Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Monday, November 28, 2016

~Kenangan bersama Irshad Stargazer~

bismilahirahmanirahim.....

  Asalamualaikum.wbt. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman-pengalaman semenjak awal tahun 2016 sehingga ke penghujung tahun. Pelbagai kenangan manis  telah terpahat di ingatan dan memori para ahli kelab Astronomi. Guru pengiring kelab Astronomi iaitu Ustazah Siti Alawiyah Bt Haron dan Cikgu Nor Syamimi telah berjaya membuat perancangan kelab Falak Syarie atau kelab Astronomi.

  Perlantikan AJK telah dijalankan pada awal tahun bertarikh 20.01.16. Ahli-Ahli astronomi yang dilantik akan menjalankan tanggungjawab dalam memastikan aktiviti kelab pada tahun ini agar berjalan seperti yang dirancang. Jadi, setiap AJK perlu memainkan peranan masing-masing dengan tugas yang telah diamanahkan.Merancang aktiviti tahunan telah berlansung dan dianggotai oleh guru pengiring berserta AJK kelab.Hal ini turut dilakukan pada hari perlantikkan AJK baru.

  pada 28.01.16, seorang alumni SMKA Al-Irshad yang menuntut di Unikl, saudara Amirul Hakim telah memberi pencerahan kepada semua ahi kelab bekenaan cara mengetahui arah kiblat.Ia digelar sebagai bengkel arah kiblat. Semasa menyertai bengkel tersebut, para pelajar telah diberi pencerahan tentang cara membuat sesuatu benda yang menjadi penunjuk arah kiblat.Semua ahli kelah Astronomi telah berjaya mengetahui arah kiblat dengan berpandukan hanya sekeping kertas.

bengkel arah kiblat







  Seterusnya, Alumni SMKA Al-Irshad yang bernama Ahmad Muaz Supian telah hadir bagi menjayakan bengkel ilmu pelayaran dan kaitannya dengan falak. Pencerahan yang diberikan oleh Alumni sungguh menakjubkan. Pelbagai cerita yang terpahat di mindanya yang berkaitan dengan pelayaran dicurahkan kepada kami dengan bersungguh-sungguh.

  Lawatan ke KMPP yang telah diadakan di galeri dan menara cerap telah diadakan pada tarikh 29.1.16. Ilmu-ilmu yang bagaikan permata berharga dikutip oleh pelajar-pelajar dengan kesungguhan yang tinggi.Disini,berakhirnya aktiviti yang dilakukan pada bulan Januari 2016.

                                     





  Pada 9.3.16, Semua ahli astronomi telah bertolak menuju ke Masjid Nyior Sebatang. Hal ini untuk solat sunat gerhana bersama-sama dengan jemaah luar. Bengkel yang dijalankan oleh jabatan mufti turut dijalankan di dalam masjid. Hal ini memberi kesempatan kepada pelajar agar menyertai bengkel tersebut kerana melalui bengkel itu, setiap penyertaan diberikan sijil. Fenomena yang berlaku ada hari tersebut ialah gerhana matahari separa.

  Kuiz Falak Syarie telah berlansung pada 6.4.16. Semua ahli kelab yang terlibat menjawab soalan yang diberikan dengan bersungguh-sungguh. Melalui aktiviti ini, guru pengiring dapat mengetahui sama ada pelajar tersebut benar-benar mendalami ilmu falak atau tidak. Para pemenang turut diberi hadiah kerana meraih markah yang tinggi.

  Pada 28.4.16 sehingga 29.4.16 telah dijalankan aktiviti lawatan ke Pusat Falak Sheikh Tahir dan Taman Negara negeri Pulau Pinang. Para pelajar yang terpilih bermalam di Pusat falak Sheikh Tahir dan menjalankan aktiviti di dalam pusat falak itu dengan meriah. Bengkel yang turut disediakan oleh Jambatan Mufti turut dijalankan bagi mengasah ilmu pengetahuan pelajar agar lebih cenderung dengan bidang astronomi.


  Pada 4.5.16, telah berkumpulnya ahli kelab Astronomi untuk mengadakan perbincangan mengenai persiapan Hari Kantin yang bakal berlansung pada 7.4.16. Pelbagai pandangan turut diberikan oleh pelajar . Pada hari yang dinanti-nanti, Ahli kelab menyediakan juadah yang dapat menjana pendapatan kelab.

  Pada 10.8.16, Cikgu Norisham berkongsi pengalaman yang dikutipnya ke Chiangmai . Para pelajar mengambil iktibar daripada pengalaman tersebut untuk menjadi seseorang yang pandai mengambil peluang dalam menyertai aktiviti yang berkaitan dengan Astronomi.

   Aktiviti seterusnya ialah jamuan akhir Tahun yang diadakan di D'fiesha yang terletak di bandar Putra Bertam. Semua ahli kelab astronomi menjamu selera dengan gembira. Mereka memakan makanan yang dihidangkan dengan sungguh berselera.

   Seterusnya kami mendapat jemputan dari UNIkl bagi mengikuti karnival aeroangkasa pada 16.10-.18.10.206. Kali ini kami hanya 11 orang sahaja pergi ke sana. Kami ditemani oleh guru penasihat kelab Astronomi, ustazah Siti Alawiyah bt. Haron. Aktiviti yang kami sertai ketika berada di sana  adalah petandingan kapal terbang kertas(paper plane).Pameran yang dipamerkan amat teruja. Kami dapat melihat helikopter dengan jarak yang dekat.Jualan dan pameran turut memeriahkan suasana pada hari itu. Jutaan terimaksih juga kami lafazkan buat alumni kita bersama-sama kawan-kawannya yang bertungkus lumus menjayakan progran pada hari tersebut iaitu saudara Amirul Hakim. Lain kali jemputlah lagi.
     Malam itu kami sempat merarau dekat sate kajang yang cukup terkenal di Kajang. Keesokannya kami pergi ke IOI. Sempat juga kami membeli sedikit ole-ole buat keluarga dirumah.Sebelum pulang kami singgah di Putra Jaya, dan dapat  melihat keindahan kawasan di sana.Paling teruja lagi apabila kami singgah di masjid besi. yang sungguh indah dan tenang. Pengalamanketika berada di sana amat menyeronokkan.

    Aktiviti terakhir, kami masih berpeluang memenuhi jemputan darpada Jabatan Mufti untuk memeriahkan lagi sambutan jubli perak di Pusat Falak Sheikh Tahir. Pelbagai pertandingan dan bengkel yang dapat ahli-ahli kelab dapat sertai. Alhamdulillah ala kulli hal.

                                                                                          Noor Balqis bt. Zalizan


No comments: