Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Monday, December 13, 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua...

    Salam mahabbah untuk semua pengunjung blog ini.Pada tanggal 2 Disember 2010 tercapailah hasrat ana untuk mewujudkan blogfalaksmaikluster.blogspot.com. Mudah-mudahan hasrat yang murni ini dapat dikongsi bersama dengan anda semua. Ana ingin melihat anak-anak SMKA AL-IRSHAD dapat memberi sokongan dan dokongan dalam menyelami keunggulan Isalm dalam kehidupan dan apa-apa sahaja yang dapat mendekatkan diri kita dengan Pencipta.

     Hari ini sering kita mendengar anak-anak remaja terlibat dengan gejala yg tidak sihat. Mungkin disebabkan mereka tiada mampu mengagihkan waktu dengan bijak. Sebenarnya masa yang dianugerahkan ini akan dipersoalkan oleh Allah Rabbul Jalil kelak.

    Apalah salahnya sekelumit waktu yang ada ini kita gunakan untuk mencari , merenung, menyingkap dan melihat dengan hati nurani kita siapa yang menganugerahkan semua itu. Sebab itulah seringkali Allah mengulangi di dalam surah Arrahman yang bermaksud "maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan." Surah ini mengandungi 78 ayat dan diulangi ayat ini sahaja sebanyak 31 ayat. Marilah kita menghayati isi kandungan surah ini betapa banyaknya nikmat yang telah Allah kurniakan. Justeru itu, marilah sama-sama kita mengenal pencipta melalui keunikan ciptaanNya. Hingga kita berjumpa lagi.

No comments: