Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Sunday, April 24, 2011

Ampuni kami Ya Rabb~



Ya rabb ...
Dalam kehidupan ini
KurniaanMu terlalu luas
Bersyukurkah manusia itu
Di atas nikmat kesenangan
Mereka alpa sebenarnya
Terleka si perlaku di atas jalan itu
Tersingkap akhlak mazmumah

Berfikirlah
Sejenak... ada jalan untuk diikuti
Tanyalah hati nurani
Yang mampu menjawab
Segala pertanyaan itu...
Jangan hanyut di buai mimpi
Yang entah tiada kesudahannya
Ayuh Bangun anak-anakku
Perjalanan masih panjang
Gunakanlah masa berbaki 
Untuk menempa syurgaNya.

Terpaku malaikat Jibril
Bila ditanya tentang neraka Allah
Betapa ngeriNya nerakaMu...
Seribu tahun dinyalakan 
Sehingga nyalaanya menjadi putih
Seribu tahun lagi dinyalakan 
Menjadi merah
Ditambah seribu tahun lagi
Nyalaannya menjadi hitam
Masyaallah...

Bertaubatlah
Bermuraqabahlah
Dan bermuhasabahlah....
Hidup pasti kan bahagia
Mintalah syurga FirdausNya...
Setara dengan syurga Adn.

Ayuh
jangan berlengah
Mencari redhoNya
Dunia ini bagaikan bangkai
Itulah kata Nabi Kita
Jangan toleh dengan nafsu
Lihatlah dengan Iman yang kental
Nescaya bayangan syurgaNya
Terpahat di sanubari...
Taqwa dan rahmatNya
Sentiasa dicari...

Hasil Nukilan
Ummu Sumayyah
2011


Thursday, April 21, 2011

Tafaqquh fi ilmi Falak~MPC.

    F~ Hebatnya andai miliki ilmu yang luas, tambahan pula miliki akhlak yang mulia. Itulah muqaddimah pembuka bicara pada petang ini. Hujan agak lebat juga di luar sana. Apa yang difikirkan akan terus dititipkan di sini. Begitulah hakikatnya langit menurunkan apa yang diambil dari bumi begitulah sebaliknya. Subhanallah yang menciptakan segala-galanya, untuk siapakah ini... untuk hambanya yang mahu bersyukur. Sedarlah kita setiap anugerah itu merupakan bukti  limpahan kasih sayangNya kepada kita.

        Program ini diadakan di MPC, Kepala Batas. Ia dianjurkan oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang. Semua guru penasihat dijemput hadir dalam program ini.Mereka juga menjemput 2 buah jabatan mufti dari negeri Kedah dan Perak. Program ini bermula pada 19.4-21.4.2011. Semoga Allah sahajalah yang membalas jasa baik kepada Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.

   
        Penceramah dijemput khas dari Jabatan Negeri Johor iaitu, Ustaz Haji Hanafiah bin Abdul Razak. Alhamdulillah hasil daripada ceramah dan bengkel yang telah dikendalikannya, mampu mempertingkatkan pengetahuan kami mengenai ilmu falak. Penggunaan Rubuk Mujayyab banyak membantu ahli falak untuk mengetahui waktu solat, tarikh yang tepat matahari berada betul-betul di atas kaabah dan sebagainya. Hebatnya ulama-ulama' dulu merekacipta alat ini.

        Peserta diajar menggunakan rubu' mujayyab dan mengambil bacaan masa sebelum masuk waktu solat dan selepasnya.(solat zohor). Bacaan dicatat dengan baik.Bengkel diteruskan lagi selepas makan tengahari. Hebat program ini. Penceramah juga sempat berkunjung ke SMKA AL-Irshad untuk menyampaikan kuliah maghrib pada malam Khamis. Alhamdulillah semua pelajar dapat diberi pendedahan mengenai Ilmu falak dan nasihat-nasihat yang lain mengenai persiapan untuk menduduki PPT. Beliau menceritakan bagaimana Imam Syafie khatam pelajaran sebanyak 10 kali bagi setiap bacaannya. Apa yang menarik mengenai cahaya matahari, ia dapat mencairkan bumi dan apa yang terdapat dalam badan kita, menyebabkan kita menjadi ceria dan dapat belajar dengan baik begitu juga dengan bumi, ia menjadi subur.

      Program ini dakhiri dengan penyampaian sijil oleh Penolong Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Semoga ilmu yang kami dapat pada program ini akan dapat dimanfaatkan kepada warga sekolah. Amin Ya Rabbal Alamin.

     

  


Saturday, April 16, 2011

Dalam Kenangan~Merdeka Beach Resort.







       Tanggal 15 dan 16.4.2011 sekolah telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan. LDP kali ini diisi dengan maklumat yang padat bagaimana membentuk "team building" yang proaktif. Terima kasih pihak pentadbiran sekolah. Jauh merantau banyak pengalamannya. Bagi merancang memanglah memerlukan strategi yang kemas. Tanpa kerjasama kumpulan juga mana mungkin sesuatu tanggungjawab dapat dipikul dengan baik. Selain itu, kami sempat menghirup udara nyaman di kala mentari melabuhkan sayapnya. Kenangan indah bersama-sama kawan-kawan tak dapat dilupakan. Kami didedahkan dengan satu program yang memerlukan seorang ketua sahaja bagi mengeluarkan arahan.



        Pada malamnya kami meraikan persaraan Ketua Sektor Pendidikan Islam, Al Fadhil Ustaz Omar bin Abdil Aziz. Para tetamu yang lain juga dijemput.  Majlis diteruskan dengan program Qiyamullail dan kuliah subuh. Sesi ceramah Tuan Pengetua bermula, dengan tajuknya "harapan dan cita;cita." Inilah harapan yang telah disuarakan oleh Tuan Pengetua untuk memartabatkan sekolah SMKA Al-Irshad dengan menaikkan taraf sekolah daripada Sekolah Kluster Kecemerlangan(SKK) kepada "Sekolah Berprestasi Tinggi"(SBT). Semoga cita-cita ini  tercapai.


        Majlis diserikan lagi dengan ketibaan Pengarah Pendidikan PulauPinang yang baru saja dilantik. Pengarah memberikan satu ceramahnya yang bertajuk "My Team". Hebat persembahannya, moga segala ilmu yang dicurahkannya, diberkati Allah.Amin.Turut serta dalam merasmikan majlis penutupan, kami juga menjemput YB Roslan(DUN Pinang Tunggal). Majis berakhir pada jam 12.30 tengahari. Sekian dulu untuk kali ini.







Thursday, April 14, 2011

Terimakasih Ya Rabb~

     S~Alhamdulilah MTQ peringkat negeri sudah pun tamat(14.4.2011). Kini 2 putera dan 2 puteri Irshad mara satu lagi pusingan akhir ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di negeri Pulau Pinang bertempat di sekolah kami.Alhamdulillah kami panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga padamu Ya Rabb.

    Pada tahun ini kami memasuki syarahan lelaki,hafazan (L) dan hafazan (P),tilawah lelaki dan tilawah perempuan di peringkat negeri.Alhamdulillah kami berjaya mendapat johan syarahan (Mohammad Irfan) Johan hafazan lelaki (Afiq),Johan hafazan perempuan(Amira) serta nombor kedua tilawah Quran (Hasina) dan tempat ketiga bahagian tilawah lelaki(afwan).Dijangkakan akan berlangsung peringkat kebangsaan pada 27-30.5.2011.

    Persiapan yang rapi mesti diatur agar amanah yang dipikulkan oleh negeri dapat digalas dengan baik. Ramuan kejayaan anak-anak ini adalah sifat ikhlas yang tertanam di sanubari mereka. Semua ini dilakukan demi untuk memartabatkan syiar islam di dunia yang sementara ini. Terima kasih sekali lgi. Ya Rabb...Engkau sentiasa mendengar setiap bisikan hamba-hambaMu. Amin Ya Rabbal alamin.

Monday, April 4, 2011

Berakhir sudah~

      F~ Alhamdulillah, tanggal 4.4.2011, bermulalah pertandingan merekacipta satelit  yang diadakan di Unit Penyelidikan Falak dan Sains Atmosfera(USM). Enam kumpulan berentap dalam pertandingan tersebut. Mudah-mudahan pertandingan ini dapat membuka satu lembaran baru dalam meneroka ilmu falak, benarlah hadis nabi bermaksud"siapa yang berusaha mencari ilmu Allah akan mudahkannya jalan menuju ke syurga".

     Peserta daripada pelajar tingkatan tiga bertanding pada kali ini. Alhamdulillah , mudah-mudahan mereka berjaya ke pusingan seterusnya pada 13.4.2011 di Komtar sempena Hari Terbuka Falak Peringkat Negeri nanti. Sebenarnya ilmu yang kita gali dan cari masih perlu diterokai.Akhir destinasi kita dapat mendekatkan diri dengan Allah, pemilik alam semesta ini.

     Persaingan agak sengit juga, namun kesungguhan untuk menghasilkan satelit di masa depan mesti direncanakan baik-baik. Lihat saja tatkala kita baru merdeka, Rusia telahpun melancarkan satelitnya yang pertama. Agak mencabar juga, bagi negara kita untuk memperbanyakkan satelit astronomi di negara kita, Malaysia. Manalah kita tahu suatu hari nanti model yang dihasilkan oleh anak-anak SMKA Al-Irshad dapat dilancarkan. Amin. Waillaiqa'.

Friday, April 1, 2011

hIDUP ITU iBADAH~

A~        Ibadah+Taqwa+Ikhlas+Istiqamah=Redha Allah+RahmatNya~Syurga Allah.
Hidup tidak selalunya indah, namun keindahan itulah idaman setiap insan. Ramai yang tidak nampak formula ini benar-benar membantu perjalanan hidupnya. Mengejar dunia beerti kita membelakangkan keutaman agama.

       Ibadah+Kesungguhan+Pengorbanan=Ibadah berkualiti. Untuk membangkitkan semangat yang mendalam terhadap ibadah mestilah niat melakukan ibadah semata-mata kerana Allah. Berapa ramai yang melakukan solat tapi dalam keadaan lalai, mana mungkin ibadahnya 100% . Andai kita ingin mecapai kejayaan di dunia, kita akan berusaha habis-habisan untuk memenuhi keinginan itu, bagaimana pula ganjaran di akhirat.

       Marilah sama-sama kita tamak dan rasa tak pernah cukup dengan amalan yang kita lakukan, contohilah junjungan besar nabi kita walaupun baginda maksum terpelihara daripada dosa namun baginda masih mempertingkatkan amalan baiknya kepadaAllah, dengan katanya"apakah tidak boleh aku menjadi hambanya yang bersyukur." Allahu Akbar, indahnya alklakmu nabi. Bagaimana pula dengan kita.~  .