Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Sunday, July 23, 2017

Lakaran indah Kelab Falak Syari'e 2017.

Kenangan Kelab Falak Syari'e sepanjang tahun 2017(januari-julai)



       Pada tahun 2017, kami melangkah degan penuh bersemangat untuk terus memajukan kelab Falak Syari'e. Objektif yang ingin dicapai oleh kelab, di antaranya ingin melawat ke semua balai cerap yang ada di Malaysia. Lawatan kali ini kami  melawat ke balai cerap di Pulau Langkawi yang terletak di Bukit Malut. Kami di beri penerangan yang baik oleh pegawai yang betugas ketika itu.

       Kami juga dapat menyertai hari astronomi  peringkat negeri di TechDom, Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Mufti Pulau Pinang.Terdapat berbagai aktiviti yang menarik yang dpat disertai oleh para pelajar. Kami mendapat johan dalam menulis sajak dan mendeklamasinya, selain itu  kami mendapat naib johan dalam treasure hunt dan khot.


      SMKA AL-Irshad menganjurkan  karnival kokurikulum peringkat kebangsaan kepada seluruh SMKA dan SABK bahagian utara yang berlangsug pada 20.7-23.7.2017. Kelab kami diamanahkan untuk melaksanakan bengkel rubu' mujayyab dan pencerapan malam. Kali ini kami dapat menggunakan rubu mujayyab dengan mendapat tunjuk ajar daripada Ustaz Anuar b. Arifin dari Jabatan Agama Islam, Pulau Pinang. Di samping itu kami turut mengundang bahagian falak dari Jabatan Mufti Pulau Pinang.

   
     Walaupun cuaca agak mendung, rezeki kami, Allah aturkan , masyaallah cantik sungguh zuhal yang kami tawan. Penangan teleskop kami dapatlah mencerap saturn dan zuhal. Bulan pun dapat dicerap sampai nampak kawah-kawahnya. Terimakasih ya rabb.


     Rancang di hati nak tawan Kota Kinabalu, Kundasang. Moga impian menjadi kenyataan.Semoga anak-anak kelab dapat mengaut segala ilmu yang berkaitan dengan ilmu falak.Jangan pernah jemu dalam meneroka bidang ini. Lawatan ke balai cerap Pusat Falak Sheikh Tahir mejadi lawatan tahunan.Moga Allah mudahkan segala urusan kami, ya Rabb.