Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Tuesday, December 14, 2010

Melayari Ayat-Ayat Al-Quran Yang Indah..." alam semesta".


      Salam pembuka bicara.Tika ini sudahpun menghampiri jam 12 malam. Hati tergerak untuk berkongsi mengenai ayat yang menyebut tentang alam semesta. Allahu Rabbi... Engkaulah pemilik alam yang indah ini. Subhanallah.
      Kita layari suroh assham ayat 1-5 maksudnya;
                        
                         1- Demi matahari dan sinarnya pada pagi hari
                         2- Demi bulan apabila mengiringinya
                         3- Demi siang apabila menampakkanya
                         4- Demi malam apabila menutupinya (gelap gelita)
                         5- Demi langit serta pembinaanya (yang menakjubkan)

    Ayuh kita hayati pula suroh attariq ayat 1-3 maksudnya;

                       1- Demi langit dan yang datang pada malam hari
                       2- Dan tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari itu?
                       3- (Yaitu) bintang yang bersinar tajam

   Kita terus  meneliti lagi suroh alburuj ayat 1 maksudnya;

                     1- Demi langit yang mempunyai gugusan bintang.

   Timbul rasa seolah bulan, bintang, langit, bumi dan segala yang berada di sekeliling kita menjadi saksi bahawa kita sebenarnya sentiasa diawasi dan diperhati oleh Allah... Terasa lagi malunya kita untuk mengangkat kepala andainya kesilapan yg kita lakukan belum lagi dapat ditebus dengan penyesalan(taubat). Segalanya milik Allah,mohonlah pentunjukNya.

   Hati semakin menjadi takut apabila suroh selepasnya segala  bulan, bintang , langit, bumi dan segala yang berada di sekeliling kita akan mengalami kehancuran (hari kiamat).

   Buktinya terdapat dalam suroh alinsyiqaq ayatnya mengandungi 25 ayat.maksudnya;

                   1- Apabila langit terbelah
                   2- Dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh
                   3- Dan apabila bumi diratakan
                  4- Dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong
                  5- Dan patuh kepda Tuhannya dan sudah semestinya patuh
                  6- Wahai manusia,! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras 
                               menuju TuhanMu, maka kamu akan menemuiNya.

   Cubalah kita hafaz dan faham maknanya sehingga habis suroh ini.....terasa menangis hati kita mengenangkan pembalasan yang akan diterima kelak. Berbahagialah bagi orang yang banyak amal baktinya sehingga dirakam dalam suroh ini, segala catatan baiknya tersimpan di dalam ILLIYYIN(kitab berisi catatan amal) dan sebaliknya catatan orang yang derhaka benar-benar tersimpan di dalan SIJJIN (kitab berisi catatan amal). 


   Sebelum segalanya berakhir, marilah sama-sama kita menambahkan amal, sentiasa bermunajat kepdaNya, memohon, merayu agar kita diampunkan olehNya.Semoga kita kembali kepada Allah dengan hati tenang . Amin. Wailalliqa'.Wabillahi Taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


  

No comments: