Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Monday, November 28, 2016

Trip ke Singapura.

       Gambar-gambar kenangan sewaktu berada di Singapura. Tiada terjangka kami akan ke sana, semuanya atas takdir Allah. Jutaan terimakasih tiada terhingga di atas kesungguhan rakan saya cikgu Nor Syamimi Abd. Halim selaku guru penasihat yang sama-sama menbangunkan kelab sehingga kami dapat melancong ke sana.Kami juga ditemani oleh seorang guru yang setia menemani kami ke sana, iaitu cikgu Zainab bt. Nordin. Hasrat untuk ke sana dirancang dengn rapi dan teliti. Akhirnya kami dapat jua ke sana bersama alumni SMKA ALirshad yang merancang pada awalnya untuk pergi pada bulan mac 2015, berbagai halangan dan rintangan akhirnya kami dapat menjejaki kaki ke sana pada 24.1-26.1.2016. Alhamdulillah.
        Kenangan suka dan duka kami tempuhi bersama-sama.Selain alumni,saya membawa tiga orang anak yang masih belajar dalam tingkatan tiga dan lima yang juga merupakan ahli kelab astronomi di sekolah dan seorang anak yang melanjutkan pelajaran ke USM Kubang Kerian. Beliau juga bekas ahli  Kelab Astronomi juga.Perjalanan kami ke sana ditemani dengan kecerahan bulan dan cuaca pada hari itu sangat selesa dan cerah.Kami menempah bas unuk menuju ke tempat penginapan.
       Sewaktu di dalam bas sempat lagi kami memberi soalan kuiz kepada pelajar-pelajar yag menyertai rombongan tersebut.Pelajar yang menjawab dengan skor markah yang banyak akan diberi hadiah sewaktu kami meninggalkan tempat peginapan.
       Hari kedua sewaktu berada di sana kami sempat melancong ke USS.Walaupun pada hakikatnya,lebih kepada berseronok tapi naawaitu kami masih kepada melihat tentang teknologi dan kecanggihan di USS itu sendiri.Tidak sah andai kami tidak menjejaki kaki ke dataran singa, perjalanan diteruskan lagi dengan melihat masjid yang sangat cantik di sana. Semua kenangan ini akan diabadikan dalam memori sehingga akhir hayat. Semoga Allah memberkati perjalanan kami ketika itu. amiin.

~Kenangan bersama Irshad Stargazer~

bismilahirahmanirahim.....

  Asalamualaikum.wbt. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman-pengalaman semenjak awal tahun 2016 sehingga ke penghujung tahun. Pelbagai kenangan manis  telah terpahat di ingatan dan memori para ahli kelab Astronomi. Guru pengiring kelab Astronomi iaitu Ustazah Siti Alawiyah Bt Haron dan Cikgu Nor Syamimi telah berjaya membuat perancangan kelab Falak Syarie atau kelab Astronomi.

  Perlantikan AJK telah dijalankan pada awal tahun bertarikh 20.01.16. Ahli-Ahli astronomi yang dilantik akan menjalankan tanggungjawab dalam memastikan aktiviti kelab pada tahun ini agar berjalan seperti yang dirancang. Jadi, setiap AJK perlu memainkan peranan masing-masing dengan tugas yang telah diamanahkan.Merancang aktiviti tahunan telah berlansung dan dianggotai oleh guru pengiring berserta AJK kelab.Hal ini turut dilakukan pada hari perlantikkan AJK baru.

  pada 28.01.16, seorang alumni SMKA Al-Irshad yang menuntut di Unikl, saudara Amirul Hakim telah memberi pencerahan kepada semua ahi kelab bekenaan cara mengetahui arah kiblat.Ia digelar sebagai bengkel arah kiblat. Semasa menyertai bengkel tersebut, para pelajar telah diberi pencerahan tentang cara membuat sesuatu benda yang menjadi penunjuk arah kiblat.Semua ahli kelah Astronomi telah berjaya mengetahui arah kiblat dengan berpandukan hanya sekeping kertas.

bengkel arah kiblat







  Seterusnya, Alumni SMKA Al-Irshad yang bernama Ahmad Muaz Supian telah hadir bagi menjayakan bengkel ilmu pelayaran dan kaitannya dengan falak. Pencerahan yang diberikan oleh Alumni sungguh menakjubkan. Pelbagai cerita yang terpahat di mindanya yang berkaitan dengan pelayaran dicurahkan kepada kami dengan bersungguh-sungguh.

  Lawatan ke KMPP yang telah diadakan di galeri dan menara cerap telah diadakan pada tarikh 29.1.16. Ilmu-ilmu yang bagaikan permata berharga dikutip oleh pelajar-pelajar dengan kesungguhan yang tinggi.Disini,berakhirnya aktiviti yang dilakukan pada bulan Januari 2016.

                                     





  Pada 9.3.16, Semua ahli astronomi telah bertolak menuju ke Masjid Nyior Sebatang. Hal ini untuk solat sunat gerhana bersama-sama dengan jemaah luar. Bengkel yang dijalankan oleh jabatan mufti turut dijalankan di dalam masjid. Hal ini memberi kesempatan kepada pelajar agar menyertai bengkel tersebut kerana melalui bengkel itu, setiap penyertaan diberikan sijil. Fenomena yang berlaku ada hari tersebut ialah gerhana matahari separa.

  Kuiz Falak Syarie telah berlansung pada 6.4.16. Semua ahli kelab yang terlibat menjawab soalan yang diberikan dengan bersungguh-sungguh. Melalui aktiviti ini, guru pengiring dapat mengetahui sama ada pelajar tersebut benar-benar mendalami ilmu falak atau tidak. Para pemenang turut diberi hadiah kerana meraih markah yang tinggi.

  Pada 28.4.16 sehingga 29.4.16 telah dijalankan aktiviti lawatan ke Pusat Falak Sheikh Tahir dan Taman Negara negeri Pulau Pinang. Para pelajar yang terpilih bermalam di Pusat falak Sheikh Tahir dan menjalankan aktiviti di dalam pusat falak itu dengan meriah. Bengkel yang turut disediakan oleh Jambatan Mufti turut dijalankan bagi mengasah ilmu pengetahuan pelajar agar lebih cenderung dengan bidang astronomi.


  Pada 4.5.16, telah berkumpulnya ahli kelab Astronomi untuk mengadakan perbincangan mengenai persiapan Hari Kantin yang bakal berlansung pada 7.4.16. Pelbagai pandangan turut diberikan oleh pelajar . Pada hari yang dinanti-nanti, Ahli kelab menyediakan juadah yang dapat menjana pendapatan kelab.

  Pada 10.8.16, Cikgu Norisham berkongsi pengalaman yang dikutipnya ke Chiangmai . Para pelajar mengambil iktibar daripada pengalaman tersebut untuk menjadi seseorang yang pandai mengambil peluang dalam menyertai aktiviti yang berkaitan dengan Astronomi.

   Aktiviti seterusnya ialah jamuan akhir Tahun yang diadakan di D'fiesha yang terletak di bandar Putra Bertam. Semua ahli kelab astronomi menjamu selera dengan gembira. Mereka memakan makanan yang dihidangkan dengan sungguh berselera.

   Seterusnya kami mendapat jemputan dari UNIkl bagi mengikuti karnival aeroangkasa pada 16.10-.18.10.206. Kali ini kami hanya 11 orang sahaja pergi ke sana. Kami ditemani oleh guru penasihat kelab Astronomi, ustazah Siti Alawiyah bt. Haron. Aktiviti yang kami sertai ketika berada di sana  adalah petandingan kapal terbang kertas(paper plane).Pameran yang dipamerkan amat teruja. Kami dapat melihat helikopter dengan jarak yang dekat.Jualan dan pameran turut memeriahkan suasana pada hari itu. Jutaan terimaksih juga kami lafazkan buat alumni kita bersama-sama kawan-kawannya yang bertungkus lumus menjayakan progran pada hari tersebut iaitu saudara Amirul Hakim. Lain kali jemputlah lagi.
     Malam itu kami sempat merarau dekat sate kajang yang cukup terkenal di Kajang. Keesokannya kami pergi ke IOI. Sempat juga kami membeli sedikit ole-ole buat keluarga dirumah.Sebelum pulang kami singgah di Putra Jaya, dan dapat  melihat keindahan kawasan di sana.Paling teruja lagi apabila kami singgah di masjid besi. yang sungguh indah dan tenang. Pengalamanketika berada di sana amat menyeronokkan.

    Aktiviti terakhir, kami masih berpeluang memenuhi jemputan darpada Jabatan Mufti untuk memeriahkan lagi sambutan jubli perak di Pusat Falak Sheikh Tahir. Pelbagai pertandingan dan bengkel yang dapat ahli-ahli kelab dapat sertai. Alhamdulillah ala kulli hal.

                                                                                          Noor Balqis bt. Zalizan


Sunday, November 27, 2016

~Trip terakhir 2016 ke Pusat Falk Sheikh Tahir sempena Jubl iPerak~

   Tanggal 24.11.2016, kami berpeluang menyertai rombongan ke Pusat Falak Sheikh Tahir . Rombongan kami disertai seramai 44 orang iaitu 20 orang lelaki dan 22 orang perempuan dan juga guru pengiring rombongan ini iaitu Ustazah Siti Alawiyah Haron dan Cikgu Nor Syamimi . Kami menaiki bas pada pukul 7:30 pagi . Perjalanan kami kesana mengambil masa lebih kurang satu jam . Setibanya kami disana kami dijemput dengan mesra . Di sana terdapat beberapa buah sekolah lain yang telah  dijemput . Disana juga terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah bengkel astrolabe , kuiz falak dan pertadingan mereka baju astronaut . Alhamdulillah , kami dapat mengharumkan nama sekolah kami . Bagi pertandingan kuiz falak kami mendapat tempat pertama , kedua dan ketiga manakala bagi pertandingan mereka baju astronaut kami mendapat tempat kedua , ketiga , keempat dan kelima. Kami juga mendapat pelbagai ilmu yang berkaitan dengan falak . Kami pulang pada jam 5 petang . Kami berazam untuk pergi ke sana pada masa akan datang .


                                                                                                          Anis Sofiyyah Binti Zalizan

Wednesday, July 20, 2016

AJK KELAB ASTRONOMI 2016/2017

Perlantikan AJK baru dalam Kelab Astronomi bagi semester kedua bermula. Harapan daripada Guru Penasihat agar mereka dapat menjalankan tugas dengan baik dan penuh dedikasi.Delegasi kelab bagi tahun 2016/2017 diteruskan lagi dengan diketuai oleh Ahmad Zaki dan Qurratu Aini dan AJK yang lain. Terimaksih ustazah dan cikgu Mimi ucapkan buat AJK sesi 2015/2016 di atas komitmen yang telah dicurahkan. Hanya Allah sahaja yang membalasnya.

Tuesday, January 19, 2016

Hebatnya perasaan syukur

Mampukah kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur?
tentu sekali jawapanya, ya.
kita bukan orang fasiq yang kelakuannya sentiasa mencipta berbagai alasan untuk tidak patuh pada suruhanNya.
lihat jauh-jauh dalam diri
mana mungkin tangan mampu digerakkan tanpa izinNya
senang saja menuding tangan ke sana dan ke sini
bahawa aku tidak suka dengan segala peraturan di alam ini
siapa kita untuk terus bermegah dengan nikmat
yang semuanya hanya pinjaman semata
darulakhirat sebuah perjalanan yang hakiki
laluilah hidup ini dengan pasrah yang nekad
agar nanti tiada penyesalan menanti di sana.
teruslah hidup di bawah naungan rahmat Ilahi
"Ya Allah bantulah kami untuk menjadi hambamu
yang sentiasa bersyukur"Aamiin.

Nekad 2016

2016 usia meningkat terus
Istiqamah sbg landasan menemani perjalanan
PRAKTIKAL
Satu perjuangan 
lestarikan mafhum ayat Allah 
Yg banyak sekali
Bermula "iman"
Disusuli "amal soleh."
Ya Rabb hidupkanlah kami agar menjadi hambaMu yang gemar melakukan kebaikan.