Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Friday, August 30, 2013

Kembara Rabbani~ Mikraj hati~

        Salam pembuka bicara. Apa khabar imanmu ? Apa khabar  islammu ? Sedikit bicara tentang hati, diri tersedar daripada lamunan yang panjang. Mengimbau sejarah  silam, banyak mengukir kenangan suka dan duka. Begitulah hati meneruskan perjalanannya. Ke mana sebenarnya hati mengembara. Setiap hari lima kali sehari semalam mikrajnya hati menuju penciptaNya, yakni di dalam solat. Ayuh kita mengembara lagi tatkala hati diuji dengan pancaroba dunia dan hasutan syaitan, bermunajat lagi kita di dalam tahajudnya, tatkala semua manusia dibuai mimpi indah, memohon dan merayu agar dosa kita diampunkanNya, munajat kita diterima olehNya. Begitulah sunnah nabimu mengajar kamu agar sentiasa bermunajat pada Yang Esa, pemilik alam buana yang luas ini. Ketika itu hati akan merasa diri kerdil dibawah pengawasannya. Ya Rabb ketika itu hati akan berbicara lagi ... peliharalah iman dan islamku agar sentiasa dipandu dan ditunjuki jalan yang lurus sehingga akhir hayat. Amin Ya Rabbal Alamin. Labbaikallahumma labbaik, labaika la syarika laka labbaik.Innal hamda wannikmata laka walmulk la syarikalaka.


Monday, June 17, 2013

~Tujuan Perjalanan ini~

Assalamualaikum. Tirai malam berlabuh lagi, kembali menilai diri tatkala kesibukan dengan pelbagai aktiviti, namun ku bangkit semula mewarnai sebuah perjalanan.... Perjalanan ini tidak lari daripada 3 perkara utama; Beribadah,Khilafah dan Amanah.

         Jangan leka dengan tujuan kejadiaan kita, untuk sentiasa  beribadah menyembah Allah Yang Maha Agung. Siapa pun kita, tidak kira muda atau tua, miskin atau kaya, kita adalah hambaNya.Untuk mewujudkan perasaan merendah diri di bawah kekuasaaNya, kita perlu bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu  duniawi dan ukhrawi. Lantaran ilmu menebal di sanubari kita, barulah perasaan kehambaan dan merendah diri akan wujud di dalam diri.

        Solat yang difardukan secara terus daripada Allah menggambarkan ketinggian nilai solat itu sendiri. Nabi tidak dibekalkan dengan harta yang melimpah, namun solatlah sebagai senjatanya dalam menerajui tujuan yang kedua sebagai menegakkan khilafahNya. Konsep tahiyyat amat bermakna buat seorang hamba untuk mendambakan ubudiyyahNya kepada AllahYang Maha Esa.Segala penghormatan (tahiyyat) khusus untuk Allah. Marilah kita sama-sama memahami makna tahiyyat itu sendiri."Segala penghormatan, keberkatan, kesejahteraan, kebaikan  hanyalah untuk Allah." Ini menunjukkan Allah s.w.t berhak mendapatkan semua tahiyyat. Subhanallah.

       Sebagai khalifahNya, kita tidak lari daripada memegang tanggungjawab yang besar untuk memastikan Islam tertegak di mukabumi ini.Justeru Amanahlah sebagai tujuan yang ketiga kenapa kita dilahirkan di bumi Allah. Amanah dimaksudkan di
sini membawa maksud yang besar, iaitu melaksanakan hukum Allah yang adil. Rangkuman daripada huraian ini jelas bahawa tugas kita amat besar untuk melihat masa depan Islam yang gemilang. Oleh itu , kita jangan leka dengan keseronokan dunia yang sementara. Ingatlah singkatnya dunia ini jaraknya seperti masa azan dan iqamah sahaja atau sebagai tempat berteduh di bawah sepohon pokok.

       Ayuh bangunlah untuk kita sama-sama mengejar cinta Illahi dan rahmatNya , mencintai RasulNya serta mengenali sahabat-sahabat Nabi, Tabien dan Atbautabien, Salafussoleh dan orang-orang yang sentiasa berjuang di jalanNya. Allahumma Amin.Wailalliqa.


Monday, April 8, 2013

Astronomi Kembali Lagi

      Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



         Tirai Astronomi berlabuh semula setelah sekian lama hilag menyepi diri. Kini hadir membawa berita gembira. Pertandingan-pertandingan dan aktiviti berkaitan astronomi kini muncul kembali.

Antaranya ialah 'Workshop Education' yang akan disampaikan oleh Jabatan Mufti Bahagian Falak Pulau Pinang. Ahli-ahli kelab astronomi SMKA Al-Irshad diwajibkan menyertai program tersebut. Butiran aktiviti ini adalah seperti berikut :

Hari : Rabu
Tarikh : 17 April 2013
Jam : 3.00-5.30 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Pelajar (PKP) SMKA Al-Irshad

Program yang akan diadakan :

1. Rubu' Mujayyab
2. Mengukur ketinggian matahari
3. Isu-isu semasa tentang astronomi

Selain itu, Jabatan Mufti juga menganjurkan Hari Astronomi Peringkat Negeri pada 26 April 2013 di Masjid Abdullah Fahim. Pertandingan deklamasi sajak astronomi peringkat negeri akan diadakan pada pukul 3 petang. Pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti pameran, 'talk about astronomy' dan forum astronomi yang akan diadakan pada waktu malam. Aktiviti yang paling menarik pada malam tersebut berlakunya gerhana bulan (penumbra). Semua ahli kelab astronomi SMKA Al-Irshad digalakkan menyertai aktiviti tersebut.

Ahli kelab astronomi bakal mendapat baju kelab sebelum hari aktiviti dan pertandingan tersebut. Bayaran perlu dibuat segera untuk memudahkan urusan. Baju kelab perlu dipakai semasa hari berlangsungnya program-program tersebut.

Coretan,
Naib Setiausaha Kelab Astronomi 2013

'Falak Pemacu Pelajar Cemerlang'

Thursday, February 14, 2013


Asalamualaikum.
      Semoga kita berada dibawah nikmatnya Iman dan Islam,.Amin Ya Rabbal Alamin.Berkatnya masa sentiasa dicari dan sentiasa dihitung...Terasa masa ini terlalu singkat dan cepat berlalu pergi.Ya Allah andai ditahan masa ini daripada pergi ...sebenarnya mustahil kita berbuat begitu. Oleh itu gunakanlah masa itu dengan penuh berkualiti.

       Begitulah muqaddimah entry pada tahun ini. Terasa masa perlu di rancang sebaik mungkin. Orang berjaya sentiasa menggunakan masa dengan bijak.Ya Allah sekali lagi hati ini memohon agar diberikan kelapangan masa dan menggunakannya pada perkara yang bermanfaat. Amin.


       Berbalik pada bicara Kelab Falak Syarie pada tahun ini, moga perancangannya lagi bagus pada tahun sebelumnya, walaupun pada tahun ini perjumpaannya agak terhad.Selamat memajukan Kelab Falak Syarie dengan penuh berhemah dan berdidikasi.

        Selamat Beamal.