Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Monday, November 17, 2014

~Mengapai Awan~



Berusahalah untuk mengapi awan yang tinggi
mencari redho illahi
andai di tempat persinggahan ini 
kita terus menggali ilmu
dengan setulus hati
mengamalkan ilmu yang dicari
kembalinya kita nanti
ditunggu dan dirai
perjalanan seterusnya...
bahagia hingga bertemu rabbul izzati
usah risau dengan ampunanNya
kerna Sang Pemilik buana ini
amat penyayang
dan amat penerima taubat
yakinlah dengan maghfirahNya
kehidupan yang kita lalui ini
sebagai persiapan
menuju syurga firdausi

Nukilan rasa,
Ummi aynul mardhiah.

~Ketenangan yang ku cari~


Ketenangan yang dicari
kelapangan hati
milik kurniaan Illahi
tika diri sendiri
memohon agar ditambahkan kecekalan diri
hidayah, istiqamah dan mujahadah yang tinggi
mampu menjadi bekal di kemudian hari
tatkala manusia menghitung jari jemari
habuan dunia belum puas dinikmati
sampai bila lagi
bimbang andai nafas terhenti
kepada siapa yang akan kita tangasi
sebelum segalanya berakhir nanti
sibukkanlah diri untuk menginsafi diri
agar segalanya dapat menemui rabbi
dengan hati yang tulus budi.

Nukilan rasa,
Ummi aynul mardhiah
Damai Laut, Perak.




Thursday, October 16, 2014

Mengimbau kenangan Kelab Falak Syarie semester kedua 2014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Mengimbau aktiviti Kelab Falak Syarie bagi semester kedua..

1) Pelantikan Ahli Jawatankuasa Kelab Falak Syarie bagi tahun 2014/2015

2) Jamuan Kelab bertarikh 6 Oktober 2014 bertempat di Seoul Garden, Queensbay , Pulau Pinang.

3) Cerapan Gerhana Bulan di Masjid Abdullah Fahim pada 8 Oktober 2014.

4) Kem Falak Mega di Pusat Kokurikulum Bukit Mertajam 10 Oktober 2014 sehingga 12 Oktober 2014 yang disertai oleh 4 orang pelajar Tingkatan 1.

5) Seminar Astronomi di Unversiti  Sains Malaysia yang akan diadakan pada tarikh 17 Oktober sehingga
    19 Oktober 2014. Seminar ini akan disertai oleh guru penasihat kelab Falak Syarie.

Diharapkan pada tahun hadapan Kelab Falak Syarie akan terus maju dan mengorak langkah dengan lebih semangat. Kepada Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik , moga dapat menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi dan ikhlas. Selamat meneruskan perjuangan demi bumi Al Irshad tercinta...

Sunday, July 6, 2014

Ramadhan 1435`

     Salam Ramadhan 1435.  Hari ini puasa diteruskan dengan harapan agar puasa hari ini lebih berkualiti daripada kelmarin.  Ku renungi ayat Quran bahawa orang-orang yang baik akan bersama dengan orang-orang yang baik kelak di akhirat nanti. Siapakah orang-orang yang baik itu, Jom kita tekalkan hati agar sentiasa berdoa, " Allahumma ahyiina bihayatil ulama', wa amitna bimautisshuhada' wahsyurna fi zumratil auliya' wa adkhilnal jannata maal anbiya'' alaihimussolatuwassalam birahmatika ya arhamarrahimin." Berdasarkan doa ni yang pertama sahabat yg blh kita contohi dan dampingi adalah
    
      1- Ulama'
      2- Para syuhada'
      3- Para wali
      4- Para nabi.
     
    Dalam erti kata yang lain, kita kena menyelami kriteria empat golongan ini. Dalam suroh al-fatihah sering kita baca " sirotollazinaanamta alaihim". Jadi sempena ramadhan yang mulia ini kita cuba mencari pengisian rohani dengan menqasadkan niat lillahi taala. Semoga ramadhan 1435 kita dapat bertemu dengan lailatul qadar. Di kesempatan ini juga jom kita perbanyakkan solawat kpd nabi, Sayangnya nabi pada kita amat menebal di dalam hatinya. Wailalliqa'.

Sunday, May 11, 2014

~ Sebuah Perjuangan~ MTQ 2014



Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.....

Disaat tangan menyentuh papan kekunci, hati ini tertanya-tanya apa yang ingin ku abadikan dalam tinta kali ini. Meskipun perjalanan yang kami harungi ini cukup panjang, namun ceritanya hanyalah satu. PERJUANGAN INI BELUM SELESAI ! Hanya ini yang mampu ku ungkapkan.

Perjuangan ini bermula dari bulan Mac yang lalu. Namun, jika difikirkan semula, kami memulakan usaha ini sejak tahun lepas. Benar, ceritanya sangat panjang. Namun, ingin aku ringkaskan di sini. 

Bermula dari peringkat daerah, kedua-dua anak muridku berjaya melangkah ke peringkat negeri. Dan alhamdulillah, tiada ucapan selain syukur yang mampu aku ucapkan tatkala diumumkan kedua-dua mereka akan mewakili Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan Syarahan MTQ. 

Perjalanan yang cukup panjang dan alhamdulillah kejayaan sentiasa mengiringi perjalanan kami. Besar harapanku agar kedua anak muridku mampu melakukan yang terbaik di peringkat kebangsaan nanti. Ingat, matlamat kalian sememangnya untuk menang dan banggakan nama Pulau Pinang, tetapi yang lebih utama ialah matlamat kalian untuk menyampaikan dakwah dan memberi peringatan kepada mereka yang mendengar. Ustazah yakin, setidak-tidaknya, ada hati yang akan tersentuh dengan tutur kata dan bicaramu yang menggetar hati dan menusuk kalbu. Insyaallah.

Buat Hafiz dan Atikah, ingatlah bahawa perjuangan ini belum selesai. Berjuanglah kalian sehingga tamat pertandingan ini. Namun, hakikatnya perjuangan ini belum berakhir sehinggalah ajal menjemput kita. Jika kalian merasa penat dan ingin berputus asa, renunglah kata-kata saudara Ahmad Ammar Ahmad Azam, dunia biarlah berpenat, akhirat tempat kita berehat!
 
Buat pembaca sekalian, doalah kejayaan anak didikku, Mohd Hafiz bin Aznan dan Nur Atikah binti Mohd Razy di peringkat kebangsaan nanti. Doa kalian mengiringi perjuangan kami.
Tarikh kebangsaan : 16-19 Mei 2014
Tempat : Kolej Matrikulasi Banting, Selangor
Acara : Syarahan spontan MTQ 


                                                                                                                            Fi Hifzillah~           
  

Thursday, May 8, 2014

~Perjalanan yang panjang~ .

        Assalamualaikum. Suasana keheningan malam terasa lagi. Tika kalam ini diteruskan, hanya Allah sahaja yang mendengar bicaraku ini... Jom kita hayati perjuangan sahabat yang bernama Shuhaib Ar Rumi, dipuji oleh Allah di dalam suroh al baqarah ayat 207, yang bermaksud " Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula amat belas kasihan akan hamba-hambanya." sehinggakan dipuji Allah dan dikhabarkan sendiri oleh malaikat Jibril kepada nabi.

         Hebatnya peribadi beliau, apakah sumbangannya? ~ sehinggakan mendapat pujian Allah dan dikhabarkan sendiri oleh malaikat Jibril kepada nabi melalui ayat tersebut. Jawapannya , tentu sekali kerana mendalamnya cinta beliau kepada risalah Islam dengan berkorban dirinya untuk berhijrah ke Madinah untuk bertemu baginda Rasulullah dengan menyerahkan semua hartanya kepada orang yang menghalangnya daripada terus berhjirah ke sana.

        Sepanjang hari itu, mereka menghabiskan masa bersama Rasulullah s.a.w. Mereka khusyuk memperoleh hidayah serta gembira menikmati persahabatan dengan Baginda. Ketika itu beliau bersama dengan Ammar bin Yasir di Mekah.

        Apa yang menarik mengenai peribadinya beliau adalah orang yang pandai memanah dan telah diketahui umum tentang kehandalannya itu dan beliau juga bijak dalam berniaga sehinggakan memiliki harta yang banyak. Harta itulah yang ditinggalkannya dan diberi kepada orang yang cuba menghalangnya itu. Keberaniannya dapat dilihat~ Beliau lari membawa agamanya demi kerana Allah s.w.t. Beliau tidak menyesal sedikitpun di atas kehilangan harta yang diusahakan sepanjang hidupnya itu~.

       Benar, pengorbanan harta yang dilakukan oleh beliau diumpamakan seperti jualan, dan ia telah memperoleh keuntungan. moga kita juga tergolong dalam kalangan orang yang bersemangat menegakkan Isalm dan mendapat kebaikan yang banyak ketika berkelana di bumi yang sementara ini. Allahumma Amin. 

Saturday, February 15, 2014

Oh indahnya~

   
Assalamualaikum. Sunnah dihayati, insan berkualiti... begitulah detikan hati berbicara... Indahnya andai dapat bertemu Rasulullah. Andai bulan dapat berbicara... andai juga mentari dapat berkata- kata... ~ bagaimanalah hati kan ku bawa. Percayalah nanti segala-galanya akan berbicara, tatkala itu mulut menjadi kaku. Sebelum mulut menjadi kaku, ayuhlah kita amalkan sunnah nabi. Umat yang dirindui oleh baginda adalah kita sebenarnya... ayuhlah kita hayunkan langkah untuk berselawat kepadanya dan sentiasa tamak untuk mengamalkan sunnahnya, biar perkara itu kecil pada mata manusia namun besar pada pandangan Allah. Indahnya hidup ini,andai setiap tindak tanduk kita dirahmati oleh Allah. Bahagialah hidup ini andai juga dapat sentiasa bermunajat kepada Allah yang mengurniakan segala nikmat kepada kita...~ Oh indahnya ~.

Tuesday, January 28, 2014

Rasul Yang Mulia

Cinta bersemi...tatkala namumu disebut lagi..... Ya Rasulullah.
Tawamu adalah senyuman
Begitulah sunnahmu yang kami turuti
Indahnya peribadimu tiada tandingannya
Kekasih Allah itulah gelaranmu yang mulia
Kami sedaya upaya dengan izin Yang Maha Kuasa,
Agar dipertingkatkan amalan soleh
dan senntiasa mengingati nabiMu
Merendah diri menadah tangan agar kami redha dengan apa saja perintahMu
Kuatkanlah hati kami agar mencintai kebaikan sepenuh jiwa dan raga
Selagi langit dijunjung dan selagi nadi berdenyut di atas hamparan bumiMu
Ya Rabb, Ampunkanlah segala kekhilafan yang kami lakukan
agar kami dapat bernafas di atas sinarnya cahaya Iman.
Allahumma solli ala Muhammad.