Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Monday, May 23, 2011

Umar bin Abdul Aziz~Pemimpin yang adil.

Umar Bin Abdul Aziz satu nama yang tidak asing bagi kita untuk mengenalinya, seorang khalifah yang adil amanah lagi adil dalam menerajui negara. Sifat-sifat pemimpin yang payah kita cari pada abad ini, kalau adapun sangat kecil bilangannya.

Seorang khalifah yang zuhud dan sangat merendah diri, sentiasa menangis apabila mendengarkan ayat-ayat suci al-quran. Terutama sekali ayat-ayat yang menerangkan tentang azab seksa neraka. Dia adalah khalifah yang mampu meletakkan neraca keadilan bagi sesiapa sahaja dikalangan rakyatnya, baik pada dirinya sendiri, keluarga, orang kaya mahupun miskin. Perjalanan hidupnya dipenuhi dengan mutiara dan pengajaran yang sangat berguna kepada kita apatah lagi kepada pemimpin-pemimpin islam pada hari ini.

Apabila kita mengahayti kehidupan insan ini, kita akan menitiskan air mata kerana sifat akhlaknya yang tinggi, mewarisi sifat moyangnya Saidina Umar Al-Khatab khalifah arRasyidin yang ke dua.

Pelantikan Umar Bin Abdul Aziz sebagai khalifah patut dicontohi oleh semua kita yang begelar pemimpin, samada pemimpin kelurga, pemimpin negara, persatuan dan lain agar dijadikan teladan dan pengajaran yang berguna.

Saya tertarik dengan tulisan tangan Umar Bin Abdul Aziz kepada Imam hasan al-Basri dan Mathraf bin Abdullah Ibn asy-Syakir .
" Daripada hamba Allah, umar binAbdul Aziz, kepada Hasan bin Abil Hasan al-Basri dan Mathraf bin Abdullah Ibn asy-Syakir. Salamun 'alaik, Aku mengajak kamu berdua memuji Allah yang tiada tuhan selain Dia dan aku memohon kepadaNya supaya melimpahkan salam sejahtera dan selawat kepada Muhammad, hamba dan rasulNya. Amma ba'du. Aku wasiatkan kepada kamu berdua supaya bertaqwa kepada Allah.Orang yang mengatakannya sangat banyak dan orang yang mengamalkannya sangat sedikit.Jika datang suratku ini, nasihatilah aku dan jangan kamu anggap aku ini suci"


Jawapan Imam Hasan al-Basri
" Salamun 'alaik. Sesungguhnya , aku mangajakmu memuji Allah yang tiada tuhan selain Dia. Amma ba'du. Sesungguhnya, dunia adalah rumah ketakutan, Adam A.S diturunkan ke dunia sebagai hukuman, orang yang memuliakan dunia, dia dihinakan, menjadi mulia orang yang menghinakannya, dan difakirkan orang yang mengumpulkannya. Di dunia, setiap hari ada pembunuhan. Wahai Amirul Mukminin, jadilah seperti orang yang mengubati lukanya. Sabarlah atas pedihnya ubat jika engkau takut akan panjang cubaan"

Jawapan Imam Mathraf
" Salamun 'alaik. ya Amirul mukminin, daripada Mathraf bin Abdullah, Sesungguhnya aku mengajakmu memuji kepada Allah yang tiada tuhan selain Dia. Amma ba'du. Jadilah rasa tenangmu bersama Allah dan perhatian penuhmu kepadaNya. Sesungguhnya, kaum yang merasa damai bersama Allah dalam bersendirian daripada beramai-ramai dengan jumlah yang banyak, mereka mematikan apa sahaja di dunia yang mereka khuatirkan akan mematikan hati mereka, mereka meninggalkan apa sahaja di dunia yang mereka khuatirkan akan mematikan hati mereka, mereka meninggalkan apa sahaja di dunia yang mereka ketahui bakal meninggalkan, mereka menjadi musuh terhadap apa yang diterima manusia dari dunia. Semoga Allah menjadikan kita semua bahagia daripada mereka kerana mereka sedikit jumlahnya di dunia. Wassalam

No comments: