Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Tuesday, January 21, 2020

Falak muncul lagi...2020


Masa berlalu terlalu pantas.......

           Lakaran demi lakaran telah dilalui dengan sangat laju, moga permulaan 2020 memberi titik noktah yang baik bagi memulakan langkah. Seawal tahun ini, kelab astronomi terus merancang demi kebaikan anak-anak kelab. Ahli pada tahun ini, seramai 70 orang, dilengkapi dengan 2 orang guru penasihat, saya dan cikgu Norshamimi Abd. Halim.

           Pengalaman yang manis pada akhir tahun lepas kami diberi kesempatan untuk menjaga teleskop sekaligus mengambil beberapa gambar pada saat berlakunya gerhana matahari di perkarangan Masjid Abdullah Fahim. Segala tunjuk ajar yang diberikan oleh Ustaz Anuar, takkan kami lupakan.

          Perjumpaan pertama  akan diatur dengan baik dan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan segala perancangan yang akan dibuat.Semua ahli diminta peka dengan fenomena alam yang akan berlaku pada tahun ini dengan melayari internet bahagian falak.Tak lengkap sekiranya kelab tidak membuat lawatan, justeru pada tahun ini, kelab akan membuat lawatan ke Pusat Sains Negara, Universiti Malaya dan kawasan sekitar dengannya.Lawatan ini akan menambahakan ilmu pengetahuan dan membuka minda anak-anak untuk melihat tentang keindahan alam.

        Apa yang lebih menarik lagi kelab akan berusaha untuk menjadi tuan rumah peringkat kebangsaan untuk program astronomi, sempena karnival sukan pada jun akan datang. Doakan semoga kelab ini dapat memberi sedikit nilaitambah dari segi ilmu falak kepada warga sek khususnya dan kepada masyarakat sekitar umumnya.

#raikanfalaksmai#
#semarakkanislamdijiwa#