Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Friday, January 27, 2012

Jom singgah ~ kelab Falak Syarie' 2012~





Assalamualaikum. 2012~ Kelab Falak Syarie mula bersidang dengan ahli-ahlinya yang ramai.Kelab ini mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar. Apa yang penting pada tahun ini AJK KFS akan menilai ahli daripada kesungguhan mereka dalam memberi sumbangan dan idea yang bernas kepada kelab. Andainya satu semester yang pertama ahli tidak menunjukkan komitmen yang padu , AJK KFS tidak teragak untuk memecat ahli drp kelab ini. Biarlah kualiti yang dicari, bukan kuantiti yang menjadi ukuran.

Syabas kepada anak-anak KFS, di atas semangat yang ditunjukkan ketika mesyuarat pada hari tu. Semoga apa yang diputuskan pada hari tu dapat dijalankan dengan teratur.Pengerusi dan Naib Pengerusi banyak memberi idea yang bernas untuk memenuhi impian adik-adik dalam kelab ini. Sehari sebelum perjumpaan bermula AJK perlu bermesyuarat agar perjalanan pada hari esoknya dapat berjalan dengan lancar.AJK yang lain juga tidak kurang hebatnya, masing-masing turut menyumbang idea yang bernas.

Antara agenda yang akan dijalankan pada tahun ini,



1. Sehari bersama KFS peringkt sekolah

2. Broser Falak Syarie'

3. Bengkel Ilmiah~ Fenomena Alam

4. Jemputan Penceramah dari luar- Mengenai Hitungan waktu solat, arah
kiblat dan sebagainya.

5. Lawatan qiyammullail utk ting 3 dan 5 di Pusat Falak Syeikh Tahir-
Bersama KRU Mufti Penang.

6. Kem Falak Syarie'/Astronomi dan cerapan malam.

7. Jualan Hari Kantin

8. Jamuan.



Semoga apa yang dirancang ini akan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Anak-anak yang disayangi semua, biarlah kita bergerak di atas nadi iman agar setiap tingkah laku kita akan sentiasa dipandu olehNya. Semoga tingkah laku kita pada tahun ini dikira sebagai IBADAT.aMIN, wAILALLIQA'.

Sunday, January 8, 2012

Menyuntik semangat baru~

Bismillahirrahmanirrahim...Semoga apa yang bakal ditulis ini mendapat ilham yang baik daripada Allah s.w.t. Fokus yang cuba dipaparkan di sini adalah, bagaimana untuk menerapkan sifat istiqamah dalam diri setiap muslim dengan terus melakukan ibadah tanpa rasa jemu.


1. Ingat dalam minda siapa kita sebenarnya. Soalan ini sudah cukup untuk membangkitkan rasa perlu untuk kita beribadah kepadaNya. Hanya orang yang sombong saja tidak nampak dengan mata hatinya siapa dirinya yang sebenar. Andai kita mengimbau sejenak ketika kita berada dalam kandungan ibu... siapa menduga kita mampu berjalan setegap ini. Gunalah akal yang dikurniakan olehNya dengan semampu yang mungkin, nescaya kita akan menemui jalan yang benar. Ketika itu rasa gementar dalam jiwa dan rasa masa yang ada tak cukup untuk kita gunakan ke arah yang berkualiti.


2.Nikmat yang datang dari mana sumbernya.Soalan ini juga tak mampu diri kita yang lemah ini untuk mendabik dada, mengatakan kita yang berusaha dengan tulang empat kerat kita. Segala kekayaan dan kesenangan yang kita miliki akan berakhir juga setelah kita memghembuskan nafas yang terakhir. Apa yang bakal dibawa kelak adalah bekalan amalan di dunia. Masih berat lagikah kaki yang yang dikurniakan juga oleh Allah untuk terus melangkah ke masjid dan terus tunduk sujud kepadaNya. Andai tiada kita miliki kekuatan untuk bangun dari tidur, subhanallah ketika itu hati akan menyesal setelah nikmat yang dikurniakan sebelumnya tidak dimanfaatkan dengan baik. Ayuh marilah kita terus beristigamah, menadah tangan yang tak lekang daripada melakukan dosa-dosa kepadaNya untuk terus bertaubatdan beribnadah.


Wailalliqa'.

Monday, January 2, 2012

Bermula sebuah perjalanan 2012~




Alhamdulillah ala kulli hal.Syukur tidak terhingga kita panjatkan kepada Allah kerana diberi masa dan peluang untuk menyambut tahun baru 2012. Setiap kejayaan itu dimulai dengan perancangan yang rapi, teliti dan penuh kesungguhan. Semoga pada tahun ini kita dapat sama-sama menyemai benih yang baik agar hasilnya juga baik.

Tahun yang lalu kita di kurniakan dengan berbagai nikmat kesenangan dan sesekali kita diuji dengan kepayahan dan kesulitan, namun andai dihitung dan ditimbang banyak kesenangan yang kita kecapi... Alhamdulillah sekali lagi kami tunduk sujud kepadaMu melafazkan sejuta kesyukuran,Ya Rabb.

Anak-anakku, dalam mengejar kejayaan, kamu akan diuji dengan seribu macam halangan. Terkadang kamu jatuh, rebah dan sedarlah kita wajar bangun dengan hati yang teguh meneruskan semula perjuangan ini. Ingat lagi, dulu ummi banyak belajar dengan semangat yang ditiupkan oleh ibu dan ayah. Kawan-kawan juga banyak memberi semangat dan tunjuk ajar yang padu pada ummi. Kekuatan itu ummi tidak persiakan. Memohon doa kepada Maha Pencipta sentiasa ummi harapkan.

Kejayaan yang dianugerahkan olehNya, perlu dijaga dengan baik agar kita tidak leka. Teruskanlah berusaha tanpa jemu. Istiqamah dalam mengejar impian menjadi satu hasrat yang murni.Carilah Redho Allah, biarlah perjalanan kita ini dinaungi RahmatNya.Disiplin yang utuh dan pegangan yang kukuh terhadap agamaNya sentiasa menjadi resepi sajian kita seharian. Amin ya Rabbal A'lamin.Wailalliqa'.