Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Wednesday, December 29, 2010

Erti Sebuah Kehidupan...

Hari ini...
Ku mampu berdiri
Doa dan iringan kalian
Membuatku terus melangkah
Demi sebuah perjalanan
Yang panjang
Keazaman dan nekadku
Takkan luntur
Biarpun ombak setinggi gunung
Ku gagahi jua...
Mendakap seribu impian
Mengejar tanpa jemu
Mardhatillah...


Hari ini juga...
Ku mengenal erti kalimah keramat
iaitu SIHAT...
Doa, ucapan dan ingatan kalian jua
Ku mampu  berdiri terus
Mengembara jauh...
Mencari dan memohon
Keampunan dan Kerahmatan
Dari Maha Pemilik Segala-galaNya.
Amin, Amin Ya Rabbal A'lamin.

Hasil Nukilan 
Ummu Sumayyah

No comments: