Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Wednesday, December 22, 2010

Dampingi Al-Quran - Suroh al Qamar(BULAN).


           Salam bersua lagi... Dampingi Al-Quran . Ya itulah agaknya yang berlegar-legar dalam pemikiran ana buat tika ini. Surat cinta dari Maha Pemilik segalanya, belum dihayati dan diteliti dengan baik. Jika kita menyelami maksudnya, rasa terpaku seketika.

           Suroh ini dimulakan dengan menceritakan mengenai hari kiamat semakin hampir dan gambaran yg jelas lagi apabila terbelahnya BULAN . Mukjizat Al-Quran ini dikupas dgn terperinci melalui isi kandungan. Digambarkan kaum yg terdahulu mengkufuri segala dakwah yg dibawa oleh rasul-rasulnya. Mereka mengingkari akan berlakunya hari pembalasan.

          Mari kita lihat ayat 7, yg bermaksud " pandangan mereka tertunduk, ketika mereka keluar dari kubur, seakan-akan mereka belalang yang berterbangan. Ayat 8 yg bermaksud " dengan patuh mereka segera datang kepada penyeru itu.Orang-orang kafir berkata" ini adalah hari-hari yang sulit".

          Apa yg menarik perhatian ana dalam suroh ini diulangi ayat yg menyeru kita mendampingi Al-Quran(memahami, menghayati) sebanyak 4 kali.dgn maksudnya " Dan sungguh telah kami Mudahkan al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mau mengambil pelajaran?

          Ayat ini mempunyai 55 ayat sahaja. Hati rasa terhenti seketika apabila diakhir ayat ini, digambarkan balasan yg amat sangat kepada golongan yang melakukan dosa bermula ayat 47-48. Ayat 47 yg bermaksud " Sungguh, orang-orang  yang berdosa berada dalam kesesatan (di dunia) dan akan berada dalam neraka(di akhirat). Ayat 48 yg bermaksud " Pada hari mereka diseret ke neraka pada wajahnya. (Dikatakan pada mereka), "rasakanlah sentuhan api neraka."

         Mari sama-sama kita melihat PemurahNya Maha Pemilik Segala-galanya, pd ayat terakhir ayat 54 dan 55 yg bermaksud " Sungguh orang-orang yg bertakwa berada di taman-taman syurga dan sungai-sungai , di tempat-tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Maha Kuasa.".Wailalliqa'.


 

          

 

No comments: