Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Wednesday, September 26, 2012

Rindu untuk bertemu denganmu, Ya Rasulullah.

Ya Rasulullah

Namamu terukir cermat di sanubari
orang yang beriman
Keakraban berpaut
lantaran selawat ke atasmu
dilafazkan
Kami umatmu sentiasa memohon agar
Allah sejahterakan nabi kami
Hubungan terjalin erat denganPencipta
Itulah yang pasti.
Benarlah FirmanNya
"Patuhlah Allah dan Patuhlah Rasul"

Ya Rasulullah,
Terasa malu andai
Kami tidak mengikuti Sunnahmu
Ya Rabb
Campakkanlah dalam hati kami
dengan merasai manisnya
beramal keranaMu dan mencintai Nabimu
Kejutkanlah kami tatkala kami alpa
mengingatiMu dan berselawat kepada nabiMu

Ya Rabb,
Moga semangat jihad kami sentiasa segar
Jadilah diri kami bertambah kuat
Demi mendamba kasihMu
Mencari RedhoMu sehingga akhir hayat kami.




Friday, June 22, 2012

~Nostalgia seorang hamba~

Semalam sudah berlalu
Hari ini tiada lagi noktah
Menyingsingnya fajar
Bermula perjalanan itu
Begitulah berlalunya siang dan malam
Silih berganti
Teguhnya hati seorang insan berlalu pergi
Mengisi hidup penuh pancaroba
Jati diri yang dimiliki
Digalas dengan penuh erti
Oh insan
Jalani lah hidupmu dengan penuh kerelaan
Jangan mudah goyah dan leka
Setiap cabaran
Mematangkan kamu
Melengkapkan senario perjalananmu
Begitulah sunnatullah
Yang dilalui insan sebelum mu




    

Thursday, June 21, 2012

Sempurnakan hidupmu dengan Iman.


                
                                                            



          Assalamualaikum. Hari ini, esok dan hari-hari yang mendatang... cepatnya masa berlalu, kini sudahpun berlabuhnya bulan Syaaban. Bulan untuk memperbanyakkan amal kebajikan. Jom kita singkap kembali gesaan Junjungan Besar Nabi Muhammad supaya banyakkan berpuasa pada bulan ini. Alangkah indahnya hidup ini andai dapat mengikuti jejak langkah baginda nabi dalam setiap perlakuan kita. Ya Allah, Engkau kuatkanlah kaki kami untuk terus berada di atas jalanMu.
         Kami sering alpa sebenarnya ya Rabb. Ingatkanlah kami sentiasa agar setiap langkah kami diatur dengan penuh cermat (sentiasa ingat jangan melakukan kesilapan, andai kami melakukannya ingatkan kami jua agar memohon keampunanMu). Langkah kami diteruskan lagi dengan seribu perancangan, kerana hidup ini akan lebih selesa andai perancangan dibuat dengan penuh teratur. Kami sedar yang menentukan hanyalah milikmu. Kami sentiasa berdoa agar kami tidak bersendirian menempuh kehidupan yang penuh dengan ujian ini.
        Keyakinan yang menebal terhadap kekuasaanMu tidak pernah kami lupa. Menitis airmata  apabila megenangkan kebesaran dan keaguganMu yang bijak  mengatur perjalanan hidup kami. Terasa kerdil kami berdiri di hadapanMu. Limpahkanlah lembayung rahmat kepada kami agar kami sentiasa tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup ini. Allahhumma Amin.

Friday, June 1, 2012

The Transit of Venus

                           

        Peristiwa ini merupakan salah satu peristiwa astronomi yang sangat penting dan jarang berlaku di mana ianya hanya dapat disaksikan dua kali seumur hidup. Ianya berlaku di langit di mana satu  titik hitam bulat (Planet Zuhrah) akan muncul merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama enam jam. Fenomena ini akan muncul sekali lagi 100 tahun akan datang iaitu pada jangkaan  Disember 2112.

Sunday, May 27, 2012

MTQ di Pahang.

      Assalamualaikum. Hati penuh berdebar menanti keputusan dari kontigen Penang. Semoga mereka akan membawa kejayaan yang cemerlang. Ustazah di sini sentiasa merafakkan tangan memohon agar semua peserta sihat dan dapat menyampaikan setiap acara dengan penuh semangat. Perjuangan kita adalah untuk memartabatkan syiar Isalam. Klah menang adat pertandingan. Semoga dihati dan jiwa kita sentiasa pasrah dengan ketentuan Allah setelah kita bertungkus lumus membuat persiapan.Amin.

Saturday, May 5, 2012

Salam pembuka bicara. Alhamdulillah 4.5.2012  pelajar-pelajar SMKA Al-Irshad telah mengikuti Hari Astronomi Peringkat Negeri di AEON Jusco Perda, Bukit Mertajam. Semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak pelajar amat membanggakan. Setiap aktiviti yang diatur oleh Jabatan MUFTI  pasti akan disambut dengan tangan terbuka untuk sama-sama memeriahkan suasana tersebut. Pada kali ini pertandingan yang dibuka adalah mendeklamasi sajak. Alhamdulillah kami berjaya mendapat tempat pertama dalam deklamasi sajak tersebut. Persertanya ialah Mohamad Irfan bin Ahmad Firdaus. Terimakasih kami ucapkan kerana mengharumkan nama SMKA Al-Irshad.Buat Afifah cuba lagi , semangat dan bakatmu amat membanggakan.

Tuesday, March 20, 2012

Anugerah yang perlu disyukuri~



           Tanggal 23.2.2012 merupakan tarikh keramat buat seorang insan yang bergelar hambaNya, lahir ke dunia ini. Nama diberi penuh erti kesyukuran daripada kedua ayahanda dan bondanya agar suatu hari nanti dia menjadi anak yang soleh dan mujahidah yang gigih di masa akan datang. Aynul Mardhiah itulah nama yang tersimpan dibenak ini.

           Kehadirannya disambut dengan penuh gembira. Keluarga dikunjungi oleh sanak saudara, sahabat handai dan jiran-jiran.Semuanya seakan tahu bahawa kelahiran anak ini akan sentiasa menceriakan hidup ayahanda dan bondanya serta keluarganya yang lain. Syukur tidak terhingga ku rafakkan kepada Allah di atas kurniaan ini. Semoga hidup ini bertambah indah dan sentiasa dipayungi rahmat dari Nya. Amin.

Friday, January 27, 2012

Jom singgah ~ kelab Falak Syarie' 2012~





Assalamualaikum. 2012~ Kelab Falak Syarie mula bersidang dengan ahli-ahlinya yang ramai.Kelab ini mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar. Apa yang penting pada tahun ini AJK KFS akan menilai ahli daripada kesungguhan mereka dalam memberi sumbangan dan idea yang bernas kepada kelab. Andainya satu semester yang pertama ahli tidak menunjukkan komitmen yang padu , AJK KFS tidak teragak untuk memecat ahli drp kelab ini. Biarlah kualiti yang dicari, bukan kuantiti yang menjadi ukuran.

Syabas kepada anak-anak KFS, di atas semangat yang ditunjukkan ketika mesyuarat pada hari tu. Semoga apa yang diputuskan pada hari tu dapat dijalankan dengan teratur.Pengerusi dan Naib Pengerusi banyak memberi idea yang bernas untuk memenuhi impian adik-adik dalam kelab ini. Sehari sebelum perjumpaan bermula AJK perlu bermesyuarat agar perjalanan pada hari esoknya dapat berjalan dengan lancar.AJK yang lain juga tidak kurang hebatnya, masing-masing turut menyumbang idea yang bernas.

Antara agenda yang akan dijalankan pada tahun ini,



1. Sehari bersama KFS peringkt sekolah

2. Broser Falak Syarie'

3. Bengkel Ilmiah~ Fenomena Alam

4. Jemputan Penceramah dari luar- Mengenai Hitungan waktu solat, arah
kiblat dan sebagainya.

5. Lawatan qiyammullail utk ting 3 dan 5 di Pusat Falak Syeikh Tahir-
Bersama KRU Mufti Penang.

6. Kem Falak Syarie'/Astronomi dan cerapan malam.

7. Jualan Hari Kantin

8. Jamuan.



Semoga apa yang dirancang ini akan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Anak-anak yang disayangi semua, biarlah kita bergerak di atas nadi iman agar setiap tingkah laku kita akan sentiasa dipandu olehNya. Semoga tingkah laku kita pada tahun ini dikira sebagai IBADAT.aMIN, wAILALLIQA'.

Sunday, January 8, 2012

Menyuntik semangat baru~

Bismillahirrahmanirrahim...Semoga apa yang bakal ditulis ini mendapat ilham yang baik daripada Allah s.w.t. Fokus yang cuba dipaparkan di sini adalah, bagaimana untuk menerapkan sifat istiqamah dalam diri setiap muslim dengan terus melakukan ibadah tanpa rasa jemu.


1. Ingat dalam minda siapa kita sebenarnya. Soalan ini sudah cukup untuk membangkitkan rasa perlu untuk kita beribadah kepadaNya. Hanya orang yang sombong saja tidak nampak dengan mata hatinya siapa dirinya yang sebenar. Andai kita mengimbau sejenak ketika kita berada dalam kandungan ibu... siapa menduga kita mampu berjalan setegap ini. Gunalah akal yang dikurniakan olehNya dengan semampu yang mungkin, nescaya kita akan menemui jalan yang benar. Ketika itu rasa gementar dalam jiwa dan rasa masa yang ada tak cukup untuk kita gunakan ke arah yang berkualiti.


2.Nikmat yang datang dari mana sumbernya.Soalan ini juga tak mampu diri kita yang lemah ini untuk mendabik dada, mengatakan kita yang berusaha dengan tulang empat kerat kita. Segala kekayaan dan kesenangan yang kita miliki akan berakhir juga setelah kita memghembuskan nafas yang terakhir. Apa yang bakal dibawa kelak adalah bekalan amalan di dunia. Masih berat lagikah kaki yang yang dikurniakan juga oleh Allah untuk terus melangkah ke masjid dan terus tunduk sujud kepadaNya. Andai tiada kita miliki kekuatan untuk bangun dari tidur, subhanallah ketika itu hati akan menyesal setelah nikmat yang dikurniakan sebelumnya tidak dimanfaatkan dengan baik. Ayuh marilah kita terus beristigamah, menadah tangan yang tak lekang daripada melakukan dosa-dosa kepadaNya untuk terus bertaubatdan beribnadah.


Wailalliqa'.

Monday, January 2, 2012

Bermula sebuah perjalanan 2012~




Alhamdulillah ala kulli hal.Syukur tidak terhingga kita panjatkan kepada Allah kerana diberi masa dan peluang untuk menyambut tahun baru 2012. Setiap kejayaan itu dimulai dengan perancangan yang rapi, teliti dan penuh kesungguhan. Semoga pada tahun ini kita dapat sama-sama menyemai benih yang baik agar hasilnya juga baik.

Tahun yang lalu kita di kurniakan dengan berbagai nikmat kesenangan dan sesekali kita diuji dengan kepayahan dan kesulitan, namun andai dihitung dan ditimbang banyak kesenangan yang kita kecapi... Alhamdulillah sekali lagi kami tunduk sujud kepadaMu melafazkan sejuta kesyukuran,Ya Rabb.

Anak-anakku, dalam mengejar kejayaan, kamu akan diuji dengan seribu macam halangan. Terkadang kamu jatuh, rebah dan sedarlah kita wajar bangun dengan hati yang teguh meneruskan semula perjuangan ini. Ingat lagi, dulu ummi banyak belajar dengan semangat yang ditiupkan oleh ibu dan ayah. Kawan-kawan juga banyak memberi semangat dan tunjuk ajar yang padu pada ummi. Kekuatan itu ummi tidak persiakan. Memohon doa kepada Maha Pencipta sentiasa ummi harapkan.

Kejayaan yang dianugerahkan olehNya, perlu dijaga dengan baik agar kita tidak leka. Teruskanlah berusaha tanpa jemu. Istiqamah dalam mengejar impian menjadi satu hasrat yang murni.Carilah Redho Allah, biarlah perjalanan kita ini dinaungi RahmatNya.Disiplin yang utuh dan pegangan yang kukuh terhadap agamaNya sentiasa menjadi resepi sajian kita seharian. Amin ya Rabbal A'lamin.Wailalliqa'.