Pages

Al-Quran Link

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Thursday, December 16, 2010

Layari lagi ...SUROH ANNAJMU.

  Salam pembuka bicara... semoga kita diberi oleh Allah kekuatan dalam menjalani hidup yang serba mencabar ini. Mari kita terus melayari mutiara kata dari Maha Pemilik segalanya..iaitu dalam suroh annajmu(bintang). Menurut ahli-ahli Tafsir ada menafsirkan bahawa bintang di sini ialah kitab suci Al-Quranbintang(islam) telah terbit telah turun untuk petunjuk jalan bagi segenap manusia.selain itu ada mengatakan...perhatikan ketika Bintang(Islam) telah terbit dan bersinar terang.dan yang terakhir...Perhatikanlah ketika bintang orang-orang  memusuhi Islam itu telah terbenam (bintangnya telah gelap).

  Suroh ini mempunyai 62 ayat. Apa yang cuba ana kongsikan bersama dalam suroh ini ialah ayat 31,dan 32 yang bermaksud; Ayat 31- Dan kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi, supaya Dia memberikan balasan kepada orang-orang yang mengerjakan kejahatan menurut pekerjaan mereka, dn memberikan balasan yang baik kepada orang-orang yang mengerjakan kebaikan. Ayat 32- Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji selain hanya kesalahan-kesalahan kecil(Lamam bererti keinginan-keinginan yang tidak baik terlintas dalam ingatan, tetapi tidak sampai dituruti atau dilakukan, disebabkan kesedaran segera datang menghalangi). 
           
   Di akhir ayat ini, sungguh tersentuh jiwa yang membaca dan menghayatinya iaitu-Ayat 62- Sebab itu SUJUDLAH  kepada Allah SEMBAHLAH Dia.

   SIDANG PEMBACA BUDIMAN, TIMBUL DIBENAK INI SATU PERSOALAN, KENAPA KITA MAHU LARI DARI JALAN YANG LURUS UNTUK TERUS MENURUTI JALAN YANG BENGKOK.BUKANKAH AQAL YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH MAMPU MEMBEZAKAN YANG MANA LURUS DAN YANG MANA BENGKOK. Wailalliqa'.

  

 

   

No comments: