Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Monday, April 8, 2013

Astronomi Kembali Lagi

      Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



         Tirai Astronomi berlabuh semula setelah sekian lama hilag menyepi diri. Kini hadir membawa berita gembira. Pertandingan-pertandingan dan aktiviti berkaitan astronomi kini muncul kembali.

Antaranya ialah 'Workshop Education' yang akan disampaikan oleh Jabatan Mufti Bahagian Falak Pulau Pinang. Ahli-ahli kelab astronomi SMKA Al-Irshad diwajibkan menyertai program tersebut. Butiran aktiviti ini adalah seperti berikut :

Hari : Rabu
Tarikh : 17 April 2013
Jam : 3.00-5.30 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Pelajar (PKP) SMKA Al-Irshad

Program yang akan diadakan :

1. Rubu' Mujayyab
2. Mengukur ketinggian matahari
3. Isu-isu semasa tentang astronomi

Selain itu, Jabatan Mufti juga menganjurkan Hari Astronomi Peringkat Negeri pada 26 April 2013 di Masjid Abdullah Fahim. Pertandingan deklamasi sajak astronomi peringkat negeri akan diadakan pada pukul 3 petang. Pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti pameran, 'talk about astronomy' dan forum astronomi yang akan diadakan pada waktu malam. Aktiviti yang paling menarik pada malam tersebut berlakunya gerhana bulan (penumbra). Semua ahli kelab astronomi SMKA Al-Irshad digalakkan menyertai aktiviti tersebut.

Ahli kelab astronomi bakal mendapat baju kelab sebelum hari aktiviti dan pertandingan tersebut. Bayaran perlu dibuat segera untuk memudahkan urusan. Baju kelab perlu dipakai semasa hari berlangsungnya program-program tersebut.

Coretan,
Naib Setiausaha Kelab Astronomi 2013

'Falak Pemacu Pelajar Cemerlang'

Thursday, February 14, 2013


Asalamualaikum.
      Semoga kita berada dibawah nikmatnya Iman dan Islam,.Amin Ya Rabbal Alamin.Berkatnya masa sentiasa dicari dan sentiasa dihitung...Terasa masa ini terlalu singkat dan cepat berlalu pergi.Ya Allah andai ditahan masa ini daripada pergi ...sebenarnya mustahil kita berbuat begitu. Oleh itu gunakanlah masa itu dengan penuh berkualiti.

       Begitulah muqaddimah entry pada tahun ini. Terasa masa perlu di rancang sebaik mungkin. Orang berjaya sentiasa menggunakan masa dengan bijak.Ya Allah sekali lagi hati ini memohon agar diberikan kelapangan masa dan menggunakannya pada perkara yang bermanfaat. Amin.


       Berbalik pada bicara Kelab Falak Syarie pada tahun ini, moga perancangannya lagi bagus pada tahun sebelumnya, walaupun pada tahun ini perjumpaannya agak terhad.Selamat memajukan Kelab Falak Syarie dengan penuh berhemah dan berdidikasi.

        Selamat Beamal.





      

Wednesday, September 26, 2012

Rindu untuk bertemu denganmu, Ya Rasulullah.

Ya Rasulullah

Namamu terukir cermat di sanubari
orang yang beriman
Keakraban berpaut
lantaran selawat ke atasmu
dilafazkan
Kami umatmu sentiasa memohon agar
Allah sejahterakan nabi kami
Hubungan terjalin erat denganPencipta
Itulah yang pasti.
Benarlah FirmanNya
"Patuhlah Allah dan Patuhlah Rasul"

Ya Rasulullah,
Terasa malu andai
Kami tidak mengikuti Sunnahmu
Ya Rabb
Campakkanlah dalam hati kami
dengan merasai manisnya
beramal keranaMu dan mencintai Nabimu
Kejutkanlah kami tatkala kami alpa
mengingatiMu dan berselawat kepada nabiMu

Ya Rabb,
Moga semangat jihad kami sentiasa segar
Jadilah diri kami bertambah kuat
Demi mendamba kasihMu
Mencari RedhoMu sehingga akhir hayat kami.




Friday, June 22, 2012

~Nostalgia seorang hamba~

Semalam sudah berlalu
Hari ini tiada lagi noktah
Menyingsingnya fajar
Bermula perjalanan itu
Begitulah berlalunya siang dan malam
Silih berganti
Teguhnya hati seorang insan berlalu pergi
Mengisi hidup penuh pancaroba
Jati diri yang dimiliki
Digalas dengan penuh erti
Oh insan
Jalani lah hidupmu dengan penuh kerelaan
Jangan mudah goyah dan leka
Setiap cabaran
Mematangkan kamu
Melengkapkan senario perjalananmu
Begitulah sunnatullah
Yang dilalui insan sebelum mu




    

Thursday, June 21, 2012

Sempurnakan hidupmu dengan Iman.


                
                                                            



          Assalamualaikum. Hari ini, esok dan hari-hari yang mendatang... cepatnya masa berlalu, kini sudahpun berlabuhnya bulan Syaaban. Bulan untuk memperbanyakkan amal kebajikan. Jom kita singkap kembali gesaan Junjungan Besar Nabi Muhammad supaya banyakkan berpuasa pada bulan ini. Alangkah indahnya hidup ini andai dapat mengikuti jejak langkah baginda nabi dalam setiap perlakuan kita. Ya Allah, Engkau kuatkanlah kaki kami untuk terus berada di atas jalanMu.
         Kami sering alpa sebenarnya ya Rabb. Ingatkanlah kami sentiasa agar setiap langkah kami diatur dengan penuh cermat (sentiasa ingat jangan melakukan kesilapan, andai kami melakukannya ingatkan kami jua agar memohon keampunanMu). Langkah kami diteruskan lagi dengan seribu perancangan, kerana hidup ini akan lebih selesa andai perancangan dibuat dengan penuh teratur. Kami sedar yang menentukan hanyalah milikmu. Kami sentiasa berdoa agar kami tidak bersendirian menempuh kehidupan yang penuh dengan ujian ini.
        Keyakinan yang menebal terhadap kekuasaanMu tidak pernah kami lupa. Menitis airmata  apabila megenangkan kebesaran dan keaguganMu yang bijak  mengatur perjalanan hidup kami. Terasa kerdil kami berdiri di hadapanMu. Limpahkanlah lembayung rahmat kepada kami agar kami sentiasa tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup ini. Allahhumma Amin.

Friday, June 1, 2012

The Transit of Venus

                           

        Peristiwa ini merupakan salah satu peristiwa astronomi yang sangat penting dan jarang berlaku di mana ianya hanya dapat disaksikan dua kali seumur hidup. Ianya berlaku di langit di mana satu  titik hitam bulat (Planet Zuhrah) akan muncul merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama enam jam. Fenomena ini akan muncul sekali lagi 100 tahun akan datang iaitu pada jangkaan  Disember 2112.

Sunday, May 27, 2012

MTQ di Pahang.

      Assalamualaikum. Hati penuh berdebar menanti keputusan dari kontigen Penang. Semoga mereka akan membawa kejayaan yang cemerlang. Ustazah di sini sentiasa merafakkan tangan memohon agar semua peserta sihat dan dapat menyampaikan setiap acara dengan penuh semangat. Perjuangan kita adalah untuk memartabatkan syiar Isalam. Klah menang adat pertandingan. Semoga dihati dan jiwa kita sentiasa pasrah dengan ketentuan Allah setelah kita bertungkus lumus membuat persiapan.Amin.