Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Thursday, January 20, 2011

~Hidup itu adalah ibadah~.

      

          Biar sibuk mana kita bekerja... masih lagi ada masa untuk kita berbicara mengenai hari ini masih ada peluang untuk kita . Kecemerlangan diri, keluarga, kelab dan organisasi  perlu kita capai.. Kadang-kadang kita lupa, bahawa semua ini perlu dirancang dengan baik, iaitu secara  taktikal dan operasi sendiri agar kejayaan  dpt sama-sama dicapai. Jadi bertitik tolak dari sinilah ana meletakkan plan taktikal ," cemerlang dalam UPSR, PMR,SPM", dan STPM. Operasinya, pengurusan masa amat penting bagi menjayakan taktikal yang telah diletakkan.



         
            Sebab itulah ana meletakkan logo tahun ini, "merancanglah untuk cemerlang". Rasanya adil kalau kita satukan logo ini untuk semua bidang yang kita ceburi. Sebagai seorang guru, matlamatnya memang jelas, straight A untuk anak-anak didiknya. Begitu juga walaupun dalam kelab Falak Syarie sendiri, mesti meletakkan target yang tinggi untuk cemerlang.Rasa gembira tak terkira apabila mereka berjaya, begitu juga ana akan puas apabila anak sendiri turut berjaya dengan cemerlang. Kejayaan yang kita perolehi mesti mendapat keredhoan Allah. Kejayaan akan bermakna andainya akhlak dan budi pekerti digandingkan bersama.

           Mesyuarat juga salah satu operasi yang berkesan bagi menjamin taktikal yang telah kita rancang. Hasil kesatuan fikrah keluarga. kelab, organisasi dan sebagainya mampu disatukan. Matlamat dirancang, kata sepakat dicapai bersama. Nabi selalu berpesan agar kita saling bermesyuarat dalam menyelesaikan sesuatu masalah yanng kita hadapi. kita selalu mendengar firmanNya di dalam dustur yang mulia agar selalu bermesyuarat. 


    
            Operasi seterusnya, lazimi solat. Jangan memandang ringan solat, bermunajatlah kepadaNya. Kejayaan yang kita dapat adalah daripada anugerahNya. Sebagai seorang ibu,andai anaknya baik dan berakhlak mulia tentulah setiap permohonannya akan dilayan dengan baik. Begitulah Pemilik segalaNya, yakni Pencipta kita, akan selalu dekat dan memakbulkan segala permintaan kita. 



            Operasi seterusnya , lazimi membaca Al-Quran. Dustur yang kita baca, fahami dan cuba untuk menghafaznya adalah satu bukti rasa cinta kita yang mendalam kepada Maha Pencipta, surat cinta ini akan selalu kita tatang bagai minyak yang penuh. Hubungan kita tak akan putus dengan cara mengambil berat tentang isi kandungannya. Usah mengeluh, tiada motivasi diri dan sebagainya. Sebenarnya segala isi kandungan di dalamnya penuh dengan petunjuk, pedoman agar manusia tidak tersasar daripada jalanNya.Ayuh bersama kita pertingkatkan mutu bacaan al-Quran dan menambahkan juzuk demi juzuk untuk menghabiskannya.dengan cara membaca satu juzuk satu minggu. Andainya kita mampu lebih, silakan...


           Operasi selanjutnya, lazimi zikrullah. Gilaplah karat hati kita dengan menyebut nama Allah, umpama cermin yang kotor digilap, bersih jua akhirnya. Apabila kita mengingati Allah, nescaya Allah juga mengingati kita, lantaran sifat Ihsan dalam diri semakin kuat dan bertambahlah khusyuknya beribadah kepada Yang Maha Esa. Selayaknyalah kita sebagai hambaNya, perlu sentiasa berzikir kepada Allah walaupun di mana kita berada.

           Operasi terakkhir berbuat baik kepada ibu bapa. Operasi terakhir ini jaminan yang penting seseorang itu mendapat redhoNya. Redho Allah terletak kepada redho ibu bapanya. Berusahalah dengan bersungguh untuk meraih cinta ibu dan ayahnya agar segalanya di bawah maghfirah Allah.
Rasanya cukup untuk kali ini, wailalliqa'.

No comments: