Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Saturday, June 25, 2011

~Isra' Mikraj nabi~

                      
     Saban tahun kita menyambut isra'dan mikraj nabi... adakah kita menyelami dan merenungi jauh-jauh disudut sanubari sana...bahawa ada Pencipta Yang Maha Agung mengatur segala-galanya.

     Pertama; peristiwa ini menguji keyakinan kita. Ketika nabi kematian bapa saudaranya danisterinya Khadijah binti Khuwailid, dapat dirasainya nabi kehilangan sesuatu, maka Allah mengembirakannya dengan diisra' mikrajkan.Perjalanan nabi ini diperlihatkan kepada nabi, berbagai peristiwa dan gambaran tentang balasan baik dan buruk serta difardukan solat lima waktu. Peristiwa ini dibenarkan oleh sahabatnya yang mulia, iaitu Saidina Abu Bakar.

    Kedua; peristiwa ini dapat melihat tentang  kekuasaan Allah menciptakan alam semesta yang luas, tak dapat  dihitung oleh manusia dengan menggunakan mata kasar. Perkiraan itu juga dihitung dengan kelajuan cahaya (1 saat bersamaan 300,000 km). Andai di bumi kita mengira dengan menggunakan kilometer manakala di angkasa dinilai dengan kelajuaan cahaya. Rasulullah dimikrajkan ke suatu tempat yang tinggi iaitu di Sidratulmuntaha tanpa rasa dadanya sempit. Subhanallah. Kalau dihitung jarak perjalanan daripada satu cakerawala ke satu cakerawala yang lain mengambil masa 10 juta tahun cahaya.

    Cuba kita bayangkan bagaimanakah dengan kemampuan akal kita melalui penciptaan teleskop dan menghantar satelit ke angkasa mampu mendabik dada, aku dah banyak ilmu dan lari daripada beriman kepada Allah. Peristiwa ini kalau dikaji oleh orang bukan Islam, mampu membuka minda dan sanubari mereka untuk beriman kepada Allah sekaligus melihat tentang kekuasaanNya. Bersegeralah kita mengejar keampuan Allah, 1400 tahun yang lalu sudah dikhabarkan di dalam dusturNya, yakni Al-Quran, sudah hampir berlakunya kiamat sedangkan manusia dalam kelalain dan mereka berpaling, yang tersurat dalam ayat pertama suroh Al-Anbiya'. Kita tiada masa lagi untuk bertangguh dalam mengejar maghfirah Allah.  

Tuesday, June 21, 2011

Ramadhan yang ku nanti...

      Datangnya tetap ku nantikan... Rejab permulaan awal untuk menuju bulan yang mulia, Ramadhan... kerinduan menggamit lagi. Azam ku agar tenaga yang dikurniakan ini mampu mengisi Ramadhan dengan semangat juang yang tinggi. Terasa terlalu cepat masa berlalu, rasa tak kuasa untuk menoleh ke belakang. Harapan ku agar apa yang kita perjuangkan akan dikira sebagai ibadah di sisiNya

     Ya Rabb, hari-hari yang akan ku lalui ini, moga dipermudahkan Allah segala urusan. Tiada daya dan kekuatan melainkan daripadaMu Yang Maha Tinggi dan Agung. sesekali hati meneka apakah benda yang paling laju daripada bunyi dan cahaya? Tentu sekali kita alpa dan leka... bukan!. berbagai jawapan berligar dalam kotak fikiran ini. Maklumlah sekarang bulan rejab, tentu jawapan ku bura' , malaikat dan sebagainya. Jawapannya, adalah  DOA, segala permintaan kita sentiasa didengari olehNya. Mengadulah dan mohonlah pada Maha Mendengar segala-galanya.Benarlah maksud hadis nabi "doa itu senjata mukmin".

     Mari kita bangkit menjawab persoalan ini pula.Ada berpendapat saya letih, nak tidur dulu dan berbagai lagi alasan... baru nak solat.  Pesanan Rasulullah kepada Bilal " Bangunlah wahai Bilal kamu akan merasakan suatu kerehatan dengan melakukan solat." Rehat daripada kesibukan dunia, tumpukan sepenuh penghayatan semasa melakukan solat nescaya diri akan merasa begitu pasrah dan mengharapkan ampunanNya. Semangat dan pergorbanan mesti jalan seiring... barulah hasilnya akan tercapai.


     Itulah pembuka bicara pada kali ini... setelah lama tak muncul, program yang akan berlangsung;

                   1-   Tanggal 30.6.2011      - Pidato Zakat Peringkat Negeri.
                          
                   2-   Tanggal 7.7.2011        -Pidato Falak Peringkat Negeri.

                   3-   Tanggal 7-9.7.2011     -Pameran Falak di USM.

     Doakan kejayaan mereka dalam pertandingan dan pameran ini. Semoga bertemu lagi di lain lembaran.Wailalliqa'.