaulah Yang Awal dan Akhir
Demi Masa
Itu janji kita
Beramal dan laksanakan tugas
Tanggungjawab menggamit...
Majulah berjuang menegak keadilan
Mara bersama capai wawasan

Ayuh lonjakan pencapaian
Bangunlah aturkan strateji
Jangan lari jauh dari matlamat yang dituju
Kejayaan akan terus dijulang
Kualiti penentu segalanya
Hidup berpada, qanaah dan zuhud
Mercu tanda kemuliaan diri
Bekerjalah dengan fokus yang tinggi
Agar kamu berjaya di dunia dan di akhirat
Itulah janji kita berpadu


Hasil Nukilan
Ummu Sumayyah