~RahmatNya yang dicari dan RedhoNya di sisi~, SyurgaNya akhir destinasi...
Monday, April 13, 2020
Tuesday, January 21, 2020
Falak muncul lagi...2020
Masa berlalu terlalu pantas.......
Lakaran demi lakaran telah dilalui dengan sangat laju, moga permulaan 2020 memberi titik noktah yang baik bagi memulakan langkah. Seawal tahun ini, kelab astronomi terus merancang demi kebaikan anak-anak kelab. Ahli pada tahun ini, seramai 70 orang, dilengkapi dengan 2 orang guru penasihat, saya dan cikgu Norshamimi Abd. Halim.
Pengalaman yang manis pada akhir tahun lepas kami diberi kesempatan untuk menjaga teleskop sekaligus mengambil beberapa gambar pada saat berlakunya gerhana matahari di perkarangan Masjid Abdullah Fahim. Segala tunjuk ajar yang diberikan oleh Ustaz Anuar, takkan kami lupakan.
Perjumpaan pertama akan diatur dengan baik dan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan segala perancangan yang akan dibuat.Semua ahli diminta peka dengan fenomena alam yang akan berlaku pada tahun ini dengan melayari internet bahagian falak.Tak lengkap sekiranya kelab tidak membuat lawatan, justeru pada tahun ini, kelab akan membuat lawatan ke Pusat Sains Negara, Universiti Malaya dan kawasan sekitar dengannya.Lawatan ini akan menambahakan ilmu pengetahuan dan membuka minda anak-anak untuk melihat tentang keindahan alam.
Apa yang lebih menarik lagi kelab akan berusaha untuk menjadi tuan rumah peringkat kebangsaan untuk program astronomi, sempena karnival sukan pada jun akan datang. Doakan semoga kelab ini dapat memberi sedikit nilaitambah dari segi ilmu falak kepada warga sek khususnya dan kepada masyarakat sekitar umumnya.
#raikanfalaksmai#
#semarakkanislamdijiwa#
Thursday, September 7, 2017
Perjumpaan Kelab Astronomi `(mendekati buruj)`
Mencari ilmu suatu kewajipan. Kesempatan yang amat berharga apabila pelajar-pelajar dapat menghazam ilmu yang dipelajari. Tajuk kali ini, kami dapat meneliti tentang buruj di langit. Mengambilkira buruj digunakan di dalam bahasa arab, contohnya hamal, thaur, jauza' sunbulah dan lain-lain. Perjumpaan kali ini diadakan di bilik astreonomi bertarikh 6.8.2017. _
Suasana malam diserikan dengan kecerahan bulan purnama (zulhijjah 1438), tersangat cantik dan membuatkan penulis mengimbau keindahan rupa paras baginda seperti bulan purnama, luhur sungguh budimu nabi, dipakaikan segala sifat kesempurnaan dari Sang Khaliq untukmu. Terasa mengalir airmata tatkala penulis menceritakan keelokan rupa dan akhlakmu nabi. Allohhumma solli ala Muhammad wa ala alihi wasohbihi wabarik wasallim. Semua itu untuk diambil pengajaran buat umatnya meneladani segala kebaikkannya.
Sunday, July 23, 2017
Lakaran indah Kelab Falak Syari'e 2017.
Kenangan Kelab Falak Syari'e sepanjang tahun 2017(januari-julai)
Pada tahun 2017, kami melangkah degan penuh bersemangat untuk terus memajukan kelab Falak Syari'e. Objektif yang ingin dicapai oleh kelab, di antaranya ingin melawat ke semua balai cerap yang ada di Malaysia. Lawatan kali ini kami melawat ke balai cerap di Pulau Langkawi yang terletak di Bukit Malut. Kami di beri penerangan yang baik oleh pegawai yang betugas ketika itu.
Kami juga dapat menyertai hari astronomi peringkat negeri di TechDom, Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Mufti Pulau Pinang.Terdapat berbagai aktiviti yang menarik yang dpat disertai oleh para pelajar. Kami mendapat johan dalam menulis sajak dan mendeklamasinya, selain itu kami mendapat naib johan dalam treasure hunt dan khot.
SMKA AL-Irshad menganjurkan karnival kokurikulum peringkat kebangsaan kepada seluruh SMKA dan SABK bahagian utara yang berlangsug pada 20.7-23.7.2017. Kelab kami diamanahkan untuk melaksanakan bengkel rubu' mujayyab dan pencerapan malam. Kali ini kami dapat menggunakan rubu mujayyab dengan mendapat tunjuk ajar daripada Ustaz Anuar b. Arifin dari Jabatan Agama Islam, Pulau Pinang. Di samping itu kami turut mengundang bahagian falak dari Jabatan Mufti Pulau Pinang.
Walaupun cuaca agak mendung, rezeki kami, Allah aturkan , masyaallah cantik sungguh zuhal yang kami tawan. Penangan teleskop kami dapatlah mencerap saturn dan zuhal. Bulan pun dapat dicerap sampai nampak kawah-kawahnya. Terimakasih ya rabb.
Rancang di hati nak tawan Kota Kinabalu, Kundasang. Moga impian menjadi kenyataan.Semoga anak-anak kelab dapat mengaut segala ilmu yang berkaitan dengan ilmu falak.Jangan pernah jemu dalam meneroka bidang ini. Lawatan ke balai cerap Pusat Falak Sheikh Tahir mejadi lawatan tahunan.Moga Allah mudahkan segala urusan kami, ya Rabb.

Thursday, January 19, 2017
Melakar kejayaan di tahun 2017
Assalamualaikum w.r.t
Salam ceria di tahun 2017. Pada tahun ini kita bakal melakar sejarah indah bersama-sama dalam dunia pendidikan. SMKA AL-Irshad akan terus memberi sumbangan ilmu dan mencipta berbagai kejayaan dalam menjamin kualiti anak-anak agar terus meningkat.
Pengurusan kelas yang teratur dan kemas perlu menjadi keutamaan. Perlaksanaan pembelajaran abad ke 21 akan terus diaplikasikan dalam kelas sejajar dengan sekolah berprestasi tinggi.
Dalam era globalisasi pelajar perlu membiasakan diri dengan pembelajaran abad ke 21. Di samping mendapat tunjuk ajar guru di dalam kelas, mereka juga perlu menjelajah jauh dalam mencari dan mengakses ilmu berkaitan dengan pembelajaran tersebut.
![]() |
![]() |

Semoga dengan hasil kefahaman yang jelas dalam kalangan anak-anak tentang pembelajaran ini dapat menghasilkan gred purata sekolah yang terbaik pada masa-masa akan datang. Selamat maju jaya.
Monday, November 28, 2016
Trip ke Singapura.
Gambar-gambar kenangan sewaktu berada di Singapura. Tiada terjangka kami akan ke sana, semuanya atas takdir Allah. Jutaan terimakasih tiada terhingga di atas kesungguhan rakan saya cikgu Nor Syamimi Abd. Halim selaku guru penasihat yang sama-sama menbangunkan kelab sehingga kami dapat melancong ke sana.Kami juga ditemani oleh seorang guru yang setia menemani kami ke sana, iaitu cikgu Zainab bt. Nordin. Hasrat untuk ke sana dirancang dengn rapi dan teliti. Akhirnya kami dapat jua ke sana bersama alumni SMKA ALirshad yang merancang pada awalnya untuk pergi pada bulan mac 2015, berbagai halangan dan rintangan akhirnya kami dapat menjejaki kaki ke sana pada 24.1-26.1.2016. Alhamdulillah.
Kenangan suka dan duka kami tempuhi bersama-sama.Selain alumni,saya membawa tiga orang anak yang masih belajar dalam tingkatan tiga dan lima yang juga merupakan ahli kelab astronomi di sekolah dan seorang anak yang melanjutkan pelajaran ke USM Kubang Kerian. Beliau juga bekas ahli Kelab Astronomi juga.Perjalanan kami ke sana ditemani dengan kecerahan bulan dan cuaca pada hari itu sangat selesa dan cerah.Kami menempah bas unuk menuju ke tempat penginapan.
Sewaktu di dalam bas sempat lagi kami memberi soalan kuiz kepada pelajar-pelajar yag menyertai rombongan tersebut.Pelajar yang menjawab dengan skor markah yang banyak akan diberi hadiah sewaktu kami meninggalkan tempat peginapan.
Hari kedua sewaktu berada di sana kami sempat melancong ke USS.Walaupun pada hakikatnya,lebih kepada berseronok tapi naawaitu kami masih kepada melihat tentang teknologi dan kecanggihan di USS itu sendiri.Tidak sah andai kami tidak menjejaki kaki ke dataran singa, perjalanan diteruskan lagi dengan melihat masjid yang sangat cantik di sana. Semua kenangan ini akan diabadikan dalam memori sehingga akhir hayat. Semoga Allah memberkati perjalanan kami ketika itu. amiin.

~Kenangan bersama Irshad Stargazer~
bismilahirahmanirahim.....
Asalamualaikum.wbt. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman-pengalaman semenjak awal tahun 2016 sehingga ke penghujung tahun. Pelbagai kenangan manis telah terpahat di ingatan dan memori para ahli kelab Astronomi. Guru pengiring kelab Astronomi iaitu Ustazah Siti Alawiyah Bt Haron dan Cikgu Nor Syamimi telah berjaya membuat perancangan kelab Falak Syarie atau kelab Astronomi.
Perlantikan AJK telah dijalankan pada awal tahun bertarikh 20.01.16. Ahli-Ahli astronomi yang dilantik akan menjalankan tanggungjawab dalam memastikan aktiviti kelab pada tahun ini agar berjalan seperti yang dirancang. Jadi, setiap AJK perlu memainkan peranan masing-masing dengan tugas yang telah diamanahkan.Merancang aktiviti tahunan telah berlansung dan dianggotai oleh guru pengiring berserta AJK kelab.Hal ini turut dilakukan pada hari perlantikkan AJK baru.
pada 28.01.16, seorang alumni SMKA Al-Irshad yang menuntut di Unikl, saudara Amirul Hakim telah memberi pencerahan kepada semua ahi kelab bekenaan cara mengetahui arah kiblat.Ia digelar sebagai bengkel arah kiblat. Semasa menyertai bengkel tersebut, para pelajar telah diberi pencerahan tentang cara membuat sesuatu benda yang menjadi penunjuk arah kiblat.Semua ahli kelah Astronomi telah berjaya mengetahui arah kiblat dengan berpandukan hanya sekeping kertas.
Seterusnya, Alumni SMKA Al-Irshad yang bernama Ahmad Muaz Supian telah hadir bagi menjayakan bengkel ilmu pelayaran dan kaitannya dengan falak. Pencerahan yang diberikan oleh Alumni sungguh menakjubkan. Pelbagai cerita yang terpahat di mindanya yang berkaitan dengan pelayaran dicurahkan kepada kami dengan bersungguh-sungguh.
Lawatan ke KMPP yang telah diadakan di galeri dan menara cerap telah diadakan pada tarikh 29.1.16. Ilmu-ilmu yang bagaikan permata berharga dikutip oleh pelajar-pelajar dengan kesungguhan yang tinggi.Disini,berakhirnya aktiviti yang dilakukan pada bulan Januari 2016.
Pada 9.3.16, Semua ahli astronomi telah bertolak menuju ke Masjid Nyior Sebatang. Hal ini untuk solat sunat gerhana bersama-sama dengan jemaah luar. Bengkel yang dijalankan oleh jabatan mufti turut dijalankan di dalam masjid. Hal ini memberi kesempatan kepada pelajar agar menyertai bengkel tersebut kerana melalui bengkel itu, setiap penyertaan diberikan sijil. Fenomena yang berlaku ada hari tersebut ialah gerhana matahari separa.
Kuiz Falak Syarie telah berlansung pada 6.4.16. Semua ahli kelab yang terlibat menjawab soalan yang diberikan dengan bersungguh-sungguh. Melalui aktiviti ini, guru pengiring dapat mengetahui sama ada pelajar tersebut benar-benar mendalami ilmu falak atau tidak. Para pemenang turut diberi hadiah kerana meraih markah yang tinggi.
Pada 28.4.16 sehingga 29.4.16 telah dijalankan aktiviti lawatan ke Pusat Falak Sheikh Tahir dan Taman Negara negeri Pulau Pinang. Para pelajar yang terpilih bermalam di Pusat falak Sheikh Tahir dan menjalankan aktiviti di dalam pusat falak itu dengan meriah. Bengkel yang turut disediakan oleh Jambatan Mufti turut dijalankan bagi mengasah ilmu pengetahuan pelajar agar lebih cenderung dengan bidang astronomi.
Pada 4.5.16, telah berkumpulnya ahli kelab Astronomi untuk mengadakan perbincangan mengenai persiapan Hari Kantin yang bakal berlansung pada 7.4.16. Pelbagai pandangan turut diberikan oleh pelajar . Pada hari yang dinanti-nanti, Ahli kelab menyediakan juadah yang dapat menjana pendapatan kelab.
Pada 10.8.16, Cikgu Norisham berkongsi pengalaman yang dikutipnya ke Chiangmai . Para pelajar mengambil iktibar daripada pengalaman tersebut untuk menjadi seseorang yang pandai mengambil peluang dalam menyertai aktiviti yang berkaitan dengan Astronomi.
Aktiviti seterusnya ialah jamuan akhir Tahun yang diadakan di D'fiesha yang terletak di bandar Putra Bertam. Semua ahli kelab astronomi menjamu selera dengan gembira. Mereka memakan makanan yang dihidangkan dengan sungguh berselera.
Seterusnya kami mendapat jemputan dari UNIkl bagi mengikuti karnival aeroangkasa pada 16.10-.18.10.206. Kali ini kami hanya 11 orang sahaja pergi ke sana. Kami ditemani oleh guru penasihat kelab Astronomi, ustazah Siti Alawiyah bt. Haron. Aktiviti yang kami sertai ketika berada di sana adalah petandingan kapal terbang kertas(paper plane).Pameran yang dipamerkan amat teruja. Kami dapat melihat helikopter dengan jarak yang dekat.Jualan dan pameran turut memeriahkan suasana pada hari itu. Jutaan terimaksih juga kami lafazkan buat alumni kita bersama-sama kawan-kawannya yang bertungkus lumus menjayakan progran pada hari tersebut iaitu saudara Amirul Hakim. Lain kali jemputlah lagi.
Malam itu kami sempat merarau dekat sate kajang yang cukup terkenal di Kajang. Keesokannya kami pergi ke IOI. Sempat juga kami membeli sedikit ole-ole buat keluarga dirumah.Sebelum pulang kami singgah di Putra Jaya, dan dapat melihat keindahan kawasan di sana.Paling teruja lagi apabila kami singgah di masjid besi. yang sungguh indah dan tenang. Pengalamanketika berada di sana amat menyeronokkan.
Aktiviti terakhir, kami masih berpeluang memenuhi jemputan darpada Jabatan Mufti untuk memeriahkan lagi sambutan jubli perak di Pusat Falak Sheikh Tahir. Pelbagai pertandingan dan bengkel yang dapat ahli-ahli kelab dapat sertai. Alhamdulillah ala kulli hal.
Noor Balqis bt. Zalizan

| bengkel arah kiblat |

Subscribe to:
Posts (Atom)