Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Wednesday, January 12, 2011

Azam kelab bermula~

       Tanggal 12.1.2011 bermula azam kelab falak meneroka impian yang akan digenggam padu. Semua ahli bersatu fikrah memberi sumbangan ke arah impian itu. Syabas diucapkan kepada anak-anakku dalam kelab ini. Moga segala apa yang dirancangkan akan terlaksana dengan izin Allah. 

       Kepada ahli-ahli baru, selamat datang diucapkan, semoga anda akan menyalurkan idea-idea yang bernas demi sebuah perjuangan. Bagi ahli-ahli lama, anda cukup bermakna bagi ustazah. Oleh kerana pada tahun ini, keahlian dihadkan, maka ada ahli-ahli yang lama tidak tersenarai dalam kelab ini. Ustazah harap ilmu yang dikongsi bersama pada tahun lepas akan dijadikan bekalan untuk kejayaan di masa depan.

       Berbagai aktiviti dirancangkan diantaranya; Ceramah falak, bengkel, lawatan ke Pusat Falak di Langkawi, sehari bersama falak, taaruf bersama teleskop, pameran falak, kuiz falak, replika falak, Hari Kantin dan jamuan falak. Pengerusi membuat permintaan kepada ahli yang membuat cadangan agar memberi rasional setiap aktiviti yang mereka cadangkan.
       Ustazah suka untuk melantik setiap ahli yang memberi cadangan ini, menjadi ketua kumpulan. Semua ini dilakukan agar apa yang dirancangkan mendapat natijah yang baik. Sekadar ini saja pertemuan kita~.

No comments: