Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Saturday, December 25, 2010

Meniti Senja...

       Bismillahhirrahmanirrahim. Seseorang individu mampu menjana dirinya menjadi insan yang cemerlang, apabila dia meletakkan Allah sebagai matlamat hidupnya. Persoalannya, bagaimana untuk sentiasa meletakkan Allah sebagai matlamatnya dalam setiap pekerjaan. Mungkin senang untuk diungkapkan, tapi sukar untuk melaksanakannya.


          Ayuh kita lihat bagaimana si A mampu berdiri dengan teguh. Apa rahsianya... Begini apabila saya jatuh , rebah dan tidak bermaya... saya merasakan seolah-olah ditiup angin bayu, rasa ketenangan di jiwa dan saya mampu bangun semula.Jadi daripada jawapan si A kita dapat  meneka bahawa dia meletakkan Allah sebagai matlamat hidupnya.

         Ayuh kita lihat pula si B, dia jatuh, hanyut dibuai seribu  mimpi yang melalaikan. Ditambah lagi dengan bisikan syaitan yang tak pernah lupa dengan jeratnya...ketika itu siapa lagi yang akan memimpinnya?  Jangan lupa wahai si B, kamu masih ada Allah Yang Maha Pengampun dan sentiasa menurunkan rahmatNya. Ampunan dan RahmatNya amat luas sekalipun dosa-dosanya sebanyak pepasir di lautan... namun ampunan dan rahmatNya amat luas.

         Jangan sekali mengira keampunan dan kerahmatan Allah dengan mata kasar, luaskan pandangan melihat dengan mata hati, bahawa Allah membuka ampunan dan rahmatNya seluas-luasnya.Juga perlu syarat dari hambanya jua...iaitu perlu taubat dengan taubat nasuha, azam dan nekad tidak akan kembali lagi melakukan kesalahan-kesalahan yang lalu.Selain itu keikhlasan yang padu terpasak dijiwa agar benteng pertahanan kita tetap utuh dan tidak goyah dek hasutan syaitan durjana...

Hanya sekadar ini pertemuaan kita pada pagi ini. Insyaallah bersua lagi di lain lembaran. Moga hari yang akan kita lalui akan sentiasa berisi ilmu dan amal.Wailalliqa'.

No comments: