Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Thursday, September 7, 2017

Perjumpaan Kelab Astronomi `(mendekati buruj)`


       Mencari ilmu suatu kewajipan. Kesempatan yang amat berharga apabila pelajar-pelajar dapat menghazam ilmu yang dipelajari. Tajuk kali ini, kami dapat meneliti tentang buruj di langit. Mengambilkira buruj digunakan di dalam bahasa arab, contohnya hamal, thaur, jauza' sunbulah dan lain-lain. Perjumpaan kali ini diadakan di bilik astreonomi bertarikh 6.8.2017. _

       Suasana malam diserikan dengan kecerahan bulan purnama (zulhijjah 1438), tersangat cantik dan membuatkan penulis mengimbau keindahan rupa paras baginda seperti bulan purnama, luhur sungguh budimu nabi, dipakaikan segala sifat kesempurnaan dari Sang Khaliq untukmu. Terasa mengalir airmata tatkala penulis menceritakan keelokan rupa dan akhlakmu nabi. Allohhumma solli ala Muhammad wa ala alihi wasohbihi wabarik wasallim. Semua itu untuk diambil pengajaran buat umatnya meneladani segala kebaikkannya.


   


Sunday, July 23, 2017

Lakaran indah Kelab Falak Syari'e 2017.

Kenangan Kelab Falak Syari'e sepanjang tahun 2017(januari-julai)



       Pada tahun 2017, kami melangkah degan penuh bersemangat untuk terus memajukan kelab Falak Syari'e. Objektif yang ingin dicapai oleh kelab, di antaranya ingin melawat ke semua balai cerap yang ada di Malaysia. Lawatan kali ini kami  melawat ke balai cerap di Pulau Langkawi yang terletak di Bukit Malut. Kami di beri penerangan yang baik oleh pegawai yang betugas ketika itu.

       Kami juga dapat menyertai hari astronomi  peringkat negeri di TechDom, Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Mufti Pulau Pinang.Terdapat berbagai aktiviti yang menarik yang dpat disertai oleh para pelajar. Kami mendapat johan dalam menulis sajak dan mendeklamasinya, selain itu  kami mendapat naib johan dalam treasure hunt dan khot.


      SMKA AL-Irshad menganjurkan  karnival kokurikulum peringkat kebangsaan kepada seluruh SMKA dan SABK bahagian utara yang berlangsug pada 20.7-23.7.2017. Kelab kami diamanahkan untuk melaksanakan bengkel rubu' mujayyab dan pencerapan malam. Kali ini kami dapat menggunakan rubu mujayyab dengan mendapat tunjuk ajar daripada Ustaz Anuar b. Arifin dari Jabatan Agama Islam, Pulau Pinang. Di samping itu kami turut mengundang bahagian falak dari Jabatan Mufti Pulau Pinang.

   
     Walaupun cuaca agak mendung, rezeki kami, Allah aturkan , masyaallah cantik sungguh zuhal yang kami tawan. Penangan teleskop kami dapatlah mencerap saturn dan zuhal. Bulan pun dapat dicerap sampai nampak kawah-kawahnya. Terimakasih ya rabb.


     Rancang di hati nak tawan Kota Kinabalu, Kundasang. Moga impian menjadi kenyataan.Semoga anak-anak kelab dapat mengaut segala ilmu yang berkaitan dengan ilmu falak.Jangan pernah jemu dalam meneroka bidang ini. Lawatan ke balai cerap Pusat Falak Sheikh Tahir mejadi lawatan tahunan.Moga Allah mudahkan segala urusan kami, ya Rabb.





                                                 

     

Thursday, January 19, 2017

Melakar kejayaan di tahun 2017



Assalamualaikum w.r.t

         Salam ceria di tahun 2017. Pada tahun ini kita bakal melakar sejarah indah bersama-sama dalam dunia pendidikan. SMKA AL-Irshad akan terus memberi sumbangan ilmu dan mencipta berbagai kejayaan dalam menjamin kualiti anak-anak agar terus meningkat.
       

       Pengurusan kelas yang teratur dan kemas perlu menjadi keutamaan. Perlaksanaan pembelajaran abad ke 21 akan terus diaplikasikan dalam kelas sejajar dengan sekolah berprestasi tinggi.


       Dalam era globalisasi pelajar perlu membiasakan diri dengan pembelajaran abad ke 21. Di samping mendapat tunjuk ajar guru di dalam kelas, mereka juga perlu menjelajah jauh dalam mencari dan mengakses ilmu berkaitan dengan pembelajaran tersebut.

10 Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad 21
                                                               

10 Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad 21

10 Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad 21

10 Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad 21









Semoga dengan hasil kefahaman yang jelas dalam kalangan anak-anak tentang pembelajaran ini dapat menghasilkan gred purata sekolah  yang terbaik pada masa-masa akan datang. Selamat maju jaya.