Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Thursday, May 5, 2011

Teluk Kumbar (3.5-6.5.2011)









           Bermula sebuah perjalanan mencari ilmu, kami jelajahi ke sini melihat kejernihan air laut dan desiran ombak memukul pantai. Seolah-olah ombak berbisik,sampai bila aku begini... manakala pantai pula sentiasa redho menerima sang ombak saban hari, tanpa mengeluh kesal. Begitulah kita hidup di dunia yang fana' ini, perlu redho dan pasrah dengan ketentuan illahi.

          Rasa tak puas melihat keindahan laut, terasa hilang segala duka dan lara.  Allah yang menentukan segala-galanya, Tika ini hati merasa kehilangan sesuatu...entah apa yang difikirkan. Mungkin juga merenung nasib anak-anak bangsa membesar dalam era globalisasi. Entah apa yang dicari sebenarnya. Nak, hatiku  berbisik " carilah permata yang berharga di dasar lautan itu, gali dan koreklah mutiara yang tersembunyi di dalamnya..."

         Cukuplah hati berbicara, tiada siapa yang peduli sebenarnya... Namun aku sentiasa memohon kepada Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.agar kau memberi petunjuk kepada hamba-hambamu yang sentiasa memohon keampunan kepadamu daripada dosa. Tersentak aku rupanya, aku datang ke sini bukan untuk bermadah dan berirama, namun satu tugas yang perlu ku galasi untk memartabatkan ilmu di persada dunia.

          Empat hari ku ke sini untuk membuat persiapan bagi majlis yang besar,iaitu Majlis Tadarus Al-Quran. Latihan pusat untuk anak-anak negeri Pulau Pinang. Harapan kerajaan negeri PP amat besar untuk menempa kejayaan, kerana PP merupakan tuan rumah pada tahun ini. Mudah-mudahan usaha JPN, PP mendapat hasil. Terimakasih JPN di atas anjuran latihan pusat ini.

Alhamdulillah pertemuan yang singkat ini ana dapat berkenalan dengan JU dan guru pengiring yang dilantik. Hebat sungguh wakil JU Penang, kak Solehah, Sakinah dan Norliah dalam bahagian tilawah. JU bahagian hafazan , Mariatul Qibtiah, manakala JU syarahan, ana sendiri. Kami juga ditemani oleh guru pengiring tilawah rendah (P), Fazidah dan bercerita rendah (P), Rosnani.

Malam ini merupakan malam akhir untuk membuat persiapan rapi, kerana pada keesokan paginya kami akan membuat persembahan akhir bagi setiap bahagian. Untuk bahagian syarahan, insyaallah anak-anakku akan membuat persembahan yang terbaik, insyaallah. Untuk anak-anakku di rumah, esok kita akan berjumpa, insyaallah, salam rindu daripada ummi di sini. Hingga kita berjumpa lagi. Wailalliqa'.
















No comments: