Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Wednesday, November 18, 2015

~Hidup selalunya indah~


        ~ aku mengakui nikmatMu ke atasku dan aku mengaku akan dosaku, Ampunilah dosaku ~


       Hidup akan selalu indah, Mengakui kelemahan diri membuatkan diri kita sentiasa waspada dengan dosa yang dilakukan. Pengabdiaan yang hakiki akan dapat dirasai tatkala diri menuruti segala perintahNya dan menjauhi laranganNya. Pergantungan kepada Allah merupakan satu amalan yang disukai oleh Allah. Kita mestilah  berusaha meraih rahmat dan redhoNya. Selagi hayat di kandung tanah dan selagi hidup masih bernafas, manfaatkanlah kehidupan itu dengan tenang dan banyakkanlah menambah amalan kebaikan dengan ikhlas, nescaya hidup akan sentiasa dekat dengan Allah. Selamat beramal.

Saturday, November 7, 2015

MEMORI INDAH BERSAMA ANAK-ANAK 4IS

                                              MENGGAMIT  KENANGAN



                 Bermula 2015, saya menjadi guru kelas untuk tingkatan 4IS, berbagai memori dapt dilakarkan sepanjang menerajui kelas tersebut. Kata-kata semangat dan perangsang selalu dikongsikan bersama-sama. Semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak pelajar dalam mengejar ilmu amat membnggakan. Ketua kelas dipegang oleh Ammar Rabbani  dan penolong kelas dipegang oleh Nor Ain. Bilangan pelajar seramai 29 orang.Perancangan demi perancangan sentiasa dikongsi bersama-sama. Di antara program yang dirancangkan;

1- Mewujudkan teamwork yang baik.
2-"Port luck" 
3- Perbentangan kumpulan
4-Lawatan kelas -Pusat Falak Sheik Tahr dan Taman Negara, P.Pinang.
5- Jamuan akhir tahun.
 
Mendapat johan hiasan kelas sempena hari kemerdekaan
     
               Alhamdulillah segala program yang telah dirancangkan berjalan dengan baik. Terimakasih anak-anak di atas kerjasama yang telah diberikan.Semoga Allah menganjarkan pahala yang berlipat ganda di sana nanti. Aamiin.





Friday, November 6, 2015

Kenangan Bersama Kelab Astronomi/Falak Syari'e ~2015.~

AJK Kelab Astronomi 2014/2015
Perjumpaan Kelab Astronomi
Perjumpaan Kelab Astronomi


      Alhamdulillah segala perancangan dalam kelab Astronomi dapat dijalankan dengan baik,  Kelab ini diketuai oleh Uwais Mukhlis dan penolong Nur Shazwani .Mudah-mudahan Allah merestui kerja buat yang telah dilakukan oleh anak-anak dalam kelab ini. Ya Allah mudahkanlh urusan mereka dalam mengejar ilmu dan kurniakanlah kejayaan buat mereka .Aamiin. Terimakasih ustazah ucapkan buat guru yang sama-sama memberi kerjasama kepada ustazah dalam menerajui kelab ini, iaitu Cikgu Syamimi dan kepada anak-anak juga. Jumpa lagi pada tahun depan, Insyaallah.                                                              
                                   ~ Semarakkan falak demi memartabatkan Islam.~
       







~HARAPAN DAN DOA~



Setiap insan miliki harapan dan doa
Apa yang difikirkan akan diterjemahkan
dengan  kata-kata dan tindakan
seterusnya dipohonkan doa yang berpanjangan
Setiap anak mengharapkan kasih sayang daripada ibu dan ayahnya
Bagaimana pula kita sebagai hamba Allah
Apa yang kita impikan dan harapkan
Apa yang dicari sebenarnya
Tentulah kita sebagai hambaNya
Yang  berkelana di bumiNya
mencari redho dan rahmatNya serta meraih kasih sayangNya.

 


Wednesday, October 21, 2015

Kembara sudah berakhir

              Alhamdulillah perjalanan kembara 4IS telah berakhir. Pengembaraan yang bermula ada tarikh 2.10-3-10 2015 baru-baru ini. Kami bertolak pada jam 4.00 petang menuju ke Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Pulau Pinang. Tempat ini merupakan destinasi kami yang pertama sebelum kami bertolak ke Taman Negara pada keesokannya.

              Di sini kami diberi sedikit taklimat oleh pegawai bahagian falak, iaitu En Yusof tentang sejarah pembinaan dan fungsi Pusat Falak Sheikh Tahir. Selepas selesai makan semua pelajar diberi ceramah mengenai alam semesta uang dismpaikan oleh pegawai bahagian sains, En. Zulhelmi..Memandangkan keadaan jerebu kami tidak dapat mencerap pada malam itu.Walaubagaimanapun semua pelajar dapat membaca maklumat yng terdapat di dalam tempat tersebut. Info mengenai falak dan astronomi banyak dimuatkan di situ. Semua pelajar dapat melihat objek yang dipaparkan di dinding dengan memakai kacamata kerana gambar tersebut 3D.

           Kami bertolak menuju ke destinasi seterusnya ke Taman Negara. Di sana pelajar dapat meneroka kindahan alam flora dan fauna ketika merentas hutan simpanan di sana. Pengalaman sepetang ketika berada di sana amat menyeronokkan tatkala program diteruskan dengan mengadakan "running man". Pada pukul 3 petang kami bertolak pulang dengan menaiki bot.Alhamdlillah perjalanan ulang berjalan lancar. Kami sampai di sekolah dalam pukul 6.30 petang. Kenangan yang dapat kami simpan di dalam memori amat menghiburkan. Terimakasih Ya Allah di atas kasih sayangMu, kami dapat mengembara di bumi Mu yang luas.

         


       

           


Thursday, September 3, 2015

Aktiviti-Aktiviti Kelab Falak.


  Alhamdulillah perjumpaan dapat diadakan pada minggu ini.
  Aktiviti -aktiviti yang diadakan pada minggu ini;

                           Hari             : Rabu
                          Tarikh          : 2.9.2015
                          Aktiviti        : Perancangan aktiviti tahunan 2016

Ahli-ahli kelab bersemangat memberi cadangan dan pandangan untuk memastikan perjalanan kelab pada tahun hadapan berjalan dengan lancar.Di antara cadangan aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut;

                        1- Astroman
                        2- Astrogram
                        3- Jejak Bintang
                        4- Kem Falak
                        5- Lawatan
                        6- Jamuan
 Semoga perancangan yang dicadangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Aamiin.
                           
                         


                             

         

Wednesday, August 19, 2015

Perjuangan mesti diteruskan~

Perjalanan semester kedua, di bumi al-irshad;

1. Percubaan SPM bermula 19.8.2015
2.Pertandingan debat di MUSLEH
3.Persiapan PAT - target untuk cemerlang

 Selamat Maju Jaya.

Saturday, March 28, 2015


KULIAH PENGENALAN ILMU FALAK I 


TARIKH: 28 MAC 2015
TEMPAT: AUDITORIUM SMKA AL IRSHAD
TUJUAN: MEMBERIKAN PENDEDAHAN BERKENAAN ILMU FALAK KEPADA AHLI KELAB ASTRONOMI TERUTAMANYA AHLI AHLI BAHARU DARIPADA KALANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU.
PENCERAMAH: MUHAMMAD SYAHMI BIN ZULKEFLI (SETIAUSAHA KELAB FALAK SYARIE SMKA AL IRSHAD)
DIPANTAU OLEH : USTAZAH SITI ALAWIYAH BT HARON DAN CIKGU SYAMIIMI BT ABD. HALIM (GURU PENASIHAT KELAB ASTRONOMI)






Sunday, January 4, 2015

~Senyumlah 2015~


Tahun 2015 bermula
seusai sudah maulidnya nabi
hijrah juga sudah berlalu 
semuanya dalam ingatan
masa berlalu terlalu pantas

Ya rabb moga tahun ini
perjalanan kami dibimbingi selalu
semangat tidak menurun
wawasan diteliti dengan baik
tugas digalas dengan penuh ketulusan hati

kalam rabbi dibaca dan diamalkan
pesanan nabi didengari dan diamati
doa untuk ibu dan ayah jangan sekali dilupai
redho mereka amat dipohonkan
kerana redhonya Allah bersama redho mereka

sanak saudara diambil peduli
sahabat  taulan disapa dan dihormati
itulah kunci kita untuk bertemu di syurga nanti
kerana hidup ini perlu ada tautan hati
justeru doa sanak saudara dan sahabat taulan didengariNya
agar bertautlah kasih hingga ke akhir hayat
Aamiin ya rabbal alamin.

Ummi aynul mardhiah
#wal asr 2015#