Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Friday, June 22, 2012

~Nostalgia seorang hamba~

Semalam sudah berlalu
Hari ini tiada lagi noktah
Menyingsingnya fajar
Bermula perjalanan itu
Begitulah berlalunya siang dan malam
Silih berganti
Teguhnya hati seorang insan berlalu pergi
Mengisi hidup penuh pancaroba
Jati diri yang dimiliki
Digalas dengan penuh erti
Oh insan
Jalani lah hidupmu dengan penuh kerelaan
Jangan mudah goyah dan leka
Setiap cabaran
Mematangkan kamu
Melengkapkan senario perjalananmu
Begitulah sunnatullah
Yang dilalui insan sebelum mu




    

Thursday, June 21, 2012

Sempurnakan hidupmu dengan Iman.


                
                                                            



          Assalamualaikum. Hari ini, esok dan hari-hari yang mendatang... cepatnya masa berlalu, kini sudahpun berlabuhnya bulan Syaaban. Bulan untuk memperbanyakkan amal kebajikan. Jom kita singkap kembali gesaan Junjungan Besar Nabi Muhammad supaya banyakkan berpuasa pada bulan ini. Alangkah indahnya hidup ini andai dapat mengikuti jejak langkah baginda nabi dalam setiap perlakuan kita. Ya Allah, Engkau kuatkanlah kaki kami untuk terus berada di atas jalanMu.
         Kami sering alpa sebenarnya ya Rabb. Ingatkanlah kami sentiasa agar setiap langkah kami diatur dengan penuh cermat (sentiasa ingat jangan melakukan kesilapan, andai kami melakukannya ingatkan kami jua agar memohon keampunanMu). Langkah kami diteruskan lagi dengan seribu perancangan, kerana hidup ini akan lebih selesa andai perancangan dibuat dengan penuh teratur. Kami sedar yang menentukan hanyalah milikmu. Kami sentiasa berdoa agar kami tidak bersendirian menempuh kehidupan yang penuh dengan ujian ini.
        Keyakinan yang menebal terhadap kekuasaanMu tidak pernah kami lupa. Menitis airmata  apabila megenangkan kebesaran dan keaguganMu yang bijak  mengatur perjalanan hidup kami. Terasa kerdil kami berdiri di hadapanMu. Limpahkanlah lembayung rahmat kepada kami agar kami sentiasa tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup ini. Allahhumma Amin.

Friday, June 1, 2012

The Transit of Venus

                           

        Peristiwa ini merupakan salah satu peristiwa astronomi yang sangat penting dan jarang berlaku di mana ianya hanya dapat disaksikan dua kali seumur hidup. Ianya berlaku di langit di mana satu  titik hitam bulat (Planet Zuhrah) akan muncul merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama enam jam. Fenomena ini akan muncul sekali lagi 100 tahun akan datang iaitu pada jangkaan  Disember 2112.