Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Thursday, May 8, 2014

~Perjalanan yang panjang~ .

        Assalamualaikum. Suasana keheningan malam terasa lagi. Tika kalam ini diteruskan, hanya Allah sahaja yang mendengar bicaraku ini... Jom kita hayati perjuangan sahabat yang bernama Shuhaib Ar Rumi, dipuji oleh Allah di dalam suroh al baqarah ayat 207, yang bermaksud " Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula amat belas kasihan akan hamba-hambanya." sehinggakan dipuji Allah dan dikhabarkan sendiri oleh malaikat Jibril kepada nabi.

         Hebatnya peribadi beliau, apakah sumbangannya? ~ sehinggakan mendapat pujian Allah dan dikhabarkan sendiri oleh malaikat Jibril kepada nabi melalui ayat tersebut. Jawapannya , tentu sekali kerana mendalamnya cinta beliau kepada risalah Islam dengan berkorban dirinya untuk berhijrah ke Madinah untuk bertemu baginda Rasulullah dengan menyerahkan semua hartanya kepada orang yang menghalangnya daripada terus berhjirah ke sana.

        Sepanjang hari itu, mereka menghabiskan masa bersama Rasulullah s.a.w. Mereka khusyuk memperoleh hidayah serta gembira menikmati persahabatan dengan Baginda. Ketika itu beliau bersama dengan Ammar bin Yasir di Mekah.

        Apa yang menarik mengenai peribadinya beliau adalah orang yang pandai memanah dan telah diketahui umum tentang kehandalannya itu dan beliau juga bijak dalam berniaga sehinggakan memiliki harta yang banyak. Harta itulah yang ditinggalkannya dan diberi kepada orang yang cuba menghalangnya itu. Keberaniannya dapat dilihat~ Beliau lari membawa agamanya demi kerana Allah s.w.t. Beliau tidak menyesal sedikitpun di atas kehilangan harta yang diusahakan sepanjang hidupnya itu~.

       Benar, pengorbanan harta yang dilakukan oleh beliau diumpamakan seperti jualan, dan ia telah memperoleh keuntungan. moga kita juga tergolong dalam kalangan orang yang bersemangat menegakkan Isalm dan mendapat kebaikan yang banyak ketika berkelana di bumi yang sementara ini. Allahumma Amin. 

No comments: