Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Saturday, March 12, 2011

Coretan semalam~


SA~     Selesai sudah bengkel syarahan agama yang diadakan pada tanggal 12.3.2011 di bilik Dokumentasi. Peserta yang mengikuti bengkel ini amat bersemangat sekali memikirkan 3 isi spontan. Bukan senang untuk menyampaikan syarahan spontan, peserta perlu kepada keberaniaan dan menyelami setiap isi yang disampaikan.
            Untuk menjadi orang yang hebat, mesti bermula dengan tamrinat(latihan) yang banyak.  Penampilan diri amat dititik beratkan dalam syarahan agama ini, kerana mereka merupakan contoh terbaik untuk dijadikan teladan. Secara tidak langsung kita dapat memperbaiki disiplin diri dan menyiapkan diri kita sebagai pemimpin di masa depan.    
            Setiap komen dan teguran penceramah jemputan  amat kami hargai.Semoga Allah akan membalas budi baiknya. Mudah-mudahan ilmu yang disampaikan itu akan dapat memberi suntikan semangat dan dapat membuat syarahan dengan jayanya,Salah seorang peserta kita, pelajar lelaki akan mewakili syarahan di peringkat negeri pada bulan April nanti. Kita hanya mampu berusaha dan bertawakkal, Allah yang bakal menentukan kejayaannya.
Apa yang penting setiap apa yang kita ucapkan, akan kita kotakan dan akan memberi bonus mukmin soleh. Amin.

1 comment:

Ustazah Siti Alawiyah said...

Peserta lelaki berjaya memasuki peringkat negeri pada 14.4.2011 nanti.Doakan semoga kami berjaya ke peringkat kebangsaan nanti.