Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Monday, December 13, 2010

Bermulanya sebuah perjuangan"Kelab Falak Syarie'".

Kelab falak syari'e ditubuhkan pada tahun 2009. Kelab ini merupakan salah satu daripada kelab angkat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Jabatan ini memberi pendedahan yang luas tentang ilmu falak dan fenomena alam semesta. Pihak sekolah dan Kelab ini amat terharu dan kami mengucapkan berbanyak terima kasih di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah dihulurkan kepada kami. Hasil daripada tunjuk ajar itulah kami dapat mengorak langkah ke hadapan bagi menimba banyak lagi ilmu mengenai falak ini.

Natijahnya kami dapat memenangi banyak pertandingan di peringkat sekolah sebagai kelab terbaik kategori kelab bukan akademik pada tahun 2009 dan kami jua dapat mengekalkan kejuaraan ini ppada tahun 2010.Alhamdulillah. Selain itu kami juga menjuarai naib johan dalam kategori 10 buah sekolah angkat Jabatan Mufti peringkat negeri ketika konvensyen sains diadakan di USM.

Perjuangan ini diteruskan lagi apabila tahun 2010, Jabatan Mufti menganjurkan Karnival Falak Peringkat Negeri di Masjid Taqwa, Kepala Batas. Kami juga menganjurkan pameran berkaitan dengan ilmu falak. Pada hari itu, kami dipilih oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang mendapat Anugerah Khas Kelab Terbaik Peringkat Negeri.Syukur tidak terhingga kami panjatkan kepada Allah diatas pengiktirafan itu. Sekalung tahniah juga ana ucapkan kepada anak-anak didikku yang bertungkus lumus dalam menjayakan setiap program yang dianjurkan sejak dari penubuhannya.

Pada tahun itu juga"2009" sekolah kami mendapat anugerah sekolah kluster. Sekali lagi kami mendapat rezeki daripada Allah setelah pihak kementeriaan memilih kokurikulum kategori bahasa Al-Quran. Kebetulan kelab ini juga tersenarai dalam kelab kluster. Peruntukan yang diberikan kepada kami dapatlah kami meneruskan perjuangan menapak selangkah demi selangkah ke hadapan. Peruntukan yang diberikan kami dapat memiliki sebuah teleskop yang canggih yang menggunakan"remote control" pada akhir bulan september 2010. Insyaalah kami akan dapat memanfaatkannya pada tahun 2011 nanti.

LATAR BELAKANG
1.1 Ilmu Falak atau nama modennya astronomi semakin mendapat tempat di hati masyarakat Pulau Pinang.Sambutan hangat masyarakat terhadap aktiviti Jabatan Mufti Pulau Pinang yang berkaitan ilmu Falak dapat dilihat dalam program – program anjuran jabatan sejak tahun 2005 lagi.

1.2 Manakala Kelab falak Syarie’ juga mengambil peluang untuk meneruskan hasrat murni ini di kalangan pelajar sekolah.

1.3 Kelab Falak syari’e ini akan memfokuskan aktivitinya kepada ahli kelab falak untuk nengenali ilmu falak dan mendekati peralatan falak seperti teleskop, peta bintang dan kamera astrofo.

1.4 Kelab Falak syari’e ini diketengahkan untuk mencapai objektif yang dicadangkan . Pelbagai aktiviti falak akan diperkenalkan kepada ahli kelab di samping praktikal falak seperti pengenalan peta bintang, penentuan arah qiblat, cerapan bulan, bintang, planet dan cakerawala.


2. OBJEKTIF

2.1 Memperkenalkan ilmu falak kepada pelajar sebagai satu ilmu yang berharga peninggalan ulama yang terdahulu.

2.2 Mendekatkan pelajar dengan aktiviti - aktiviti falak yang berkonsepkan sains dan matematik.

2.3 Mewujudkan rasa cinta dan minat pelajar terhadap ilmu pengetahuan dan galakan meneroka alam semesta dan langit yang tersembunyi di dalam berjuta-juta rahsia.

2 comments:

Lufi said...

Assalamualaikum ustazah, betul ke kna cari artikel-artikel ttg falak?

Ustazah Siti Alawiyah said...

Waalaikumsalam.Maaf baru baca. Ya, kena cari nak menambahbaik lagi blog ni.Karang sendiri pun takpa.