Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Thursday, April 21, 2011

Tafaqquh fi ilmi Falak~MPC.

    F~ Hebatnya andai miliki ilmu yang luas, tambahan pula miliki akhlak yang mulia. Itulah muqaddimah pembuka bicara pada petang ini. Hujan agak lebat juga di luar sana. Apa yang difikirkan akan terus dititipkan di sini. Begitulah hakikatnya langit menurunkan apa yang diambil dari bumi begitulah sebaliknya. Subhanallah yang menciptakan segala-galanya, untuk siapakah ini... untuk hambanya yang mahu bersyukur. Sedarlah kita setiap anugerah itu merupakan bukti  limpahan kasih sayangNya kepada kita.

        Program ini diadakan di MPC, Kepala Batas. Ia dianjurkan oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang. Semua guru penasihat dijemput hadir dalam program ini.Mereka juga menjemput 2 buah jabatan mufti dari negeri Kedah dan Perak. Program ini bermula pada 19.4-21.4.2011. Semoga Allah sahajalah yang membalas jasa baik kepada Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.

   
        Penceramah dijemput khas dari Jabatan Negeri Johor iaitu, Ustaz Haji Hanafiah bin Abdul Razak. Alhamdulillah hasil daripada ceramah dan bengkel yang telah dikendalikannya, mampu mempertingkatkan pengetahuan kami mengenai ilmu falak. Penggunaan Rubuk Mujayyab banyak membantu ahli falak untuk mengetahui waktu solat, tarikh yang tepat matahari berada betul-betul di atas kaabah dan sebagainya. Hebatnya ulama-ulama' dulu merekacipta alat ini.

        Peserta diajar menggunakan rubu' mujayyab dan mengambil bacaan masa sebelum masuk waktu solat dan selepasnya.(solat zohor). Bacaan dicatat dengan baik.Bengkel diteruskan lagi selepas makan tengahari. Hebat program ini. Penceramah juga sempat berkunjung ke SMKA AL-Irshad untuk menyampaikan kuliah maghrib pada malam Khamis. Alhamdulillah semua pelajar dapat diberi pendedahan mengenai Ilmu falak dan nasihat-nasihat yang lain mengenai persiapan untuk menduduki PPT. Beliau menceritakan bagaimana Imam Syafie khatam pelajaran sebanyak 10 kali bagi setiap bacaannya. Apa yang menarik mengenai cahaya matahari, ia dapat mencairkan bumi dan apa yang terdapat dalam badan kita, menyebabkan kita menjadi ceria dan dapat belajar dengan baik begitu juga dengan bumi, ia menjadi subur.

      Program ini dakhiri dengan penyampaian sijil oleh Penolong Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Semoga ilmu yang kami dapat pada program ini akan dapat dimanfaatkan kepada warga sekolah. Amin Ya Rabbal Alamin.

     

  


No comments: