Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Sunday, May 11, 2014

~ Sebuah Perjuangan~ MTQ 2014



Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.....

Disaat tangan menyentuh papan kekunci, hati ini tertanya-tanya apa yang ingin ku abadikan dalam tinta kali ini. Meskipun perjalanan yang kami harungi ini cukup panjang, namun ceritanya hanyalah satu. PERJUANGAN INI BELUM SELESAI ! Hanya ini yang mampu ku ungkapkan.

Perjuangan ini bermula dari bulan Mac yang lalu. Namun, jika difikirkan semula, kami memulakan usaha ini sejak tahun lepas. Benar, ceritanya sangat panjang. Namun, ingin aku ringkaskan di sini. 

Bermula dari peringkat daerah, kedua-dua anak muridku berjaya melangkah ke peringkat negeri. Dan alhamdulillah, tiada ucapan selain syukur yang mampu aku ucapkan tatkala diumumkan kedua-dua mereka akan mewakili Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan Syarahan MTQ. 

Perjalanan yang cukup panjang dan alhamdulillah kejayaan sentiasa mengiringi perjalanan kami. Besar harapanku agar kedua anak muridku mampu melakukan yang terbaik di peringkat kebangsaan nanti. Ingat, matlamat kalian sememangnya untuk menang dan banggakan nama Pulau Pinang, tetapi yang lebih utama ialah matlamat kalian untuk menyampaikan dakwah dan memberi peringatan kepada mereka yang mendengar. Ustazah yakin, setidak-tidaknya, ada hati yang akan tersentuh dengan tutur kata dan bicaramu yang menggetar hati dan menusuk kalbu. Insyaallah.

Buat Hafiz dan Atikah, ingatlah bahawa perjuangan ini belum selesai. Berjuanglah kalian sehingga tamat pertandingan ini. Namun, hakikatnya perjuangan ini belum berakhir sehinggalah ajal menjemput kita. Jika kalian merasa penat dan ingin berputus asa, renunglah kata-kata saudara Ahmad Ammar Ahmad Azam, dunia biarlah berpenat, akhirat tempat kita berehat!
 
Buat pembaca sekalian, doalah kejayaan anak didikku, Mohd Hafiz bin Aznan dan Nur Atikah binti Mohd Razy di peringkat kebangsaan nanti. Doa kalian mengiringi perjuangan kami.
Tarikh kebangsaan : 16-19 Mei 2014
Tempat : Kolej Matrikulasi Banting, Selangor
Acara : Syarahan spontan MTQ 


                                                                                                                            Fi Hifzillah~           
  

No comments: