Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Monday, June 17, 2013

~Tujuan Perjalanan ini~

Assalamualaikum. Tirai malam berlabuh lagi, kembali menilai diri tatkala kesibukan dengan pelbagai aktiviti, namun ku bangkit semula mewarnai sebuah perjalanan.... Perjalanan ini tidak lari daripada 3 perkara utama; Beribadah,Khilafah dan Amanah.

         Jangan leka dengan tujuan kejadiaan kita, untuk sentiasa  beribadah menyembah Allah Yang Maha Agung. Siapa pun kita, tidak kira muda atau tua, miskin atau kaya, kita adalah hambaNya.Untuk mewujudkan perasaan merendah diri di bawah kekuasaaNya, kita perlu bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu  duniawi dan ukhrawi. Lantaran ilmu menebal di sanubari kita, barulah perasaan kehambaan dan merendah diri akan wujud di dalam diri.

        Solat yang difardukan secara terus daripada Allah menggambarkan ketinggian nilai solat itu sendiri. Nabi tidak dibekalkan dengan harta yang melimpah, namun solatlah sebagai senjatanya dalam menerajui tujuan yang kedua sebagai menegakkan khilafahNya. Konsep tahiyyat amat bermakna buat seorang hamba untuk mendambakan ubudiyyahNya kepada AllahYang Maha Esa.Segala penghormatan (tahiyyat) khusus untuk Allah. Marilah kita sama-sama memahami makna tahiyyat itu sendiri."Segala penghormatan, keberkatan, kesejahteraan, kebaikan  hanyalah untuk Allah." Ini menunjukkan Allah s.w.t berhak mendapatkan semua tahiyyat. Subhanallah.

       Sebagai khalifahNya, kita tidak lari daripada memegang tanggungjawab yang besar untuk memastikan Islam tertegak di mukabumi ini.Justeru Amanahlah sebagai tujuan yang ketiga kenapa kita dilahirkan di bumi Allah. Amanah dimaksudkan di
sini membawa maksud yang besar, iaitu melaksanakan hukum Allah yang adil. Rangkuman daripada huraian ini jelas bahawa tugas kita amat besar untuk melihat masa depan Islam yang gemilang. Oleh itu , kita jangan leka dengan keseronokan dunia yang sementara. Ingatlah singkatnya dunia ini jaraknya seperti masa azan dan iqamah sahaja atau sebagai tempat berteduh di bawah sepohon pokok.

       Ayuh bangunlah untuk kita sama-sama mengejar cinta Illahi dan rahmatNya , mencintai RasulNya serta mengenali sahabat-sahabat Nabi, Tabien dan Atbautabien, Salafussoleh dan orang-orang yang sentiasa berjuang di jalanNya. Allahumma Amin.Wailalliqa.