Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Monday, January 2, 2012

Bermula sebuah perjalanan 2012~




Alhamdulillah ala kulli hal.Syukur tidak terhingga kita panjatkan kepada Allah kerana diberi masa dan peluang untuk menyambut tahun baru 2012. Setiap kejayaan itu dimulai dengan perancangan yang rapi, teliti dan penuh kesungguhan. Semoga pada tahun ini kita dapat sama-sama menyemai benih yang baik agar hasilnya juga baik.

Tahun yang lalu kita di kurniakan dengan berbagai nikmat kesenangan dan sesekali kita diuji dengan kepayahan dan kesulitan, namun andai dihitung dan ditimbang banyak kesenangan yang kita kecapi... Alhamdulillah sekali lagi kami tunduk sujud kepadaMu melafazkan sejuta kesyukuran,Ya Rabb.

Anak-anakku, dalam mengejar kejayaan, kamu akan diuji dengan seribu macam halangan. Terkadang kamu jatuh, rebah dan sedarlah kita wajar bangun dengan hati yang teguh meneruskan semula perjuangan ini. Ingat lagi, dulu ummi banyak belajar dengan semangat yang ditiupkan oleh ibu dan ayah. Kawan-kawan juga banyak memberi semangat dan tunjuk ajar yang padu pada ummi. Kekuatan itu ummi tidak persiakan. Memohon doa kepada Maha Pencipta sentiasa ummi harapkan.

Kejayaan yang dianugerahkan olehNya, perlu dijaga dengan baik agar kita tidak leka. Teruskanlah berusaha tanpa jemu. Istiqamah dalam mengejar impian menjadi satu hasrat yang murni.Carilah Redho Allah, biarlah perjalanan kita ini dinaungi RahmatNya.Disiplin yang utuh dan pegangan yang kukuh terhadap agamaNya sentiasa menjadi resepi sajian kita seharian. Amin ya Rabbal A'lamin.Wailalliqa'.

No comments: