Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Monday, May 23, 2011

Umar bin Abdul Aziz~Pemimpin yang adil.

Umar Bin Abdul Aziz satu nama yang tidak asing bagi kita untuk mengenalinya, seorang khalifah yang adil amanah lagi adil dalam menerajui negara. Sifat-sifat pemimpin yang payah kita cari pada abad ini, kalau adapun sangat kecil bilangannya.

Seorang khalifah yang zuhud dan sangat merendah diri, sentiasa menangis apabila mendengarkan ayat-ayat suci al-quran. Terutama sekali ayat-ayat yang menerangkan tentang azab seksa neraka. Dia adalah khalifah yang mampu meletakkan neraca keadilan bagi sesiapa sahaja dikalangan rakyatnya, baik pada dirinya sendiri, keluarga, orang kaya mahupun miskin. Perjalanan hidupnya dipenuhi dengan mutiara dan pengajaran yang sangat berguna kepada kita apatah lagi kepada pemimpin-pemimpin islam pada hari ini.

Apabila kita mengahayti kehidupan insan ini, kita akan menitiskan air mata kerana sifat akhlaknya yang tinggi, mewarisi sifat moyangnya Saidina Umar Al-Khatab khalifah arRasyidin yang ke dua.

Pelantikan Umar Bin Abdul Aziz sebagai khalifah patut dicontohi oleh semua kita yang begelar pemimpin, samada pemimpin kelurga, pemimpin negara, persatuan dan lain agar dijadikan teladan dan pengajaran yang berguna.

Saya tertarik dengan tulisan tangan Umar Bin Abdul Aziz kepada Imam hasan al-Basri dan Mathraf bin Abdullah Ibn asy-Syakir .
" Daripada hamba Allah, umar binAbdul Aziz, kepada Hasan bin Abil Hasan al-Basri dan Mathraf bin Abdullah Ibn asy-Syakir. Salamun 'alaik, Aku mengajak kamu berdua memuji Allah yang tiada tuhan selain Dia dan aku memohon kepadaNya supaya melimpahkan salam sejahtera dan selawat kepada Muhammad, hamba dan rasulNya. Amma ba'du. Aku wasiatkan kepada kamu berdua supaya bertaqwa kepada Allah.Orang yang mengatakannya sangat banyak dan orang yang mengamalkannya sangat sedikit.Jika datang suratku ini, nasihatilah aku dan jangan kamu anggap aku ini suci"


Jawapan Imam Hasan al-Basri
" Salamun 'alaik. Sesungguhnya , aku mangajakmu memuji Allah yang tiada tuhan selain Dia. Amma ba'du. Sesungguhnya, dunia adalah rumah ketakutan, Adam A.S diturunkan ke dunia sebagai hukuman, orang yang memuliakan dunia, dia dihinakan, menjadi mulia orang yang menghinakannya, dan difakirkan orang yang mengumpulkannya. Di dunia, setiap hari ada pembunuhan. Wahai Amirul Mukminin, jadilah seperti orang yang mengubati lukanya. Sabarlah atas pedihnya ubat jika engkau takut akan panjang cubaan"

Jawapan Imam Mathraf
" Salamun 'alaik. ya Amirul mukminin, daripada Mathraf bin Abdullah, Sesungguhnya aku mengajakmu memuji kepada Allah yang tiada tuhan selain Dia. Amma ba'du. Jadilah rasa tenangmu bersama Allah dan perhatian penuhmu kepadaNya. Sesungguhnya, kaum yang merasa damai bersama Allah dalam bersendirian daripada beramai-ramai dengan jumlah yang banyak, mereka mematikan apa sahaja di dunia yang mereka khuatirkan akan mematikan hati mereka, mereka meninggalkan apa sahaja di dunia yang mereka khuatirkan akan mematikan hati mereka, mereka meninggalkan apa sahaja di dunia yang mereka ketahui bakal meninggalkan, mereka menjadi musuh terhadap apa yang diterima manusia dari dunia. Semoga Allah menjadikan kita semua bahagia daripada mereka kerana mereka sedikit jumlahnya di dunia. Wassalam

Saturday, May 21, 2011

Hidup itu...~ bermakna.

    Nilai sebuah kehidupan, cukup bermakna. Kesempatan hidup yang datang diambil sebagai peluang. Keindahan hidup dinilai daripada hasil kerja seharian yang ikhlas. Susahnya mencapai tahap ikhlas... setanding mulianya pekertimu, Nabi. Tiada jemu kami melafazkan selawat buatmu, bukan sekadar mengingati kelahiranmu sahaja...lantaran baru selawat diulang-ulang. Bukankah kita umat yang dirindui oleh nabi, kenapa tidak kita mengiayakannya, bukan. Hiduplah kita agar  dimuliakan oleh Allah, barulah susulannya disukai ramai. Alangkah mulianya didikan adabmu nabi sehinggakan  Umar Abdul Aziz  kematiannya di datangi para shuhada' menziarahinya dengan izin Allah.Hidup bertambah makna lagi andai kita dikenali oleh penduduk langit, seperti Umar.
Rendahkan jiwamu, bangun mencanai akhlak terpuji, sebarkan rasa kasih di jiwa nescaya masyarakat mampu dijana. Ujian sepanjang perjalanan mengajar erti sebuah keinsafan.Pasrah yang satu, petanda iman berpadu di sanubari. Mulakan langkah yang bermakna andai  ingin mencapai redhoNya. Ingatlah selalu, hidup pastikan benar-benar bermakna kerana itu merupakan bekalan menuju akhirat.~ Amin ya Rabbal alamin.

Saturday, May 7, 2011

Allah is enough for me~

(the story of Prophet Yusuf)

When he was placed in the well
or locked in the dungeon
betrayed by his own flesh and blood
convicted of what he did not
handsome Yusuf sighed
Allah is enough for me!

Taken in as a slave
made to work night and day
resisting all temptation
Allah is enough for me!
Until the king had a dream
Many hard years had gone by
patience and repentance
Allah is enough for me!

Till...the fortunate day
there he sees his father
in the land of content
Allah is enough for me!

Handsome Yusuf cried
Allah is enough for me!

Every night brings a new day
Allah alleviates all pain
Everything has its end
Allah is enough for me!

Everything has its end
Allah is enough for me!
Allah is enough for me!

Nasheed: Allah Is Enough For Me

Thursday, May 5, 2011

Teluk Kumbar (3.5-6.5.2011)









           Bermula sebuah perjalanan mencari ilmu, kami jelajahi ke sini melihat kejernihan air laut dan desiran ombak memukul pantai. Seolah-olah ombak berbisik,sampai bila aku begini... manakala pantai pula sentiasa redho menerima sang ombak saban hari, tanpa mengeluh kesal. Begitulah kita hidup di dunia yang fana' ini, perlu redho dan pasrah dengan ketentuan illahi.

          Rasa tak puas melihat keindahan laut, terasa hilang segala duka dan lara.  Allah yang menentukan segala-galanya, Tika ini hati merasa kehilangan sesuatu...entah apa yang difikirkan. Mungkin juga merenung nasib anak-anak bangsa membesar dalam era globalisasi. Entah apa yang dicari sebenarnya. Nak, hatiku  berbisik " carilah permata yang berharga di dasar lautan itu, gali dan koreklah mutiara yang tersembunyi di dalamnya..."

         Cukuplah hati berbicara, tiada siapa yang peduli sebenarnya... Namun aku sentiasa memohon kepada Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.agar kau memberi petunjuk kepada hamba-hambamu yang sentiasa memohon keampunan kepadamu daripada dosa. Tersentak aku rupanya, aku datang ke sini bukan untuk bermadah dan berirama, namun satu tugas yang perlu ku galasi untk memartabatkan ilmu di persada dunia.

          Empat hari ku ke sini untuk membuat persiapan bagi majlis yang besar,iaitu Majlis Tadarus Al-Quran. Latihan pusat untuk anak-anak negeri Pulau Pinang. Harapan kerajaan negeri PP amat besar untuk menempa kejayaan, kerana PP merupakan tuan rumah pada tahun ini. Mudah-mudahan usaha JPN, PP mendapat hasil. Terimakasih JPN di atas anjuran latihan pusat ini.

Alhamdulillah pertemuan yang singkat ini ana dapat berkenalan dengan JU dan guru pengiring yang dilantik. Hebat sungguh wakil JU Penang, kak Solehah, Sakinah dan Norliah dalam bahagian tilawah. JU bahagian hafazan , Mariatul Qibtiah, manakala JU syarahan, ana sendiri. Kami juga ditemani oleh guru pengiring tilawah rendah (P), Fazidah dan bercerita rendah (P), Rosnani.

Malam ini merupakan malam akhir untuk membuat persiapan rapi, kerana pada keesokan paginya kami akan membuat persembahan akhir bagi setiap bahagian. Untuk bahagian syarahan, insyaallah anak-anakku akan membuat persembahan yang terbaik, insyaallah. Untuk anak-anakku di rumah, esok kita akan berjumpa, insyaallah, salam rindu daripada ummi di sini. Hingga kita berjumpa lagi. Wailalliqa'.