Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Sunday, January 16, 2011

~Kita perlu merancang untuk cemerlang~.

        Tajuk yang cuba dikongsi bersama pada minggu ini, akan menjadikan kita lebih semangat. Perkara biasa cuba dijadikan dan ditukarkan kepada perkara luar biasa... Semua ini apabila kita meletakkan azam dan sikap proaktif dalam diri kita pastinya segala impian akan terhasil. Semuanya bermula apabila 5 perkara ini menjadi resepi dan ramuan utama dalam kamus hidup seorang muslim diantara teknik pengurusan masa ialah;

    1- Menggunakan "rancangan bertindak". Ada perasaan mesti dilakukan dan mahu melakukan.
        Kita berpeluang mencatat apa yg telah kita lakukan dan apa yang masih belum dilakukan.

    2- Menghapuskan tabiat "tangguh dan tunggu".
        Dgn cara mengingat tiga perkara ini diantaranya;
  •  Kelmarin sudah berlalu
  •  Esok masih belum berlalu
  •  Hari ini peluang masih ada.

    3. Penuhkan masa lapang, dengan cara membaca, menulis nota atau setidak-tidaknya berfikir.

    4. Tahu dan pandai untuk mengatakan tidak pada perkara yang menganggu rutin harian anda.

    5. Merancang jadual waktu berlajar dan harian, agar urusan hidup tersusun dan bermakna.

     Sekadar itu saja pertemuan kita pada minggu ini..
     Ingat selalu firmannya dalam suroh Al'asr(Demi Masa). Wailalliqa'

No comments: